• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

5 Punca Kenapa Motor Rasa Berat Bila Ditunggang

5 Punca Kenapa Motor Rasa Berat Bila Ditunggang
Amzar Hazeeq
September 21, 2026

Pernah rasa motosikal tiba-tiba jadi lebih berat atau kurang sedap dibawa? Ketahui lima punca yang mungkin menjadi penyebab dan bagaimana anda boleh mengatasinya.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Motosikal yang dalam keadaan baik sepatutnya rasa ringan, stabil dan mudah dikendalikan. Namun, kadang-kadang rider akan mula rasa motosikal menjadi lebih berat daripada biasa. Walaupun enjin masih hidup seperti biasa, motosikal mungkin rasa kurang responsif, semput atau memerlukan lebih banyak tenaga untuk bergerak.

Masalah ini tak semestinya berpunca daripada enjin semata-mata. Dalam banyak keadaan, ia boleh disebabkan oleh beberapa komponen yang semakin haus atau tak dimaintain. Jika dibiarkan terlalu lama, bukan sahaja riding experience menjadi kurang selesa, malah ia juga boleh menjejaskan keselamatan. Berikut ialah lima punca yang sering menyebabkan motosikal terasa berat ketika ditunggang.

1. Tekanan Angin Tayar Tak Mencukupi

Antara punca yang paling biasa ialah tekanan angin tayar yang terlalu rendah. Ramai rider hanya periksa tayar apabila ia kelihatan pancit, sedangkan tayar boleh kehilangan angin sedikit demi sedikit tanpa disedari.

Bila tekanan angin tak mencukupi, permukaan tayar yang bersentuhan dengan jalan menjadi lebih besar. Ini menyebabkan motosikal terasa lebih berat, handlebar menjadi kurang ringan dan penggunaan minyak juga boleh meningkat.

Jadikan pemeriksaan tekanan angin tayar sebagai rutin, terutamanya sebelum nak mulakan perjalanan jauh. Pastikan tekanan angin mengikut spesifikasi yang disyorkan oleh pengeluar motosikal.

2. Rantai Motosikal Terlalu Kering atau Longgar

Rantai memainkan peranan penting dalam menghantar kuasa daripada enjin ke roda belakang. Jika rantai terlalu kering, berkarat atau terlalu longgar, kuasa enjin tak dapat disalurkan dengan lancar.

Akibatnya, motosikal mungkin terasa kurang responsif ketika memecut dan ride menjadi kurang lancar. Selain itu, rantai yang tidak dijaga juga akan haus dengan lebih cepat.

Membersihkan dan melincirkan rantai secara berkala serta memastikan ketegangannya berada pada tahap yang betul dapat membantu memastikan prestasi motosikal sentiasa optimum.

3. Brake Pad Bergesel Dengan Disc

Jika anda terasa motosikal seperti susah untuk bergerak walaupun tak menekan brek, kemungkinan sistem brek sedang mengalami masalah.

Brake pad yang haus, brake caliper yang tersekat atau piston yang tak kembali ke kedudukan asal boleh menyebabkan brek terus bergesel dengan disc. Geseran berterusan ini bukan sahaja membuatkan motosikal terasa berat, malah boleh mempercepatkan kehausan komponen brek.

Jika anda ada bau hangit selepas menunggang atau rim terasa terlalu panas, lebih baik untuk lakukan pemeriksaan brek secepat mungkin.

4. Tayar Sudah Haus

Ramai yang hanya menukar tayar apabila bunga tayar sudah habis. Namun sebenarnya, tayar yang haus bukan sahaja mengurangkan cengkaman, tapi boleh juga menjejaskan handling motosikal.

Apabila tayar sudah tak berada dalam keadaan baik, motosikal mungkin rasa lebih berat ketika membelok atau kurang stabil ketika melalui corner. Keadaan ini menjadi lebih berbahaya jika jalan basah kerana risiko untuk tergelincir turut meningkat. Periksa keadaan bunga tayar secara berkala dan gantikan tayar apabila sudah mencapai had yang disyorkan.

5. Motosikal Sudah Lama Tak Diservis

Kadangkala masalahnya bukan datang daripada satu komponen sahaja. Sebaliknya, beberapa komponen seperti minyak enjin, penapis udara, rantai dan sistem brek mungkin memerlukan perhatian.

Apabila motosikal sudah lama tak diservis, prestasinya boleh mula menurun sedikit demi sedikit. Enjin terasa kurang lancar, pecutan menjadi perlahan dan keseluruhan motosikal mungkin terasa lebih berat untuk ditunggang.

Mengikut jadual servis yang disyorkan bukan sahaja membantu mengekalkan prestasi motosikal, malah dapat mengesan masalah lebih awal sebelum ia menjadi lebih serius dan memerlukan kos repair yang tinggi.

Kesimpulan

Jika motosikal anda mula terasa berat ketika ditunggang, jangan anggap ia sekadar perkara biasa. Sama ada berpunca daripada tekanan angin tayar, rantai, sistem brek atau penyelenggaraan yang diabaikan, mengenal pasti puncanya lebih awal boleh membantu mengelakkan kerosakan yang lebih besar.

Untuk pastikan motor anda dapat berjalan dengan lancar, pastikan motosikal anda diservis tepat pada waktunya. Jika motosikal anda dah sampai masa utuk diservis, iMotorbike Express Service sedia membantu. Juruteknik kami boleh memeriksa keadaan motosikal anda, dan menjalankan penyelenggaraan yang diperlukan supaya motosikal kembali selesa, lancar dan selamat untuk ditunggang. Jadi apa tunggu lagi? Layari website iMotorbike Express Service dan book appointment anda hari ini.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliSEOUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 21, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliSEOUtama

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Hakim Danish Loncat Ke Tangga Ke-7 Keseluruhan Moto3
MotoMini Malaysia 2026 Tamat Sengit, 4 Pelumba Ke Valencia!