• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

MotoMini Malaysia 2026 Tamat Sengit, 4 Pelumba Ke Valencia!

MotoMini Malaysia 2026 Tamat Sengit, 4 Pelumba Ke Valencia!
Amzar Hazeeq
September 22, 2026

Pusingan penutup di Litar Kart Antarabangsa Sepang mengesahkan empat pelumba muda Malaysia yang bakal membawa cabaran negara ke MotoMini World Final di Valencia, Sepanyol.

MotoMini Malaysia 2026

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Kejuaraan MotoMini Malaysia 2026 melabuhkan tirainya dengan penuh dramatik apabila Pusingan 4 dan Pusingan 5 berlangsung serentak di Litar Kart Antarabangsa Sepang, Selangor, hujung minggu lalu.

Pusingan terakhir musim ini menyaksikan format dwipusingan yang mempertandingkan empat perlumbaan dalam tempoh dua hari. Format tersebut menguji ketahanan fizikal, kekuatan mental serta keupayaan teknikal barisan pelumba muda negara dalam perebutan baki 100 mata maksimum.

Selain menentukan kejuaraan keseluruhan bagi setiap kategori, aksi di Sepang turut menjadi pentas penting untuk memilih wakil Malaysia ke MotoMini World Final 2026 yang bakal berlangsung di Valencia, Sepanyol. Dua pelumba terbaik kategori MotoMini Malaysia 190cc dan dua pelumba terbaik kategori MotoMini Malaysia 160cc berjaya mengesahkan tempat mereka ke pentas antarabangsa itu.

MotoMini Malaysia 2026

Qasha Irfan Dominasi Kategori MotoMini Malaysia 190cc

Dalam kategori utama MotoMini Malaysia 190cc, pelumba Team 4 Racing dari Terengganu, Qasha Irfan, muncul juara keseluruhan selepas mempamerkan aksi yang cukup konsisten sepanjang musim.

Qasha menamatkan kempen 2026 dengan rekod sembilan kemenangan, termasuk kemenangan berganda pada perlumbaan Sabtu dan Ahad di Sepang. Keputusan itu sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai antara bakat muda paling menyerlah menjelang cabaran di Valencia.

Pelumba Selangor, Malek Ridha, menamatkan musim sebagai naib juara keseluruhan dengan kutipan 167 mata sekali gus meraih tiket kedua ke MotoMini World Final. Adam Aiman daripada CMX Racing pula menamatkan saingan di kedudukan ketiga keseluruhan dengan 155 mata.

MotoMini Malaysia 2026

Al-Adam Mikail Kuasai Saingan MotoMini Malaysia 160cc

Kategori MotoMini Malaysia 160cc turut menyaksikan penguasaan Al-Adam Mikail daripada Scooter.my ZNEXLAB IGOL Racing Team.

Pelumba berusia 12 tahun dari Pahang itu mengumpul sembilan kemenangan sepanjang musim untuk menamatkan kempen dengan 233 mata, sekali gus muncul juara keseluruhan dengan kelebihan yang selesa.

Rakan senegerinya, Qaish Isyraf daripada 36 JRQR Racing Team, menamatkan musim di tempat kedua keseluruhan dengan 161 mata bagi mengesahkan slot kedua ke Valencia. Sementara itu, Aryan Mikhail daripada Team 4 Racing menamatkan musim di kedudukan ketiga dengan 151 mata.

MotoMini Malaysia 2026

Haqim Al Mahdi Juara SIC Ohvale Junior Championship

Saingan SIC Ohvale Junior Championship menyaksikan Haqim Al Mahdi daripada HF MotoMini Team menamatkan musim sebagai juara keseluruhan selepas mengumpul 222 mata.

Pelumba cilik berusia tujuh tahun itu mempamerkan prestasi konsisten sepanjang musim bagi memastikan gelaran menjadi miliknya.

Sementara itu, pelumba wanita muda, Wan Adra Mikayla Wan Mohd Muzri, turut mencuri perhatian apabila meraih dua kemenangan di Sepang sekali gus menamatkan musim di kedudukan kedua keseluruhan dengan 179 mata. Akmal Aiman daripada CMX Racing pula melengkapkan kelompok tiga terbaik dengan kutipan 130 mata.

MotoMini Malaysia 2026

Faith Mikael Rangkul Gelaran RCB MotoKidz Championship

Dalam saingan RCB MotoKidz Championship, Faith Mikael daripada M8 Racing Team membuktikan potensinya apabila muncul juara keseluruhan dengan kutipan 197 mata.

Bekas pelumba push bike itu berjaya mengumpul lima kemenangan sepanjang musim untuk mengesahkan gelaran keseluruhan, sekali gus menyerlahkan potensi besar yang dimilikinya dalam arena perlumbaan motosikal.

MotoMini Malaysia 2026

MotoMini Terus Jadi Platform Melahirkan Bakat Baharu

Pengarah Program MotoMini Malaysia, Zulfahmi Khairuddin, menyifatkan musim 2026 sebagai antara musim paling kompetitif, terutama dalam perebutan kejuaraan keseluruhan serta slot ke MotoMini World Final.

Menurut beliau, pelumba yang berjaya layak ke Valencia sememangnya memiliki kemampuan untuk bersaing di pentas dunia berdasarkan prestasi konsisten yang dipamerkan sepanjang musim.

“Pelumba yang mengesahkan tempat ke Valencia sememangnya layak kerana kita tahu tahap keupayaan pelumba Malaysia tidak pernah menghampakan di pentas akhir dunia. Setiap tahun kita ke sana, kita berjaya meraih podium dan dengan kebolehan dua pelumba terbaik kategori 190cc dan 160cc ini, saya amat yakin untuk meletakkan sasaran tinggi di Valencia nanti.

“Secara keseluruhannya, peralihan konsep musim ini daripada perlumbaan satu pengeluar (one-make race) kepada sistem pasukan berasaskan penajaan sendiri membuahkan hasil yang sangat positif. Kehadiran penonton dan keluarga juga amat luar biasa, sekali gus mencerminkan kemeriahan sukan ini.

“Malah, program ini mula membuka mata pihak luar termasuk jurulatih bola sepak terkenal tanah air, Nizam Jamil, yang tampil menubuhkan pasukan NJ Racing. Kita berharap lebih ramai individu berpengalaman seperti beliau tampil menyokong dan menyertai program pembangunan bakat seperti ini.

“Kita juga bersyukur dan berterima kasih atas kehadiran Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Rahimi bin Ismail, yang hadir melihat sendiri potensi sukan ini.

“Harapan saya, program MotoMini serta inisiatif Road to MotoGP akan terus mendapat sokongan padu daripada KBS dan SIC bagi memastikan kesinambungan pembangunan bakat muda negara ke peringkat dunia tidak terputus. Hakim Danish lahir dari program ini dan kita harap satu hari nanti lebih ramai bakat muda dari Malaysia ke sana.”

Musim 2026 menyaksikan MotoMini Malaysia terus memainkan peranan penting sebagai platform pembangunan pelumba muda negara, dengan beberapa bakat baharu kini bersedia menggalas cabaran Malaysia di MotoMini World Final di Valencia penghujung tahun ini.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiamotomini malaysia 2026sukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 22, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiamotomini malaysia 2026sukan motorUtama

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

5 Punca Kenapa Motor Rasa Berat Bila Ditunggang
ZK Racing Terima Geran Padanan Sukan RM800,000 Daripada KBS