• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

ZK Racing Terima Geran Padanan Sukan RM800,000 Daripada KBS

ZK Racing Terima Geran Padanan Sukan RM800,000 Daripada KBS
Hazique Zairill
September 22, 2026

Geran daripada Kementerian Belia dan Sukan bagi tahun 2026 akan menyokong pembangunan sukan permotoran akar umbi serta bakat pelumba muda menerusi program FIM MotoMini Malaysia.

ZK Racing

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

ZK Racing selaku penganjur FIM MotoMini Malaysia menerima Geran Padanan Sukan (GPS) berjumlah RM800,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi tahun 2026.

Geran tersebut akan dimanfaatkan bagi menyokong pembangunan sukan permotoran di peringkat akar umbi, selain membantu melahirkan lebih ramai pelumba muda yang berpotensi untuk melangkah ke arah kerjaya profesional menerusi program FIM MotoMini Malaysia.

Menurut ZK Racing, sokongan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyediakan laluan pembangunan yang lebih tersusun kepada pelumba muda dalam sukan permotoran negara.

Sejak 2023, ZK Racing telah mengemukakan permohonan Geran Padanan Sukan setiap tahun bagi menyokong kesinambungan program pembangunan bakat muda dalam sukan permotoran.

KBS turut memberikan sokongan terhadap permohonan tersebut sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pembangunan sukan permotoran di peringkat akar umbi.

ZK Racing

Platform Pembangunan Pelumba Seawal Usia Enam Tahun

Lebih daripada sekadar sebuah kejohanan, FIM MotoMini Malaysia berperanan sebagai platform pembangunan bakat yang memberi peluang kepada kanak-kanak seawal enam tahun untuk mempelajari dan merasai pengalaman perlumbaan motosikal dalam persekitaran yang lebih tersusun.

Menerusi program ini, pelumba muda bukan sahaja membina kemahiran di atas litar, malah turut menerima bimbingan serta pendedahan kepada asas perlumbaan dan persaingan kompetitif.

Pengalaman tersebut turut merangkumi pendedahan kepada perlumbaan di peringkat nasional dan antarabangsa yang diiktiraf oleh Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) dan Fédération Internationale de Motocyclisme (FIM).

Pendedahan dari usia muda ini membolehkan pelumba memahami tuntutan sukan permotoran secara lebih profesional sambil mengumpul pengalaman perlumbaan sebelum melangkah ke kategori yang lebih tinggi.

ZK Racing

Sokongan Untuk Generasi Pelumba Baharu

Geran RM800,000 tersebut akan membantu memastikan kesinambungan program pembangunan FIM MotoMini Malaysia, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada bakat muda dari peringkat akar umbi untuk membina kemahiran dan pengalaman dalam sukan permotoran.

Dengan sokongan KBS serta usaha ZK Racing dalam pembangunan bakat, FIM MotoMini Malaysia terus memberi tumpuan kepada pembentukan laluan pembangunan pelumba muda Malaysia dari peringkat awal sehingga ke tahap yang lebih tinggi. Daripada akar umbi ke pentas dunia, FIM MotoMini Malaysia terus membina pelumba untuk masa hadapan.

Related ItemsbarubeliaberitaIndustrikbsKedai Motormalaysiamoto3moto4motominiUtamazk racing
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 22, 2026
Hazique Zairill

Related ItemsbarubeliaberitaIndustrikbsKedai Motormalaysiamoto3moto4motominiUtamazk racing

More in Berita

Motor Kena Banjir, Boleh Claim Insurans Ke? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 12, 2026
Read More

Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888

Hazique ZairillOctober 12, 2026
Read More

Azroy Hakeem Kuasai Perlumbaan Malam Cub Prix, Rangkul Kemenangan CP150

Amzar HazeeqOctober 12, 2026
Read More

MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual

Hazique ZairillOctober 12, 2026
Read More

Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Hakim Danish Sedia Bangkit di GP Indonesia

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Pelumba Moto4 Negara Sasar Kebangkitan di Mandalika

Amzar HazeeqOctober 8, 2026
Read More

[PENANG] Review Yamaha NMAX 155: Pilihan Skuter Harian Terbaik 

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[PENANG] Review Brixton BX150: Gaya Retro Klasik Untuk Kegunaan Harian

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[JOHOR] SYM Husky 150 Review: Gaya Adventure Dengan Keselesaan Harian

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

[JOHOR] Yamaha YZF-R15 Review: Sportbike Kecil Dengan Jiwa Besar

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO Rasmi Masuki Pasaran Malaysia Dengan Tiga Model Baharu
    BeritaSeptember 15, 2026
  • 6 Motor Bulanan Bawah RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 22, 2026
  • 4 Tanda Motor Korang Dah Sampai Masa Tukar Minyak Hitam
    BeritaSeptember 15, 2026
  • 5 Motor Untuk Kerja Jauh di iMotorbike
    BeritaSeptember 15, 2026
  • 5 Motosikal Mampu Milik Untuk Fresh Graduates
    BeritaSeptember 13, 2026
  • Motor Kena Banjir, Boleh Claim Insurans Ke? Ini Yang Anda Perlu Tahu
    BeritaOctober 12, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • Azroy Hakeem Kuasai Perlumbaan Malam Cub Prix, Rangkul Kemenangan CP150
    BeritaOctober 12, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden
    BeritaOctober 9, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

MotoMini Malaysia 2026 Tamat Sengit, 4 Pelumba Ke Valencia!
6 Motor Bulanan Bawah RM200 di iMotorbike