• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Hakim Danish Loncat Ke Tangga Ke-7 Keseluruhan Moto3

Hakim Danish Loncat Ke Tangga Ke-7 Keseluruhan Moto3
Amzar Hazeeq
September 21, 2026

Pelumba muda negara, Hakim Danish, bangkit dari petak ke-15 untuk menamatkan GP Austria di tempat kesembilan dan melonjak ke kedudukan ketujuh keseluruhan Moto3.

Hakim Danish GP Austria

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish, meneruskan kempen memberangsangkan dalam Kejuaraan Dunia Moto3 2026 apabila menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Austria di tempat kesembilan selepas aksi kebangkitan yang mengagumkan di Litar Red Bull Ring, Spielberg.

Keputusan itu menghadiahkan tujuh mata berharga buat pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi itu, sekali gus membolehkannya naik satu anak tangga ke kedudukan ketujuh keseluruhan kejuaraan dengan kutipan 101 mata.

Bangkit Dari Petak Ke-15

Hakim Danish memulakan perlumbaan dari petak ke-15, namun tidak mengambil masa lama untuk memperbaiki kedudukannya.

Pelumba berusia 19 tahun itu menamatkan pusingan pertama di tangga ke-14 sebelum terus meningkat ke kedudukan ke-12 pada pusingan kedua. Rentak cemerlang itu diteruskan apabila beliau berada di tempat ke-11 pada pusingan ketiga dan berjaya memasuki kelompok sembilan terbaik menjelang pusingan keempat.

Permulaan yang positif itu membuktikan keyakinan serta kelajuan yang dimiliki Hakim Danish di litar yang terkenal dengan zon brek keras dan laluan lurus yang panjang.

Hakim Danish GP Austria

Kesilapan Pertengahan Perlumbaan Tidak Mematahkan Semangatnya

Bagaimanapun, cabaran mula muncul di pertengahan perlumbaan apabila Hakim Danish melakukan beberapa kesilapan ketika cuba mendapatkan kedudukan yang lebih baik. Akibatnya, beliau terjatuh semula ke kedudukan ke-14 pada pusingan ke-15.

Namun, pelumba muda negara itu enggan mengalah. Beliau berjaya mengatur semula rentak perlumbaan sebelum kembali memintas beberapa pelumba di penghujung saingan.

Hakim Danish naik semula ke tempat ke-12 pada pusingan ke-17, kemudian ke tempat ke-11 pada pusingan ke-19 sebelum melintasi garisan penamat di kedudukan kesembilan untuk mengutip tujuh mata penting.

Satu Lagi Langkah Positif Dalam Musim Rookie

Menurut ZK Racing, keputusan di Austria menjadi satu lagi petanda positif buat Hakim Danish yang terus menunjukkan peningkatan dalam musim pertamanya di Kejuaraan Dunia Moto3.

Walaupun berdepan tekanan dan beberapa kesilapan sepanjang perlumbaan, semangat juangnya untuk bangkit semula pada penghujung perlumbaan membuktikan kematangannya sebagai pelumba muda yang sedang berkembang.

Perlumbaan GP Austria dimenangi pendahulu kejuaraan daripada CFMOTO Gaviota Aspar Team, Maximo Quiles, dengan catatan masa 33 minit 24.323 saat.

Tempat kedua menjadi milik Brian Uriarte dari Red Bull KTM Ajo, manakala rakan sepasukannya, Alvaro Carpe, melengkapkan podium di tempat ketiga.

Hakim Danish GP Austria

Hakim Danish: Kami Berjaya Bangkit Semula

Mengulas perlumbaannya, Hakim Danish mengakui beliau berpuas hati kerana berjaya bangkit selepas berdepan kesukaran di pertengahan perlumbaan.

“Bagi perlumbaan hari ini, saya berjaya menamatkan saingan di tempat ke-9 selepas bermula dari petak ke-15. Pada awal perlumbaan, saya melakukan permulaan yang baik dan cuba memacu jentera semaksimum mungkin sehingga berjaya memperbaiki beberapa kedudukan.

“Bagaimanapun, pada pertengahan saingan tadi, saya agak bergelut kerana terlalu memaksa jentera hingga melakukan kesilapan yang menyebabkan saya ketinggalan semula ke belakang.

“Menjelang penghujung perlumbaan, saya berusaha untuk bangkit semula dan memecut bagi memintas beberapa pelumba di hadapan saya. Keserasian saya dengan jentera juga bertambah baik. Terima kasih kepada pasukan yang bekerja keras sepanjang minggu ini.

“Saya amat teruja untuk menghadapi perlumbaan seterusnya di Asia, khususnya di Jepun, dan bertekad untuk mencatatkan keputusan yang lebih cemerlang. Terima kasih atas sokongan berterusan semua pihak.”

