Tawaran khas untuk rakyat Johor dengan booking RM200, harga kawan dan ganjaran tunai untuk jual atau trade-in motosikal.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!
iMotorbike membawakan promosi menarik khas untuk selatan tanah air menerusi kempen terbaharu, “JB Style Mega Sale 2026,” yang berlangsung dari 23 April hingga 23 Mei 2026.
Direka khas untuk rakyat Johor, kempen ini menawarkan harga istimewa di bawah konsep “Harga Kawan,” menjadikan pemilikan motosikal lebih mampu milik. Pelanggan hanya perlu menunjukkan kad pengenalan (IC) atau bil utiliti untuk menikmati promosi eksklusif ini.
Antara tarikan utama kempen ini adalah yuran tempahan serendah RM200, membolehkan pelanggan mendapatkan motosikal pilihan dengan bayaran permulaan yang rendah.
Selain itu, pelanggan juga berpeluang menikmati ganjaran tunai tambahan apabila menjual atau trade-in motosikal mereka:
- Jual motosikal dan terima RM100
- Trade-in motosikal dan terima RM200
Bagi menambah nilai kepada pembelian, setiap motosikal turut didatangkan dengan polisi pemulangan 6 hari serta jaminan sehingga 12 bulan, memberikan keyakinan kepada pembeli. Kemudahan pembiayaan juga disediakan bagi memudahkan proses pemilikan.
Kempen “JB Style Mega Sale 2026” ini mencerminkan komitmen iMotorbike dalam menawarkan promosi yang relevan mengikut lokasi, sambil terus memberikan nilai terbaik, kemudahan dan kebolehpercayaan kepada pelanggan.
Orang ramai, khususnya rakyat Johor, dijemput untuk mengunjungi showroom iMotorbike berhampiran sepanjang tempoh kempen bagi merebut peluang tawaran eksklusif ini.
- Alamat: 2, Jalan Mutiara 6, Taman Perindustrian Plentong, 81750 Masai, Johor Darul Ta’zim Waktu
- Operasi: Isnin – Ahad (9AM – 8PM)
Terma dan syarat tertakluk



Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS