• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Azroy Hakeem Kuasai Perlumbaan Malam Cub Prix, Rangkul Kemenangan CP150

Azroy Hakeem Kuasai Perlumbaan Malam Cub Prix, Rangkul Kemenangan CP150
Amzar Hazeeq
October 12, 2026

Azroy Hakeem menguasai aksi malam Pusingan 6 Malaysian Cub Prix 2026 untuk meraih kemenangan CP150 di LYL International Karting Circuit.

Azroy Hakeem Cub Prix 150

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Pusingan 6 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2026 di LYL International Karting Circuit menyajikan aksi perlumbaan malam yang penuh debaran apabila Azroy Hakeem Anuar daripada HONDA CASTROL POWER1 YUZY RACING berjaya muncul juara kelas CP150 selepas mengharungi pertarungan sengit sepanjang perlumbaan.

Azroy memulakan perlumbaan dengan cemerlang selepas meraih petak utama menerusi sesi Shoot Out. Beliau terus menguasai saingan sebaik lampu hijau dipadamkan sambil diekori rapat rakan sepasukan, Shahrol Syazras Shahrol Yuzy, yang turut memberikan tekanan di kelompok hadapan.

Namun, perlumbaan berubah dramatik seawal pusingan ketiga apabila pemenang Pusingan 5, Md Helmi Azman daripada TAB SPORTS SCK HONDA RACING, terlibat dalam insiden kejatuhan yang membuka ruang kepada pelumba lain untuk merebut kedudukan hadapan.

Pertarungan sebenar bermula di pertengahan perlumbaan apabila Kasma Daniel Kasmayudin daripada PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR mencatat masa terpantas 1’11.316 saat untuk merapatkan jurang dengan pendahulu. Kasma berjaya memintas Azroy pada pusingan ke-13, namun pelumba Honda itu tidak menunggu lama sebelum kembali merampas kedudukan pertama.

Memasuki pusingan terakhir, Kasma terus memberikan tekanan apabila berjaya mengecilkan jurang kepada hanya 0.200 saat. Bagaimanapun, Azroy meningkatkan rentak jenteranya pada saat-saat akhir untuk melebarkan jurang kepada 2.311 saat sebelum melintasi garisan penamat dengan catatan masa 19’14.971 saat, sekali gus meraih kemenangan berharga dalam perlumbaan malam tersebut.

Kasma menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan masa 19’17.282 saat, manakala Md Haziq Md Fairues daripada IDEMITSU HONDA YAM RACING melengkapkan podium di tempat ketiga menerusi catatan 19’23.347 saat.

Sementara itu, Ahmad Darwisy Ahmad Sahir daripada HONDA CASTROL POWER1 YUZY RACING menamatkan perlumbaan di tempat keempat dengan masa 19’24.995 saat, berjaya mengatasi Md Akid Aziz daripada VOGE RACING TEAM, yang menamatkan saingan di tempat kelima dengan catatan 19’25.033 saat.

Selepas perlumbaan, Azroy meluahkan rasa syukur kerana berjaya kembali ke puncak podium selepas insiden yang menimpanya pada Pusingan 5: “Saya dedikasikan kemenangan ini kepada keluarga arwah Farres. Pada awalnya saya bermula dengan agak gementar kerana tidak mahu insiden sama berulang, tetapi alhamdulillah saya dapat bermula dengan baik dan kekal konsisten.”

Azroy turut mendedahkan jenteranya mengalami sedikit masalah teknikal ketika perlumbaan berlangsung: “Motosikal saya mengalami sedikit isu TPS (Throttle Position Sensor) yang menyebabkan penurunan kuasa. Keadaan itu membolehkan Kasma merapatkan jurang dan memintas, namun selepas saya memintas kembali, saya cuba melepaskan diri sebaik mungkin.”

Menurut pelumba itu, perlumbaan malam memberikan cabaran berbeza berbanding perlumbaan biasa, namun beliau memuji usaha pasukannya yang berjaya menyediakan jentera terbaik.

“Perlumbaan pada waktu malam ini sangat mengujakan. Walaupun pancaran lampu kamera agak mencabar penglihatan dan suhu rendah menguji pelarasan jentera, pujian harus diberikan kepada pasukan yang telah melakukan tugas dengan sangat cemerlang kali ini.”

Keputusan Top 5 CP150 – Pusingan 6 Malaysian Cub Prix 2026

  1. Azroy Hakeem Anuar (HONDA CASTROL POWER1 YUZY RACING) – 19’14.971s
  2. Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR) – 19’17.282s
  3. Md Haziq Md Fairues (IDEMITSU HONDA YAM RACING) – 19’23.347s
  4. Ahmad Darwisy Ahmad Sahir (HONDA CASTROL POWER1 YUZY RACING) – 19’24.995s
  5. Md Akid Aziz (VOGE RACING TEAM) – 19’25.033s

Related Items2026Azroy HakeembaruberitaCp150HondaIndustriKedai MotorLokalmalaysiasukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
October 12, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026Azroy HakeembaruberitaCp150HondaIndustriKedai MotorLokalmalaysiasukan motorUtama

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888