Zulfahmi Khairuddin: Masih Banyak Ruang Untuk Berkembang

Pengurus Pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, menyifatkan minggu di Austria sebagai satu cabaran besar buat Hakim Danish, namun percaya pelumba muda itu masih mempunyai potensi besar untuk terus berkembang.

“Ini sememangnya minggu yang amat mencabar buat Danish. Pada perlumbaan tadi, ada satu pusingan yang menyaksikan beliau sedikit melakukan kesilapan kerana ingin mendapatkan posisi yang lebih baik.

“Saya percaya masih banyak perkara yang perlu diperhalusi oleh Danish, khususnya dari segi teknik tunggangannya. Pasukan sebenarnya tidak meletakkan sasaran yang terlalu tinggi. Namun, apabila kita sudah merasai kemenangan dan berada di podium sebelum ini, sasaran peribadi terhadap dirinya secara tidak langsung meningkat.

“Justeru, apa yang paling penting ketika ini adalah mengurus jangkaan terhadap dirinya sepanjang melalui fasa sebagai pelumba baharu (rookie). Penanda aras ketika ini sangat tinggi apabila Brian Uriarte kerap menaiki podium dalam hampir setiap perlumbaan.

“Saya berharap Danish dapat mengubah sedikit gaya tunggangannya agar lebih tenang dan mampu konsisten bersaing dalam kelompok hadapan, sekali gus bersedia sepenuhnya menjelang Grand Prix Malaysia nanti.”

Hakim Danish GP Austria

Tumpuan Beralih ke Siri Perlumbaan Asia

Selepas aksi di Austria, Kejuaraan Dunia Moto3 akan memasuki siri perlumbaan Asia yang bermula dengan GP Jepun di Mobility Resort Motegi dari 2 hingga 4 Oktober.

Saingan kemudian diteruskan di Indonesia, Australia dan akhirnya Malaysia, yang dijangka menjadi antara perlumbaan paling dinantikan musim ini.

ZK Racing memaklumkan pasukan kini akan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap persiapan menghadapi pusingan Asia dengan harapan Hakim Danish mampu meneruskan momentum positif dalam baki musim 2026.

Pasukan itu turut merakamkan penghargaan kepada semua penaja, rakan strategik, media dan penyokong yang terus memberikan sokongan sepanjang musim ini.

Related Items2026baruberitaGaya Hidupgp austriahakim danishIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto3sukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 21, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya Hidupgp austriahakim danishIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto3sukan motorUtama

More in Berita

Empat Pelumba Malaysia Sertai FIM MotoMini World Final 2026 di Valencia

Amzar HazeeqNovember 20, 2026
Read More

Kenapa Motor Ada ABS dan Ada Yang Tiada?

Amzar HazeeqNovember 20, 2026
Read More

ZXMOTO 820RR vs Triumph Street Triple 798: Perang Tiga Silinder

Amzar HazeeqNovember 20, 2026
Read More

Cara Kenal Pasti Motor Banjir Sebelum Anda Membeli

Amzar HazeeqNovember 19, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Momentum Positif di GP Portugal Moto3

Amzar HazeeqNovember 19, 2026
Read More

VOGE SR450X Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM29,888

Amzar HazeeqNovember 18, 2026
Read More

Kenapa Brake Motor Rasa Bergegar? Ini Punca dan Cara Mengatasinya

Amzar HazeeqNovember 18, 2026
Read More

5 Pilihan Skuter Harian Paling Berbaloi di Pasaran Malaysia

Hazique ZairillNovember 18, 2026
Read More

ZXMOTO 820RR Secara Rasmi Memasuki Pasaran Malaysia Dari RM39,888

Amzar HazeeqNovember 17, 2026
Read More

iMotorbike Lancar Kempen Baharu, Tawar Diskaun Khas untuk KTM Duke

Hazique ZairillNovember 16, 2026
Read More

Thanat Laoongplio Juara MSBK600 2026 di Sepang

Amzar HazeeqNovember 16, 2026
Read More

Boleh Ke Beli Motor Terpakai Dengan Mileage Rendah?

Amzar HazeeqNovember 16, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?
    BeritaOctober 23, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000
    BeritaOctober 26, 2026
  • Empat Pelumba Malaysia Sertai FIM MotoMini World Final 2026 di Valencia
    BeritaNovember 20, 2026
  • Kenapa Motor Ada ABS dan Ada Yang Tiada?
    BeritaNovember 20, 2026
  • ZXMOTO 820RR vs Triumph Street Triple 798: Perang Tiga Silinder
    BeritaNovember 20, 2026
  • Cara Kenal Pasti Motor Banjir Sebelum Anda Membeli
    BeritaNovember 19, 2026
  • Hakim Danish Sasar Momentum Positif di GP Portugal Moto3
    BeritaNovember 19, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Express Service iMotorbike: Cara Mudah Tempah Slot Secara Online
5 Punca Kenapa Motor Rasa Berat Bila Ditunggang