• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Kolaborasi Motobatt & ZK Racing Perkasakan Moto3 dan MotoMini Malaysia

Kolaborasi Motobatt & ZK Racing Perkasakan Moto3 dan MotoMini Malaysia
Amzar Hazeeq
May 5, 2026

Inisiatif strategik jangka panjang perkukuh pembangunan pelumba dari peringkat akar umbi hingga ke pentas antarabangsa.

Kerjasama Motobatt ZK Racing

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Motobatt secara rasmi memeterai kerjasama strategik sebagai rakan teknikal bersama ZK Racing, dalam usaha memperkukuh pembangunan program Moto3 yang melibatkan pelumba negara, Hakim Danish Ramli, serta menyokong kesinambungan program pembangunan bakat muda melalui MotoMini Malaysia bagi musim 2026.

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) tersebut telah berlangsung di pejabat Motobatt di Setia Alam, menandakan permulaan kepada satu kolaborasi jangka panjang dalam pembangunan sukan permotoran tempatan.

Kerjasama Motobatt ZK Racing

Fokus pembangunan menyeluruh dari akar umbi

Kerjasama ini dirangka bukan sekadar untuk menyokong program sedia ada, malah bertujuan untuk membina satu ekosistem pembangunan pelumba yang lebih tersusun. Selain penglibatan dalam program Moto3 bersama Hakim Danish, inisiatif ini turut memberi tumpuan kepada MotoMini Malaysia sebagai platform penting bagi melahirkan bakat baharu.

Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak turut merancang pelbagai inisiatif tambahan seperti pembangunan teknikal, pendedahan industri, dan juga peluang berkolaborasi di peringkat serantau dan antarabangsa

Langkah ini dilihat sebagai usaha memperkukuh laluan pembangunan pelumba Malaysia secara lebih sistematik dan berdaya saing.

Kerjasama Motobatt ZK Racing

Komitmen Motobatt terhadap sukan permotoran

Menurut Manfred, Pengarah Urusan MC Accessories Sdn. Bhd, kerjasama ini mencerminkan komitmen Motobatt dalam menyokong industri sukan permotoran di semua peringkat.

“Kerjasama ini bersama ZK Racing membolehkan kami menyumbang kepada laluan yang lebih tersusun bagi pelumba muda, di samping menyokong program seperti Moto3 dan MotoMini Malaysia. Kami berharap dapat terus memperkukuh kehadiran kami dalam komuniti sukan permotoran serta menyokong prestasi dan pertumbuhan jangka panjang.”

Motobatt merupakan jenama global yang terkenal dalam penghasilan bateri berprestasi tinggi untuk motosikal, ATV dan pelbagai aplikasi kuasa lain. Dengan teknologi inovatif seperti reka bentuk empat terminal serta tahap ketahanan yang tinggi, jenama ini menjadi pilihan dalam kalangan pengguna profesional dan komuniti perlumbaan di seluruh dunia.

Kerjasama Motobatt ZK Racing

ZK Racing perkukuh ekosistem pelumba Malaysia

Sementara itu, Zulfahmi Khairuddin, Pengarah ZK Racing, menyifatkan kerjasama ini sebagai satu langkah penting dalam memperkukuh keseluruhan ekosistem pembangunan pelumba.

“Kerjasama bersama Motobatt merupakan satu langkah positif buat ZK Racing dalam memperkukuh keseluruhan ekosistem pelumba dari peringkat akar umbi hingga ke pentas antarabangsa. Sokongan ini bukan sahaja meningkatkan kepercayaan kepada jentera latihan, malah memberi keyakinan kepada pelumba untuk fokus sepenuhnya di litar.”

Beliau turut menambah bahawa kerjasama ini memainkan peranan penting dalam memperkukuh program Moto3 melibatkan Hakim Danish, dengan menyediakan sokongan menyeluruh bagi memastikan pelumba muda itu berada pada tahap terbaik sepanjang musim.

“Kami percaya kejayaan pelumba memerlukan sistem yang kukuh, rakan strategik yang tepat serta perancangan jangka panjang. Kerjasama ini merupakan langkah penting ke arah melahirkan lebih ramai pelumba Malaysia bertaraf dunia.”

Dengan gabungan kepakaran teknikal Motobatt dan pengalaman pembangunan pelumba oleh ZK Racing, kerjasama ini dijangka menjadi pemangkin kepada kemajuan sukan permotoran Malaysia, khususnya dalam melahirkan generasi pelumba masa depan yang mampu bersaing di peringkat global.

Related Items2026baruberitaIndustriKedai Motormalaysiamotobattsukan motorUtamazk racing
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
May 5, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaIndustriKedai Motormalaysiamotobattsukan motorUtamazk racing

More in Berita

iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3

Hazique ZairillJune 10, 2026
Read More

Cara Renew Insurans Motor Secara Online di Malaysia: Panduan Lengkap 2026

Amzar HazeeqJune 10, 2026
Read More

Qabil Irfan Sasar Podium Pertama di Estoril, Mahu Tampil Lebih Agresif di Moto4 European Cup

Amzar HazeeqJune 9, 2026
Read More

Top 5 Motor Jepun di iMotorbike

Amzar HazeeqJune 9, 2026
Read More

2026 Brixton 625V Dialncarkan di Malaysia Pada Harga RM26,888

Amzar HazeeqJune 8, 2026
Read More

Hakim Danish Fokus Bangkit Selepas Cabaran Sukar di GP Hungary

Amzar HazeeqJune 8, 2026
Read More

iMotorbike Anjur “Motorday Sale” dengan Diskaun Sehingga RM5,550 di Seluruh Negara

Hazique ZairillJune 8, 2026
Read More

Brixton Moucca 250 2026 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM12,888

Amzar HazeeqJune 5, 2026
Read More

SYM Husky 200 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM10,998

Amzar HazeeqJune 5, 2026
Read More

CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More

CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More

Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Honda Perkenal ADV160 2026 di Malaysia Bike Show
    BeritaJune 3, 2026
  • Kawasaki Malaysia Lancar Z1100 SE 2026 Pada Harga RM69,900
    BeritaJune 4, 2026
  • SYM Husky 200 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM10,998
    BeritaJune 5, 2026
  • Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider
    BeritaJune 4, 2026
  • Top 5 Motor Suzuki Yang Masih Menjadi Pilihan Rider Malaysia
    BeritaMay 28, 2026
  • CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888
    BeritaJune 4, 2026
  • CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888
    BeritaJune 4, 2026
  • iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3
    BeritaJune 10, 2026
  • Cara Renew Insurans Motor Secara Online di Malaysia: Panduan Lengkap 2026
    BeritaJune 10, 2026
  • Qabil Irfan Sasar Podium Pertama di Estoril, Mahu Tampil Lebih Agresif di Moto4 European Cup
    BeritaJune 9, 2026
  • Top 5 Motor Jepun di iMotorbike
    BeritaJune 9, 2026
  • 2026 Brixton 625V Dialncarkan di Malaysia Pada Harga RM26,888
    BeritaJune 8, 2026
  • Hakim Danish Fokus Bangkit Selepas Cabaran Sukar di GP Hungary
    BeritaJune 8, 2026
  • iMotorbike Anjur “Motorday Sale” dengan Diskaun Sehingga RM5,550 di Seluruh Negara
    BeritaJune 8, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Hakim Danish Perkemas Strategi, Sasar Keputusan Lebih Baik di GP Perancis
Cara Menunggang Yang Merosakkan Sistem Clutch Secara Perlahan
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat