• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Top 5 Motor untuk Orang Penang: Pilihan Terbaik untuk Jalan Sempit & Traffic Padat

Top 5 Motor untuk Orang Penang: Pilihan Terbaik untuk Jalan Sempit & Traffic Padat
Amzar Hazeeq
April 22, 2026

Dari skuter moden hingga kapcai tahan lasak, ini motosikal yang paling sesuai untuk kegunaan harian di Pulau Pinang.

Top 5 Motor untuk Orang Penang

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Nak bergerak di Pulau Pinang memang ada cabaran tersendiri. Dari jalan yang sempit di Georgetown, trafik sesak waktu puncak, sampai ke isu parking yang terhad, semua ini ada penylesaian dengan motosikal yang praktikal, mudah dikawal, dan jimat.

Selain itu, ada juga kawasan berbukit dan jalan yang tak rata, jadi pemilihan motor yang sesuai sangat penting untuk memastikan perjalanan harian lebih lancar dan selesa. Ini adalah 5 pilihan motor yang memang ngam dengan gaya hidup rider di Penang.

Top 5 Motor untuk Orang Penang

1. Honda Vario 160: Skuter Moden untuk Traffic Bandar

Honda Vario 160 hadir dengan enjin 157cc eSP+ yang mampu beri kuasa yang cukup untuk kegunaan harian tanpa mengorbankan penjimatan minyak. Dengan transmisi automatik (CVT), ia sangat mudah untuk digunakan dalam trafik yang dah menjadi kebiasaan di Penang.

Motor ini sesuai untuk kawasan bandar seperti Georgetown kerana tak perlu untuk tukar gear dan mudah dikawal di ruang-ruang sempit. Ruang simpanan bawah seat pun sangat membantu untuk simpan helmet atau barang harian tanpa perlu untuk bawa beg tambahan.

Top 5 Motor untuk Orang Penang

2. SYM Husky 150: Selesa untuk Jalan Tak Rata

SYM Husky 150 adalah skuter yang lebih rugged dengan rekaan yang sesuai untuk jalan yang tak rata atau berlubang. Dengan riding position yang lebih tinggi dan suspension yang selesa, ia memberi keyakinan lebih ketika melalui jalan yang tidak elok.

Di Penang, tempat yang mempunyai pelbagai jenis permukaan jalan, Husky 150 mampu memberikan kelebihan dari segi keselesaan. Ia sesuai untuk rider yang bergerak antara bandar dan kawasan pinggir yang mungkin mempunyai jalan yang tak begitu rata.

Top 5 Motor untuk Orang Penang

3. Honda RS-X: Kapcai Berkuasa untuk Pergerakan Pantas

Honda RS-X dilengkapi enjin 150cc DOHC yang memberikan prestasi lebih tinggi berbanding kapcai biasa. Motor ini sangat responsif dan sesuai untuk rider yang mahukan sedikit kuasa tambahan untuk memotong dalam trafik.

Saiznya yang kompak memudahkan pergerakan di jalan sempit dan celah-celah kereta. Untuk rider Penang yang selalu berdepan traffic jam, RS-X mampu untuk memberikan keseimbangan antara kelajuan ketika jalan kosong dan kawalan yang baik ketika menghadapi jam.

Top 5 Motorcycles for Penang People

4. Honda Wave Alpha: Jimat & Praktikal untuk Harian

Honda Wave Alpha terkenal sebagai motosikal yang sangat jimat minyak dan mudah untuk dimaintain. Enjin 110cc yang digunakan sangat mencukupi untuk kegunaan harian tanpa perlu menelan kos tinggi.

Motor ini sangat sesuai untuk mereka yang hanya perlukan kenderaan asas untuk ulang-alik kerja atau bergerak dalam kawasan bandar. Ringan, mudah dikawal, dan kos rendah menjadikannya pilihan popular di kawasan padat seperti Penang.

Top 5 Motor untuk Orang Penang

5. Yamaha Lagenda 115: Tahan Lasak & Mudah Dijaga

Yamaha Lagenda 115 adalah pilihan yang terkenal dengan ketahanan dan kebolehpercayaannya. Ia menawarkan prestasi yang stabil untuk kegunaan harian serta kos penyelenggaraan yang rendah.

Untuk keadaan jalan yang tak tentu seperti di Penang, Lagenda 115 adalah pilihan yang selamat dan praktikal. Ia sesuai untuk rider yang mahukan motor tahan lama tanpa banyak masalah dalam jangka masa panjang.

Kesimpulan

Pemilihan motosikal di Penang bergantung kepada keperluan harian dan keadaan jalan yang dihadapi. Sama ada anda memilih skuter automatik atau kapcai, faktor seperti kemudahan kawalan, penjimatan minyak, dan keselesaan sangat penting.

Model seperti Honda Vario 160, SYM Husky 150, Honda RS-X, Honda Wave Alpha, dan Yamaha Lagenda 115 masing-masing menawarkan kelebihan tersendiri. Dengan pilihan yang tepat, perjalanan harian di Penang boleh jadi lebih mudah, cepat, dan kurang stress.

Kepada warga Penang, kalau you guys ingin cari motor yang ada dalam list ni, semua motor ini ready stock di showroom cawangan Penang kami. Kalau you guys berminat dengan motor-motor ini, atau nak mencari model motor lain, nak jual, atau trade in motor, boleh datang ke showroom kami atau layari website iMotorbike untuk maklumat lanjut.

Related Items2026baruberitaHondaIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembelipenangsymUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
April 22, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaHondaIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembelipenangsymUtama

More in Berita

Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Hakim Danish Sedia Bangkit di GP Indonesia

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Pelumba Moto4 Negara Sasar Kebangkitan di Mandalika

Amzar HazeeqOctober 8, 2026
Read More

[PENANG] Review Yamaha NMAX 155: Pilihan Skuter Harian Terbaik 

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[PENANG] Review Brixton BX150: Gaya Retro Klasik Untuk Kegunaan Harian

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[JOHOR] SYM Husky 150 Review: Gaya Adventure Dengan Keselesaan Harian

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

[JOHOR] Yamaha YZF-R15 Review: Sportbike Kecil Dengan Jiwa Besar

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual

Amzar HazeeqOctober 6, 2026
Read More

Hakim Danish Bangkit Raih Mata Berharga di GP Jepun

Amzar HazeeqOctober 6, 2026
Read More

Punca Motosikal Rosak Tengah Jalan: 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 5, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MODENAS Z15GT Kini Hadir Dengan Warna dan Naik Taraf Komponen Baharu
    BeritaSeptember 10, 2026
  • ZXMOTO Rasmi Masuki Pasaran Malaysia Dengan Tiga Model Baharu
    BeritaSeptember 15, 2026
  • 6 Motor Bulanan Bawah RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 22, 2026
  • ZXMOTO 500RR vs CFMOTO 500SR VOOM: Pertarungan Sportbike 500cc 4-Dapur
    BeritaSeptember 10, 2026
  • Honda E-Clutch Diperluas kepada Honda NX500, CB750 dan Transalp di Malaysia
    BeritaSeptember 11, 2026
  • Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden
    BeritaOctober 9, 2026
  • Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu
    BeritaOctober 9, 2026
  • Hakim Danish Sedia Bangkit di GP Indonesia
    BeritaOctober 9, 2026
  • Pelumba Moto4 Negara Sasar Kebangkitan di Mandalika
    BeritaOctober 8, 2026
  • [PENANG] Review Yamaha NMAX 155: Pilihan Skuter Harian Terbaik 
    BeritaOctober 7, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

iMotorbike Lancar “JB Style Mega Sale 2026” Tawaran Eksklusif untuk Rakyat Johor  
iMotorbike Lancar Kempen “Motor Banyak Surr” di Pulau Pinang