• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Kawasaki KLE500 Kini di Malaysia, Harga RM32,900

Kawasaki KLE500 Kini di Malaysia, Harga RM32,900
Amzar Hazeeq
August 6, 2026

Motosikal pengembaraan kelas pertengahan baharu Kawasaki, KLE500, didatangkan dengan off-road ownership experience sejauh 150km untuk 60 pelanggan pertama.

Kawasaki KLE500

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Motosikal pengembaraan kelas pertengahan baharu Kawasaki, KLE 500 kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM32,900 tidak termasuk cukai jalan dan insurans, dan didatangkan dalam tiga skema warna berbeza: Metallic Carbon Grey, Ebony, dan Frame Flat Black.

Dikuasakan oleh enjin 451cc parallel-twin, DOHC eight-valve, output kuasa didakwa sekitar 44.8 hp pada 9,000 rpm dan 42.6 Nm tork pada 6,000 rpm yang dihantar ke roda belakang melalui kotak gear enam kelajuan dan pacuan akhir rantai.

Kawasaki KLE500

Memandangkan ini merupakan motosikal pengembaraan, anda akan disajikan dengan apa yang anda jangkakan daripada sebuah jentera pengembaraan. KLE 500 menggunakan roda hadapan 21 inci yang dibalut dengan tayar 90/90 dan roda belakang 17 inci yang dibalut dengan tayar 140/70. 

Dari segi brek, KLE 500 menggunakan cakera brek berdiameter 300 mm tunggal dengan angkup dua omboh di hadapan dan cakera 230 mm tunggal dengan angkup dua omboh di belakang. Terdapat juga ABS Nissin dua saluran boleh tukar yang didatangkan secara standard.

Kawasaki KLE500

Tugas suspensi dijalankan menggunakan fork terbalik (USD) berdiameter 43 mm di bahagian hadapan yang memberikan pergerakan suspensi sebanyak 210 mm. Manakala bahagian belakang dilengkapi dengan suspensi Kawasaki Uni Trak dengan monoshock preload-adjustable yang memberikan pergerakan suspensi sebanyak 196 mm. 

Maklumat tunggangan dipaparkan menggunakan skrin LCD yang diletakkan pada sudut yang mudah dibaca. Cermin depan gaya rali yang tinggi didatangkan secara standard untuk perlindungan penunggang yang lebih baik dan ia boleh dilaraskan kepada tiga kedudukan: ketinggian standard, 27 mm lebih tinggi, dan 55 mm lebih tinggi.

Dengan tangki bahan api sebesar 16 liter, KLE 500 mempunyai berat sekitar 194 kg, manakala ketinggian tempat duduk sekitar 870 mm yang memberikan jarak ground clearence 185 mm.

Berikutan permulaan kempen pelancaran digitalnya, Motosikal dan Enjin Nasinal Sdn. Bhd. (MODENAS) telah mengumumkan promosi Kawasaki KLE500 eksklusif untuk 60 pelanggan pertama di Malaysia.

Promosi ini tersedia dari 3 hingga 31 Ogos 2026. Semasa tempoh promosi, 60 pelanggan KLE500 pertama yang layak akan menerima pakej pemilikan pengembaraan eksklusif yang terdiri daripada:

  • Pakej Kawasaki Megatrail Fun Ride dua hari satu malam percuma
  • Jersi pengembaraan KLE500 edisi terhad
  • Sijil pemilik KLE500 eksklusif
  • Saddle bag KLE Adventure edisi terhad

Fun ride ini akan berlangsung pada 26 September 2026 di Dataran Amanjaya Lawin, Gerik, Perak, yang menampilkan laluan off-road sepanjang 150km melalui laluan hutan, laluan berbatu dan lintasan sungai. Fun ride ini juga termasuk dengan makanan, kemudahan perkhemahan, panduan laluan, bantuan dan sokongan motosikal, bantuan perubatan kecemasan dan pusat pemeriksaan pengisian bahan api yang ditetapkan.

Peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM40,000, yang turut merangkumi sebuah motosikal Kawasaki baharu. Pemilik KLE500 dapat merasai sendiri pengalaman menunggang motosikal tersebut dalam persekitaran yang sesuai, yang memberikan keyakinan menunggang dan berhubung dengan komuniti pengembaraan Kawasaki.

Pelanggan boleh mengunjungi mana-mana pengedar Kawasaki sah di seluruh negara untuk menyertai promosi ini yang berlangsung dari 3 hingga 31 Ogos 2026 dan terhad kepada 60 pelanggan pertama yang layak. Tertakluk pada terma dan syarat.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustrikawasakiKedai MotorLokalpanduan pembeliUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
August 6, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustrikawasakiKedai MotorLokalpanduan pembeliUtama

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Top 5 Motor Pilihan Bulan Ogos di iMotorbike
Pendaftaran Dibuka untuk iMotorbike Charity Merdeka Ride 2026