• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Hakim Danish Kekal Dalam Kelompok 10 Terbaik Moto3

Hakim Danish Kekal Dalam Kelompok 10 Terbaik Moto3
Amzar Hazeeq
September 2, 2026

Pelumba muda negara menamatkan GP Aragon di tempat ke-12, mengutip empat mata berharga untuk mengekalkan kedudukan kelapan keseluruhan dalam perebutan gelaran Rookie of the Year.

Hakim Danish GP Aragon

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli, sekali lagi membuktikan konsistensinya di pentas dunia apabila berjaya menamatkan Grand Prix Aragon 2026 di kedudukan ke-12. Keputusan itu membolehkan pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi mengutip empat lagi mata berharga untuk terus berada dalam kelompok 10 terbaik Kejuaraan Dunia Moto3 musim ini.

Hakim Danish memulakan perlumbaan dari petak ke-13 di Litar MotorLand Aragón. Beliau membuat permulaan yang agresif dan berjaya memperbaiki kedudukan pada awal perlumbaan sebelum bersaing dalam kelompok 10 pelumba terdepan.

Bagaimanapun, persaingan yang semakin sengit pada penghujung perlumbaan menyaksikan Hakim Danish terpaksa berhempas-pulas mempertahankan kedudukannya. Selepas 17 pusingan, beliau melintasi garisan penamat di tempat ke-12 dengan catatan masa 33 minit 29.762 saat, hanya 14.284 saat di belakang pemenang perlumbaan, Maximo Quiles daripada CFMOTO Valres Aspar Team.

Keputusan itu menambah empat mata ke dalam kutipan keseluruhannya, sekali gus menjadikan jumlah mata Hakim Danish kini 90 mata dan mengekalkan beliau di kedudukan kelapan keseluruhan Kejuaraan Dunia Moto3 2026.

Hakim Danish Kekal Bersaing Dalam Perebutan Rookie of the Year

Selain terus berada dalam kelompok 10 terbaik keseluruhan, Hakim Danish juga kekal sebagai antara pencabar utama bagi gelaran Rookie of the Year musim ini.

Beliau kini berada di tempat ketiga dalam kedudukan rookie dengan 90 mata, hanya tujuh mata di belakang Veda Pratama yang menghuni tangga kedua dengan 97 mata. Sementara itu, Brian Uriarte terus mendahului carta rookie dengan kutipan 138 mata.

Dengan beberapa pusingan lagi berbaki dalam musim 2026, peluang untuk memperbaiki kedudukan masih terbuka luas. Prestasi konsisten Hakim Danish sepanjang musim memberikan keyakinan bahawa beliau mampu terus mencabar kelompok hadapan.

Hakim Danish GP Aragon

Musim Sulung Yang Konsisten di Pentas Dunia

Musim 2026 menyaksikan Hakim Danish tampil cukup meyakinkan dalam penampilan sulungnya di Kejuaraan Dunia Moto3.

Antara pencapaian terbesar beliau musim ini ialah kemenangan bersejarah di Grand Prix Republik Czech di Brno, sekali gus membuktikan kemampuan pelumba muda Malaysia itu untuk bersaing dengan pelumba terbaik dunia.

Keputusan di Aragon mungkin tidak berada dalam kelompok 10 terbaik, namun kutipan mata yang berterusan menjadi petanda positif dalam usaha membina kempen yang konsisten sepanjang musim.

Hakim Danish: Saya Tidak Akan Berputus Asa

Mengulas perlumbaan di Aragon, Hakim Danish mengakui perlumbaan kali ini agak mencabar, namun tetap berpuas hati dengan usaha yang diberikan sepanjang perlumbaan.

“Hari ini secara keseluruhannya agak mencabar bagi saya. Namun, pada peringkat awal perlumbaan, saya cuba memberikan yang terbaik dan memacu jentera sebaik mungkin untuk berada dalam kelompok hadapan.

“Bagaimanapun, kelompok hadapan mempunyai kelajuan yang lebih baik berbanding saya. Saya hanya cuba mengekalkan rentak dan gaya tunggangan sendiri serta bertahan sehingga tamat perlumbaan.

“Saya semakin selesa dengan jentera, tetapi masih belum sepenuhnya. Saya masih berdepan kesukaran dari segi tetapan jentera dan perlu melakukan penambahbaikan lagi. Pasukan juga sudah melakukan tetapan yang baik untuk perlumbaan hari ini.

“Saya percaya pada perlumbaan seterusnya saya mampu memberikan yang terbaik. Saya berharap rakyat Malaysia terus mendoakan saya supaya dapat melakukan yang lebih baik pada perlumbaan seterusnya.

“Saya tidak akan berputus asa. Saya akan terus memberikan yang terbaik dan bekerja keras untuk perlumbaan seterusnya.”

Hakim Danish GP Aragon

Zulfahmi Khairuddin Mahu Hakim Danish Tingkatkan Prestasi

Pengurus Pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, percaya keputusan di Aragon masih belum menggambarkan potensi sebenar Hakim Danish.

Menurut beliau, pasukan mengenal pasti beberapa aspek yang perlu dipertingkatkan, khususnya ketika berlumba di litar yang mempunyai tahap cengkaman rendah.

“Keputusan di Aragon ini bukanlah keputusan yang baik untuk kita semua. Saya percaya potensi Hakim Danish lebih baik daripada itu.

