• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing Raih Kemenangan 1-2 di CP125 Pulau Pinang

Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing Raih Kemenangan 1-2 di CP125 Pulau Pinang
Amzar Hazeeq
August 18, 2026

Md Farid Hakimi dan Md Syamil Amsyar melengkapkan keputusan 1-2 buat pasukan PETRONAS SPRINTA YAMAHA-31 RACING di Pusingan 4 Malaysian Cub Prix 2026.

PETRONAS SPRINTA YAMAHA-31 RACING Raih Kemenangan

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

PETRONAS SPRINTA YAMAHA-31 RACING mencipta keputusan cemerlang apabila menguasai kedudukan satu dan dua dalam perlumbaan akhir kategori CP125 sempena Pusingan 4 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2026 di Litar Stadium Negeri Pulau Pinang.

Md Farid Hakimi Farid Sezli dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan rakan sepasukannya, Md Syamil Amsyar M Iffende, dalam aksi dramatik yang hanya dipisahkan dengan margin 0.110 saat di garisan penamat.

Farid memulakan perlumbaan dengan baik sebelum dipintas Syamil yang bermula dari petak pertama. Di belakang mereka, Md Idlan Haqimi Raduan daripada ZYNERGYS HONDA KC RACING TEAM kekal di kedudukan ketiga sambil memberikan tekanan kepada dua pelumba Yamaha.

Dalam masa yang sama, rakan sepasukan Idlan, Md Akif Abdullah, mempamerkan aksi mengagumkan apabila bangkit daripada petak ke-10 untuk berada dalam kelompok lima terbaik seawal pusingan pertama.

PETRONAS SPRINTA YAMAHA-31 RACING Raih Kemenangan

Persaingan kemudiannya tertumpu kepada pertarungan tiga penjuru antara Syamil, Idlan dan Farid. Syamil terus menunjukkan prestasi konsisten apabila mencatat masa terpantas 54.454 saat pada pusingan keempat untuk mengekalkan kedudukan pendahulu.

Namun, Idlan semakin hampir dan berjaya mengecilkan jurang kepada hanya 0.135 saat menjelang pusingan kelapan sebelum melakukan pintasan berani untuk mengambil alih kedudukan pertama di sebuah selekoh strategik.

Ketika perlumbaan semakin memuncak, nasib tidak menyebelahi Idlan. Pada pusingan ke-10, jenteranya mengalami masalah teknikal ketika sedang mendahului perlumbaan, sekali gus memaksanya memperlahankan jentera dan melepaskan peluang untuk memburu kemenangan.

Situasi itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Farid yang segera mengambil alih kedudukan pendahulu, diikuti Syamil di tempat kedua.

PETRONAS SPRINTA YAMAHA-31 RACING Raih Kemenangan

Pusingan terakhir menyaksikan aksi paling mendebarkan apabila Syamil yang hanya berada 0.144 saat di belakang Farid melancarkan serangan bertubi-tubi. Kedua-dua pelumba bersaing seiring di selekoh terakhir sebelum memecut menuju garisan penamat.

Farid akhirnya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 13 minit 46.500 saat untuk muncul juara. Syamil menamatkan saingan di tempat kedua dengan masa 13 minit 46.610 saat, manakala Md Khairi Asyraf Mahmood daripada IPONE YAMAHA YY PANG RACING TEAM melengkapkan podium di tempat ketiga dengan masa 13 minit 48.927 saat.

Selepas perlumbaan, Farid meluahkan rasa syukur atas kemenangan yang disifatkannya sebagai hasil usaha keras seluruh pasukan.

“Syukur atas kemenangan ini. Minggu ini sangat mencabar kerana kami bergelut mencari tetapan jentera yang sesuai. Akhirnya, kami menemui pelarasan terbaik pada sesi pemanasan pagi tadi dan ia memberikan keyakinan kepada saya untuk menghadapi perlumbaan.”

Beliau turut menjelaskan bahawa strategi pasukan adalah untuk menguasai kelompok hadapan sejak awal bagi mengawal rentak perlumbaan.

“Persaingan memang sangat sengit. Saya sempat hilang fokus apabila Idlan memintas saya, tetapi saya kekal tenang dan menunggu peluang. Apabila jenteranya mengalami masalah teknikal dan Syamil sedikit melebar, saya terus mengambil kesempatan untuk memintas.”

PETRONAS SPRINTA YAMAHA-31 RACING Raih Kemenangan

Farid mengakui detik-detik terakhir perlumbaan cukup mendebarkan apabila hampir melakukan kesilapan sebelum garisan penamat.

“Saya hanya fokus mengekalkan rentak hingga penamat. Walaupun hampir melakukan kesilapan di selekoh terakhir, Alhamdulillah kemenangan tetap menjadi milik saya.”

Keputusan ini mengukuhkan lagi prestasi PETRONAS SPRINTA YAMAHA-31 RACING dalam saingan CP125 musim 2026 apabila berjaya meraih kemenangan berganda menerusi kedudukan pertama dan kedua di Pusingan 4 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

TOP 5 FASTEST – RACE

  1. MD FARID HAKIMI FARID SEZLI – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING (13’46.500s)
  2. MD SYAMIL AMSYAR M IFFENDE – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING (13’46.610s)
  3. MD KHAIRI ASYRAF MAHMOOD – IPONE YAMAHA YY PANG RACING TEAM (13’48.927s)
  4. MD AKIF ABDULLAH – ZYNERGYS HONDA KC RACING TEAM (13’56.080s)
  5. EMIL IDZHAR EZUAN – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING (13’56.345s)

Related Items2026baruberitaCp125cubprixGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiasukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
August 18, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaCp125cubprixGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiasukan motorUtama

More in Berita

Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Yamaha NVX 155 SP vs Honda ADV160: Patut Pilih Sporty atau Lebih Praktikal?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More

Boleh Ke Orang Lain Ride Motor Yang Diinsuranskan Atas Nama Kita?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Rider Wanita
    BeritaOctober 13, 2026
  • Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza
    BeritaNovember 6, 2026
  • 5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor
    BeritaNovember 6, 2026
  • Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike
    BeritaNovember 6, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar
    BeritaNovember 5, 2026
  • RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia
    ARRCNovember 5, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Irfan Haykhal Juara CP150 Pusingan 4 Malaysian Cub Prix 2026
MODA Sporter-S SKII Dilancarkan di Malaysia, Harga RM17,998