• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

MODA Sporter-S SKII Dilancarkan di Malaysia, Harga RM17,998

MODA Sporter-S SKII Dilancarkan di Malaysia, Harga RM17,998
Hazique Zairill
August 18, 2026

Sporter-S V2 kini hadir dengan skrin TFT 7 inci, cermin angin elektronik dan suspensi belakang kemas kini, manakala nadi 24.8hp kekal dipertahankan.

MODA Sporter-S SKII

Langgan saluran Instagram kami untuk maklumat dan berita terkini!

MODA secara rasmi memperkenalkan Sporter-S SKII menerusi majlis pelancaran media yang berlangsung di Carfe, Petaling Jaya, Selangor, hari ini, sekali gus menjadi evolusi terbaharu bagi model skuter Sporter-S.

Diperkenalkan di Malaysia oleh MDua Motor Sdn Bhd, pengedar motosikal berjenama MODA, MODA Sporter-S SKII 2026 ditawarkan pada harga RM17,998, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Harga tersebut meningkat RM10 berbanding Sporter-S terdahulu yang dilancarkan pada Januari 2025 dengan harga RM17,888. Sporter-S SKII ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Porsche White dan Titan Blue.

Model terbaharu ini masih mengekalkan enjin dan casis yang sama seperti Sporter-S sebelum ini. Kuasa dijana menerusi enjin satu silinder, SOHC, empat injap dan penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api elektronik Bosch, yang menghasilkan 24.8hp pada 8,500rpm dan 22.5Nm pada 6,500rpm.

Sporter-S SKII menggunakan roda hadapan bersaiz 15 inci dengan tayar 120/70, manakala roda belakang berukuran 14 inci dengan tayar 140/60. Sistem brek pula terdiri daripada cakera hidraulik berkembar 260mm di hadapan dan cakera tunggal 240mm di belakang, lengkap dengan ABS dua saluran sebagai kelengkapan standard.

Antara kemas kini utama pada Sporter-S SKII ialah paparan TFT skrin sentuh 7 inci, yang menyokong fungsi sentuhan serta sambungan Bluetooth dengan telefon pintar penunggang. Paparan tersebut turut dilengkapi sistem data logger dengan enam halaman paparan yang menunjukkan pelbagai parameter enjin.

Sporter-S SKII mempunyai berat 184kg, iaitu 2kg lebih ringan berbanding model sebelumnya, manakala kapasiti tangki bahan api ialah 13 liter. Kelegaan tanah pula ditetapkan pada 165mm.

Dari segi reka bentuk, beberapa perubahan turut diperkenalkan termasuk winglet aerodinamik daripada gentian karbon pada bahagian sisi panel hadapan, lampu isyarat berintensiti tinggi, lampu nyalaan siang (DRL) serta cermin sisi aloi yang direka untuk memberikan pandangan belakang lebih baik.

Skuter ini turut menerima cermin angin boleh laras secara elektronik serta kamera dashcam digital di bahagian hadapan, menambah aspek praktikal untuk kegunaan harian dan perjalanan lebih jauh.

Sementara itu, sistem suspensi belakang Sporter-S SKII telah dikemas kini berdasarkan maklum balas daripada pemilik Sporter-S sedia ada. Menurut MODA, tetapan baharu tersebut direka untuk meningkatkan pengendalian serta keselesaan ketika tunggangan harian, rekreasi dan perjalanan jarak jauh.

Keseluruhan kemas kini yang diberikan pada Sporter-S SKII ini selari dengan falsafah MODA, “By Bikers, For Bikers”, dengan mengambil kira keperluan serta maklum balas komuniti penunggang dalam pembangunan model terbaharunya.

Related Items2026250ccbaruberitaIndustrimalaysiapelancaranskuterSporter-S SKIIUtamaV2
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
August 18, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026250ccbaruberitaIndustrimalaysiapelancaranskuterSporter-S SKIIUtamaV2

More in Berita

Review Kawasaki KLE500: Selesa Di Jalan Raya, Yakin Di Laluan Off-Road

Amzar HazeeqOctober 16, 2026
Read More

Jualan Clearance Stock di Seluruh Showroom iMotorbike!

Hazique ZairillOctober 15, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Johor

Amzar HazeeqOctober 15, 2026
Read More

Apa Yang Insurans Motor Tak Cover? Ramai Rider Tak Tahu

Amzar HazeeqOctober 15, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Rider Wanita

Amzar HazeeqOctober 13, 2026
Read More

Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?

Hazique ZairillOctober 13, 2026
Read More

Motor Kena Banjir, Boleh Claim Insurans Ke? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 12, 2026
Read More

Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888

Hazique ZairillOctober 12, 2026
Read More

Azroy Hakeem Kuasai Perlumbaan Malam Cub Prix, Rangkul Kemenangan CP150

Amzar HazeeqOctober 12, 2026
Read More

MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual

Hazique ZairillOctober 12, 2026
Read More

Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • 6 Motor Bulanan Bawah RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 22, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Orang Pendek: Lebih Yakin, Lebih Mudah Dikendalikan
    BeritaSeptember 23, 2026
  • iMotorbike Malaysia Day Clearance Tawar Harga Jackpot
    BeritaSeptember 21, 2026
  • 6 Motor Bulanan RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 24, 2026
  • 5 Motor Terbaik Untuk Daily Use di Malaysia
    BeritaSeptember 21, 2026
  • Review Kawasaki KLE500: Selesa Di Jalan Raya, Yakin Di Laluan Off-Road
    BeritaOctober 16, 2026
  • Jualan Clearance Stock di Seluruh Showroom iMotorbike!
    BeritaOctober 15, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Penang
    Gaya HidupOctober 15, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Johor
    BeritaOctober 15, 2026
  • Apa Yang Insurans Motor Tak Cover? Ramai Rider Tak Tahu
    BeritaOctober 15, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing Raih Kemenangan 1-2 di CP125 Pulau Pinang
Ada Bajet RM10,000? Ini 5 Sportbike Yang Korang Boleh Beli di iMotorbike!