“Cuma, ada beberapa perkara yang perlu kita tingkatkan lagi, terutamanya dari segi tunggangan Hakim Danish sendiri, khususnya ketika berada di litar yang kurang cengkaman.

“Kita dapat lihat apabila dia beraksi di litar yang tidak mempunyai tahap cengkaman yang baik, Danish menghadapi kesukaran untuk mendapatkan keserasian dengan jentera dalam masa yang singkat. Keadaan itu menyebabkan keseluruhan hujung minggu perlumbaan menjadi sukar untuknya bergerak ke hadapan.

“Jadi, ini adalah perlumbaan yang mencabar untuk Hakim Danish, tetapi saya yakin perkara yang perlu kita fokuskan adalah meningkatkan kemahiran tunggangan Danish ketika beraksi di litar yang kurang cengkaman.”

Pihak ZK Racing turut menghargai komitmen yang dipamerkan Hakim Danish sepanjang hujung minggu perlumbaan di Aragon.

Pasukan itu turut mengucapkan penghargaan kepada seluruh krew yang bekerja keras sejak sesi latihan, kelayakan sehingga perlumbaan bagi memastikan jentera berada pada tahap terbaik.

Tumpuan kini beralih ke Grand Prix San Marino, yang akan berlangsung di Litar Dunia Marco Simoncelli, Misano, dari 11 hingga 13 September 2026.

Dengan baki musim yang masih panjang, Hakim Danish dan pasukannya akan terus berusaha meningkatkan prestasi bagi merapatkan jurang dalam perebutan gelaran Rookie of the Year serta memperkukuhkan kedudukan dalam Kejuaraan Dunia Moto3 2026.

Related Items2026baruberitaGaya Hiduphakim danishIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto3sukan motorUtamazk racing
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 2, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya Hiduphakim danishIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto3sukan motorUtamazk racing

More in Berita

6 Motor Bulanan Bawah RM200 di iMotorbike

Hazique ZairillSeptember 22, 2026
Read More

ZK Racing Terima Geran Padanan Sukan RM800,000 Daripada KBS

Hazique ZairillSeptember 22, 2026
Read More

MotoMini Malaysia 2026 Tamat Sengit, 4 Pelumba Ke Valencia!

Amzar HazeeqSeptember 22, 2026
Read More

5 Punca Kenapa Motor Rasa Berat Bila Ditunggang

Amzar HazeeqSeptember 21, 2026
Read More

Hakim Danish Loncat Ke Tangga Ke-7 Keseluruhan Moto3

Amzar HazeeqSeptember 21, 2026
Read More

Express Service iMotorbike: Cara Mudah Tempah Slot Secara Online

Hazique ZairillSeptember 21, 2026
Read More

5 Motor Terbaik Untuk Daily Use di Malaysia

Amzar HazeeqSeptember 21, 2026
Read More

iMotorbike Malaysia Day Clearance Tawar Harga Jackpot

Hazique ZairillSeptember 21, 2026
Read More

Top 5 Motosikal Sesuai Untuk Orang Tinggi

Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
Read More

Jangan Percaya Bulat-Bulat! 5 Mitos Tentang Motosikal Terpakai

Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
Read More

Promosi Hangat Minggu Ini: Minggu Ketiga September 2026 di iMotorbike

Hazique ZairillSeptember 18, 2026
Read More

Championship on the Line as MotoMini Malaysia 2026 Hits Season Finale

Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Top 5 Motor untuk Female Rider yang Rendah dan Pendek
    BeritaAugust 26, 2026
  • Brixton Moucca 250, ARIIC Touch 250 Kini Rasmi di Malaysia
    BeritaAugust 24, 2026
  • MForce Umum Penarikan Balik Keeway XDV 180 Evo
    BeritaAugust 24, 2026
  • iMotorbike Lancar Merdeka Promo dengan Diskaun Sehingga RM690
    BeritaAugust 24, 2026
  • MKA Group Tawar Diskaun Khas Untuk ‘Delivery Rider’
    BeritaSeptember 2, 2026
  • 6 Motor Bulanan Bawah RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 22, 2026
  • ZK Racing Terima Geran Padanan Sukan RM800,000 Daripada KBS
    BeritaSeptember 22, 2026
  • MotoMini Malaysia 2026 Tamat Sengit, 4 Pelumba Ke Valencia!
    BeritaSeptember 22, 2026
  • 5 Punca Kenapa Motor Rasa Berat Bila Ditunggang
    BeritaSeptember 21, 2026
  • Hakim Danish Loncat Ke Tangga Ke-7 Keseluruhan Moto3
    BeritaSeptember 21, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Akid Aziz Sertai VOGE AS25 Racing Team Bagi Baki Musim Cub Prix 2026
Third Party vs Comprehensive Insurance: Mana Satu Lebih Sesuai Untuk Motosikal Anda?

iMotorbike Promotion

Express Service from RM49

Limited-time price for first-time Express Service customers:

  • Kapcai & scooter, 150cc and below First-time Express Service customers, Standard Package only Until 30 Sep 2026
Book Express Service
  • Eneos oil change + OEM oil filter included
  • Full bike inspection before you ride off

Or call us: 013-833 3259

View full terms

*Terms and conditions apply. Standard Package, 150cc and below, first-time customers only.