• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Irfan Haykhal Juara CP150 Pusingan 4 Malaysian Cub Prix 2026

Irfan Haykhal Juara CP150 Pusingan 4 Malaysian Cub Prix 2026
Amzar Hazeeq
August 18, 2026

Irfan Haykhal bangkit daripada kesilapan awal perlumbaan untuk meraih kemenangan sulung dengan aksi penuh dramatik di Stadium Negeri Pulau Pinang.

Irfan Haykhal MAM Malaysian Cub Prix 2026

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Perlumbaan kategori CP150 pada Pusingan 4 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2026 menyaksikan aksi penuh dramatik apabila pelumba TAB SPORTS SCK HONDA RACING, Md Irfan Haykhal Amidi, menamatkan penantian panjangnya untuk meraih kemenangan pertama musim ini. Irfan mempamerkan kebangkitan luar biasa selepas melakukan kesilapan pada permulaan perlumbaan sebelum menewaskan beberapa pelumba terbaik negara di Litar Stadium Negeri Pulau Pinang.

Perlumbaan sejauh 20 pusingan bermula dengan pemegang petak pertama, Azroy Hakeem Anuar daripada HONDA CASTROL POWER 1 YUZY RACING, melakukan permulaan yang cemerlang untuk mendahului saingan. Namun, nasib tidak menyebelahi Irfan apabila jentera beliau terangkat sebaik perlumbaan bermula, menyebabkan beliau tercicir ke kedudukan keempat di belakang Azroy serta dua pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, Kasma Daniel Kasmayudin dan Nazirul Izzat Md Bahauddin.

Separuh pertama perlumbaan didominasi oleh persaingan sengit antara Azroy dan Kasma. Kedua-dua pelumba saling mencatat masa terpantas, dengan Kasma sentiasa memberi tekanan rapat kepada pendahulu perlumbaan. Di belakang mereka, Irfan tidak berputus asa dan mula mengejar kelompok hadapan secara konsisten.

Irfan Haykhal MAM Malaysian Cub Prix 2026

Usaha Irfan mula membuahkan hasil menjelang pusingan ke-10 apabila beliau berjaya merapatkan jurang dan menyertai kelompok pendahulu. Ketika itu, tiga pelumba teratas berjaya meninggalkan kelompok kedua dengan kelebihan hampir empat saat, menjadikan perebutan kemenangan semakin menarik.

Kemuncak perlumbaan berlaku pada pusingan ke-15 apabila Irfan melancarkan serangan agresif untuk memintas Kasma dan mengambil alih kedudukan kedua. Beberapa pusingan kemudian, beliau mencatat masa terpantas perlumbaan, iaitu 53.129 saat pada pusingan ke-18, sebelum memintas Azroy untuk merampas kedudukan pendahulu.

Irfan terus mengekalkan rentak cemerlang sehingga garisan penamat walaupun diasak hebat oleh Azroy pada saat-saat terakhir. Beliau muncul juara dengan catatan masa 17 minit 52.569 saat, manakala Azroy menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan masa 17 minit 53.016 saat, hanya 0.447 saat di belakang. Kasma melengkapkan podium di tempat ketiga dengan catatan 17 minit 55.765 saat.

Sementara itu, perebutan tempat keempat dimenangi oleh Nazirul Izzat Md Bahauddin dengan masa 18 minit 01.947 saat, mengatasi rakan sepasukan Irfan, Md Helmi Azman, yang menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima.

Irfan Haykhal MAM Malaysian Cub Prix 2026

Selepas perlumbaan, Irfan meluahkan rasa syukur atas kemenangan yang dianggap cukup bermakna dalam kariernya.

“Syukur Alhamdulillah atas rezeki kemenangan pada pusingan ini. Penantian untuk meraih kejayaan seperti ini memakan masa yang agak lama. Kemenangan ini saya dedikasikan khas buat keluarga tercinta dan seluruh pasukan yang sentiasa mempercayai bakat saya. Terima kasih juga kepada para mekanik yang menyediakan pelarasan jentera yang begitu sempurna.”

Beliau turut mengakui perlumbaan tersebut menguji ketahanan mentalnya selepas kesilapan pada permulaan perlumbaan. “Perlumbaan hari ini benar-benar mendebarkan. Saya melakukan kesilapan apabila tayar hadapan jentera terangkat ketika mula, menyebabkan saya jatuh ke tempat keempat. Saya hanya fokus untuk kekal tenang dan mengejar semula pelumba di hadapan.”

Irfan turut mendedahkan beliau hampir mengalami kemalangan ketika cuba mengejar kelompok pendahulu. “Saya hampir terjatuh kerana terlalu menekan kemampuan jentera, tetapi berjaya mengawal keadaan. Selepas berjaya menyertai kelompok hadapan pada pusingan ke-10, saya melihat peluang untuk menyerang. Alhamdulillah, segala usaha hari ini akhirnya berbaloi apabila saya berjaya melintasi garisan penamat sebagai juara.”

Kemenangan sulung ini bukan sahaja menamatkan penantian panjang Irfan, malah membuktikan keupayaannya untuk bangkit daripada kesilapan awal dan menewaskan pencabar-pencabar utama dalam kategori CP150. Keputusan tersebut dijangka memberi suntikan keyakinan buat pelumba TAB SPORTS SCK HONDA RACING itu dalam menghadapi baki saingan musim PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2026.

TOP 5 FASTEST – RACE

  1. MD IRFAN HAYKHAL AMIDI – TAB SPORTS SCK HONDA RACING (17’52.569s)
  2. AZROY HAKEEM ANUAR – HONDA CASTROL POWER 1 YUZY RACING (17’53.016s)
  3. KASMA DANIEL KASMAYUDIN – PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR (17’55.765s)
  4. NAZIRUL IZZAT MD BAHAUDDIN – PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR (18’01.947s)
  5. MD HELMI AZMAN – TAB SPORTS SCK HONDA RACING (18’02.080s)

Related Items2026baruberitacubprixGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiapenangsukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
August 18, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitacubprixGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiapenangsukan motorUtama

More in Berita

Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Yamaha NVX 155 SP vs Honda ADV160: Patut Pilih Sporty atau Lebih Praktikal?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More

Boleh Ke Orang Lain Ride Motor Yang Diinsuranskan Atas Nama Kita?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Rider Wanita
    BeritaOctober 13, 2026
  • Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza
    BeritaNovember 6, 2026
  • 5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor
    BeritaNovember 6, 2026
  • Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike
    BeritaNovember 6, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar
    BeritaNovember 5, 2026
  • RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia
    ARRCNovember 5, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

MForce Sekali Lagi Panggil Balik QJMotor AX200S
Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing Raih Kemenangan 1-2 di CP125 Pulau Pinang