• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Hakim Danish Perkemas Strategi, Sasar Keputusan Lebih Baik di GP Perancis

Hakim Danish Perkemas Strategi, Sasar Keputusan Lebih Baik di GP Perancis
Amzar Hazeeq
May 5, 2026

Pelumba muda negara optimis manfaatkan pengalaman di Le Mans untuk tembusi kelompok 10 terbaik Moto3.

Hakim Danish

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Pelumba muda sensasi negara, Hakim Danish Ramli, tekad untuk meneruskan momentum positif apabila kembali beraksi di Grand Prix (GP) Perancis di Litar Le Mans, sempena Pusingan ke-5 Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) hujung minggu ini.

Mewakili pasukan AEON Credit MT-Helmets-MSI, Hakim Danish kini berada di tangga ke-15 keseluruhan dengan 12 mata. Selepas berjaya mengutip tiga mata berharga di GP Sepanyol di Jerez, beliau kini meletakkan sasaran lebih tinggi untuk memperbaiki kedudukan dalam carta kejuaraan.

Hakim Danish

Pengalaman di Le Mans jadi kelebihan penting

Litar Le Mans bukanlah sesuatu yang asing buat pelumba kelahiran Terengganu itu. Tahun lalu, Hakim Danish pernah mencuri perhatian dalam saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup di litar yang sama, sekali gus memberikan kelebihan dari segi pengalaman dan keyakinan.

Namun begitu, Hakim Danish menyedari bahawa cabaran dalam kelas Moto3 jauh lebih kompetitif berbanding saingan sebelumnya. Justeru, beliau perlu tampil dengan persiapan lebih rapi untuk bersaing dalam kelompok hadapan.

Hakim Danish

Fokus kepada aspek teknikal dan strategi perlumbaan

Selain faktor persaingan sengit, keadaan cuaca yang tidak menentu serta karakter teknikal Litar Le Mans dijangka menjadi cabaran utama. Oleh itu, fokus utama kini terarah kepada usaha memperkemaskan setup jentera serta strategi perlumbaan bagi memastikan prestasi lebih konsisten.

Hakim Danish turut menyatakan keyakinannya untuk menggunakan pengalaman lalu sebagai kelebihan dalam memburu keputusan lebih baik.

“Menjelang Pusingan ke-5 di Le Mans, ia adalah antara litar yang saya gemari. Saya mempunyai pengalaman beraksi di sini dalam Red Bull Rookies Cup tahun lalu, namun cabarannya berbeza dalam Moto3.

Berbekalkan momentum positif daripada perlumbaan lalu, saya menyasarkan keputusan lebih baik. Saya perlu bermula garang sejak FP1, cepat menyesuaikan diri dan kekal fokus sepanjang perlumbaan,” kata Hakim Danish.

Hakim Danish

Sokongan penuh pasukan untuk prestasi maksimum

Sementara itu, Pengurus Pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, menegaskan bahawa pasukan akan memberikan sokongan penuh bagi memastikan Hakim Danish dapat menampilkan prestasi terbaik di Le Mans.

“Le Mans sentiasa mencabar, terutamanya dengan faktor cuaca dan karakter teknikal litar. Fokus kami adalah untuk meneruskan perkembangan positif Danish seperti di Jerez.

Pasukan akan memastikan jentera berada pada tahap terbaik dan membantu Danish menyesuaikan diri seawal mungkin. Dalam Moto3, setiap perincian sangat penting kerana jurang prestasi amat kecil.

Dengan pengalaman dan momentum semasa, kami percaya Danish mampu tampil lebih kompetitif dan berpeluang meraih keputusan lebih baik,” jelas Zulfahmi.

Dengan persiapan rapi serta keyakinan yang semakin meningkat, Hakim Danish kini dilihat berpotensi untuk mencabar kelompok hadapan dan seterusnya mengintai peluang menamatkan perlumbaan dalam kelompok 10 terbaik dunia di Le Mans.

Related Items2026baruberitahakim danishIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto3sukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
May 5, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitahakim danishIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto3sukan motorUtama

More in Berita

iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3

Hazique ZairillJune 10, 2026
Read More

Cara Renew Insurans Motor Secara Online di Malaysia: Panduan Lengkap 2026

Amzar HazeeqJune 10, 2026
Read More

Qabil Irfan Sasar Podium Pertama di Estoril, Mahu Tampil Lebih Agresif di Moto4 European Cup

Amzar HazeeqJune 9, 2026
Read More

Top 5 Motor Jepun di iMotorbike

Amzar HazeeqJune 9, 2026
Read More

2026 Brixton 625V Dialncarkan di Malaysia Pada Harga RM26,888

Amzar HazeeqJune 8, 2026
Read More

Hakim Danish Fokus Bangkit Selepas Cabaran Sukar di GP Hungary

Amzar HazeeqJune 8, 2026
Read More

iMotorbike Anjur “Motorday Sale” dengan Diskaun Sehingga RM5,550 di Seluruh Negara

Hazique ZairillJune 8, 2026
Read More

Brixton Moucca 250 2026 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM12,888

Amzar HazeeqJune 5, 2026
Read More

SYM Husky 200 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM10,998

Amzar HazeeqJune 5, 2026
Read More

CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More

CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More

Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Honda Perkenal ADV160 2026 di Malaysia Bike Show
    BeritaJune 3, 2026
  • Kawasaki Malaysia Lancar Z1100 SE 2026 Pada Harga RM69,900
    BeritaJune 4, 2026
  • SYM Husky 200 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM10,998
    BeritaJune 5, 2026
  • Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider
    BeritaJune 4, 2026
  • Top 5 Motor Suzuki Yang Masih Menjadi Pilihan Rider Malaysia
    BeritaMay 28, 2026
  • CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888
    BeritaJune 4, 2026
  • CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888
    BeritaJune 4, 2026
  • iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3
    BeritaJune 10, 2026
  • Cara Renew Insurans Motor Secara Online di Malaysia: Panduan Lengkap 2026
    BeritaJune 10, 2026
  • Qabil Irfan Sasar Podium Pertama di Estoril, Mahu Tampil Lebih Agresif di Moto4 European Cup
    BeritaJune 9, 2026
  • Top 5 Motor Jepun di iMotorbike
    BeritaJune 9, 2026
  • 2026 Brixton 625V Dialncarkan di Malaysia Pada Harga RM26,888
    BeritaJune 8, 2026
  • Hakim Danish Fokus Bangkit Selepas Cabaran Sukar di GP Hungary
    BeritaJune 8, 2026
  • iMotorbike Anjur “Motorday Sale” dengan Diskaun Sehingga RM5,550 di Seluruh Negara
    BeritaJune 8, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

2026 Triumph Tiger 900 Alpine & Rally Desert Kini di Malaysia
Kolaborasi Motobatt & ZK Racing Perkasakan Moto3 dan MotoMini Malaysia
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat