• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual

MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
Hazique Zairill
October 12, 2026

Penampilan sulung Hakim Danish di laman sendiri dalam Kejuaraan Dunia Moto3 menjadi antara tarikan utama GP Malaysia 2026, dengan tiket kategori Premier Seat dan Hakim Danish Tribune sudah habis dijual.

MotoGP Malaysia
(Dari kiri) Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif pada sidang media Grand Prix Motosikal Malaysia 2026 di KL. 

Langgan saluran Instagram kami untuk maklumat dan berita terkini!

Penampilan sulung Hakim Danish di laman sendiri dalam Kejuaraan Dunia Moto3 menjadi antara tarikan utama GP Malaysia 2026, dengan tiket kategori Premier Seat dan Hakim Danish Tribune sudah habis dijual.

Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2026 bakal kembali ke Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini, dengan kira-kira 80 peratus tiket telah habis dijual menjelang perlumbaan. Sambutan hangat itu turut didorong oleh penampilan pelumba negara, Hakim Danish Ramli, yang bakal membuat penampilan sulung di laman sendiri sebagai pelumba Kejuaraan Dunia Moto3.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif, berkata edisi 2025 telah menarik seramai 190,977 penonton, sekali gus mencerminkan minat yang tinggi daripada peminat tempatan dan antarabangsa.

Bagi edisi 2026, kategori tiket Premier Seat dan Hakim Danish Tribune dilaporkan telah habis dijual. Penganjur menyasarkan kehadiran seramai 200,000 peminat sepanjang acara tiga hari itu.

Menurut Azhan, kejayaan Hakim Danish meraih kemenangan sulung dan podium pertamanya dalam Kejuaraan Dunia Moto3 musim ini memberikan satu lagi sebab untuk peminat tempatan hadir ke Sepang bagi menyokong pelumba muda negara itu.

Beliau turut menggalakkan peminat sukan permotoran, termasuk mereka yang bukan pengikut tegar MotoGP, supaya datang beramai-ramai untuk merasai sendiri suasana perlumbaan dan memberikan sokongan kepada wakil Malaysia.

Pelbagai Aktiviti Menanti Peminat

Selain aksi perlumbaan di litar, GP Malaysia 2026 turut menawarkan pelbagai aktiviti untuk mendekatkan peminat dengan pelumba dan dunia MotoGP.

Antara aktiviti yang dirancang termasuk Public Pit Lane Walk, sesi autograf, Night Track Tour, Moto2 dan Moto3 Hero Walk, MotoGP Hero Walk serta Grid Walk.

Zon Peminat MotoGP juga bakal menampilkan persembahan pelajar sekolah dan universiti, selain pelbagai hiburan serta aktiviti interaktif sepanjang hujung minggu perlumbaan.

Bagi kategori tiket terpilih, peminat turut berpeluang memenangi motosikal daripada Aprilia dan Lambretta menerusi cabutan bertuah yang ditawarkan.

MotoGP Malaysia

Tiket Rahmah Serendah RM49.90

Dalam usaha menjadikan sukan permotoran lebih mudah diakses oleh orang ramai, inisiatif Tiket Rahmah diteruskan untuk edisi tahun ini.

Tiket K2 Hillstand masih ditawarkan pada harga RM49.90, memberikan pilihan lebih berpatutan kepada keluarga, golongan muda dan peminat perlumbaan yang ingin menyaksikan aksi MotoGP secara langsung di Sepang.

Menteri Belia dan Sukan, YB Dr Mohammed Taufiq Johari, berkata MotoGP Malaysia merupakan kebanggaan negara yang membantu merancakkan sektor pelancongan, membuka peluang ekonomi dan memberi inspirasi kepada generasi pelumba baharu.

Beliau juga menegaskan bahawa inisiatif seperti Tiket Rahmah dan Ekosistem Pembangunan Sukan Permotoran Malaysia (MDEV) mencerminkan komitmen kerajaan untuk memperluas akses kepada sukan permotoran serta melahirkan lebih ramai pelumba berbakat.

Sepang Perkukuh Usaha Kelestarian

Selain perlumbaan dan hiburan, SIC turut memperluas inisiatif kelestarian bagi GP Malaysia 2026. Litar itu telah memeterai memorandum persefahaman dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) untuk memperkukuh pengurusan sisa serta menggalakkan amalan bertanggungjawab dalam kalangan penonton dan pihak yang terlibat.

Antara inisiatif yang dirancang termasuk pengasingan sisa di punca, program Trash to Gift, seni tayar kitar semula, Composting on Wheels dan program sukarelawan Hero Kebersihan di bawah kempen Respect Our Track.

Kerjasama itu turut merangkumi pengumpulan data alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) bagi mengukur keberkesanan inisiatif serta membantu penambahbaikan pada masa hadapan.

Dengan kira-kira 80 peratus tiket telah terjual dan beberapa kategori popular sudah habis dijual, peminat digalakkan mendapatkan tiket lebih awal menerusi saluran rasmi.

GP Malaysia 2026 bakal menjadi satu lagi acara penting buat sukan permotoran negara, khususnya apabila Hakim Danish bersedia beraksi di hadapan penyokong sendiri dalam Kejuaraan Dunia Moto3.

Tiket boleh didapati menerusi laman web rasmi Litar Antarabangsa Sepang.

Related Items2026apriliabaruberitahakim danishHondaIndustriktmmotogpsepangSepang CircuitUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
October 12, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026apriliabaruberitahakim danishHondaIndustriktmmotogpsepangSepang CircuitUtamayamaha

More in Berita

Mesh vs Leather Riding Jackets: Mana Yang Lebih Baik?

Amzar HazeeqNovember 2, 2026
Read More

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • Mesh vs Leather Riding Jackets: Mana Yang Lebih Baik?
    BeritaNovember 2, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden
Azroy Hakeem Kuasai Perlumbaan Malam Cub Prix, Rangkul Kemenangan CP150