• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Top 5 Motor Pilihan Bulan Ogos di iMotorbike

Top 5 Motor Pilihan Bulan Ogos di iMotorbike
Amzar Hazeeq
August 6, 2026

Pelbagai pilihan motosikal menarik daripada kapcai, skuter hinggalah big bike kini menjadi pilihan rider yang mencari motosikal baharu atau upgrade ke tahap seterusnya.

Top 5 Motor Pilihan Bulan Ogos di iMotorbike

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Pasaran motosikal Malaysia semakin menarik dengan pelbagai pilihan daripada jenama yang berbeza. Tak kira sama ada anda seorang rider harian yang mencari motosikal praktikal, peminat sportbike yang mahukan prestasi lebih tinggi, atau rider yang gemarkan perjalanan jauh, pasti ada motosikal yang sesuai dengan keperluan anda.

Setiap bulan, terdapat beberapa model motosikal yang menjadi perhatian para pengguna kerana gabungan prestasi, gaya, keselesaan dan nilai yang ditawarkan. Untuk bulan Ogos ini, kami telah memilih 5 motosikal menarik yang patut diberi perhatian oleh para rider.

Top 5 Motor Pilihan Bulan Ogos di iMotorbike

1. Aprilia Shiver 750

Bagi rider yang mahukan sebuah motosikal dengan karakter unik dan tak kelihatan biasa di atas jalan raya, Aprilia Shiver 750 sememangnya merupakan pilihan yang menarik. Berasal daripada pengeluar Itali yang terkenal dengan DNA perlumbaan mereka, Shiver 750 menawarkan gabungan gaya, prestasi dan pengalaman tunggangan yang sukar untuk ditandingi.

Dikuasakan oleh enjin 750cc V-twin, motosikal ini mampu menghasilkan sekitar 95 hp dan 81 Nm tork. Kuasa yang diberikan bukan sahaja cukup untuk perjalanan harian, tetapi juga memberikan pengalaman tunggangan yang mengujakan apabila throttle dipulas di jalan terbuka.

Apa yang membuatkan Shiver 750 menarik ialah karakter enjinnya. Berbanding motosikal moden yang lebih fokus kepada angka prestasi, Shiver 750 memberikan rasa tunggangan yang lebih beremosi dengan bunyi dan kuasa daripada enjin V-twin tersebut. Ditambah pula dengan reka bentuk naked bike yang unik, motosikal ini sesuai untuk rider yang mahukan sesuatu yang berbeza daripada motosikal biasa di pasaran.

Top 5 Motor Pilihan Bulan Ogos di iMotorbike

2. QJMotor SRK 450 RR

Segmen sportbike kelas pertengahan semakin menarik dengan kehadiran jenama-jenama baharu seperti QJMotor. Salah satu model yang mencuri perhatian ialah QJMotor SRK 450 RR, sebuah sportbike yang menawarkan rupa agresif dan spesifikasi menarik pada harga yang lebih kompetitif.

Dikuasakan oleh enjin 421cc inline-four, motosikal ini menghasilkan sekitar 76.4 hp dan 39 Nm tork. Kuasa tersebut menjadikannya sebuah pilihan yang sesuai untuk rider yang ingin upgrade daripada motosikal berkapasiti kecil kepada sebuah sportbike yang lebih bertenaga.

Selain prestasi, reka bentuk juga menjadi salah satu tarikan utama SRK 450 RR. Dengan gaya full fairing yang agresif, lampu LED moden dan riding position sporty, motosikal ini memberikan pengalaman memiliki sebuah sportbike sebenar tanpa perlu pergi ke kapasiti enjin yang terlalu tinggi. Bagi rider yang mencari alternatif kepada model Jepun dalam kategori sama, QJMotor SRK 450 RR merupakan salah satu pilihan yang patut dipertimbangkan.

Top 5 Motor Pilihan Bulan Ogos di iMotorbike

3. Modenas Z15GT

Untuk rider yang mencari motosikal yang lebih praktikal tetapi masih mempunyai gaya moden, Modenas Z15GT merupakan salah satu pilihan menarik. Sebagai salah satu model keluaran tempatan yang terbaru, motosikal ini direka untuk memenuhi keperluan rider yang mahukan keselesaan, ekonomi dan gaya dalam satu pakej.

Dikuasakan oleh enjin 149cc satu silinder penyejukan cecair, Modenas Z15GT menghasilakn sekitar 16.7 hp dan 13.5 Nm tork. Ia mampu menawarkan kuasa yang cukup untuk kegunaan harian seperti perjalanan ke tempat kerja, ulang-alik ke universiti atau ride di dalam bandar. Apa yang menarik tentang Z15GT ialah reka bentuknya yang sporty tetapi masih mengekalkan ciri praktikal sebuah motosikal harian.

Saiznya yang kompak menjadikannya mudah dikendalikan dalam trafik, manakala kos pemilikan yang lebih rendah menjadikannya sesuai untuk rider yang mahukan motosikal yang mudah dijaga. Bagi mereka yang mencari sebuah motosikal harian dengan rupa yang lebih premium tanpa membebankan bajet, Modenas Z15GT sememangnya patut masuk dalam senarai.

Top 5 Motor Pilihan Bulan Ogos di iMotorbike

4. Aveta Viper 180

Dalam dunia skuter, Aveta Viper 180 hadir sebagai pilihan yang menarik bagi rider yang mahukan lebih kuasa tetapi masih mengekalkan nilai praktikaliti sebuah motosikal harian.

Dengan enjin 174cc satu silinder, skuter ini mampu meghasilkan 18.2 hp dan 17.2 Nm tork. Ia memberikan pengalaman tunggangan yang lebih bertenaga, terutama ketika memotong kenderaan atau melakukan perjalanan yang lebih jauh. Selain prestasi, Viper 180 turut menawarkan reka bentuk yang sporty dan moden. Ia sesuai untuk rider yang mahukan motosikal yang bukan sahaja menjimatkan untuk digunakan setiap hari, tetapi masih mempunyai gaya tersendiri.

Ciri-ciri yang ditawarkan juga sememangnya membuatkan skuter ini lebih berbaloi untuk harganya. Dengan harga yang kompetitif serta ciri yang ditawarkan, Aveta Viper 180 menjadi pilihan menarik untuk mereka yang mencari skuter yang bergaya dan penuh ciri-ciri moden tanpa perlu membayar harga yang terlalu tinggi.

Top 5 Motor Pilihan Bulan Ogos di iMotorbike

5. Triumph Tiger Sport

Bagi peminat touring dan perjalanan jauh, Triumph Tiger Sport merupakan motosikal yang menawarkan gabungan sempurna antara keselesaan dan juga prestasi. Sebagai sebuah motosikal adventure touring daripada jenama British yang terkenal, Tiger Sport dibina untuk memberikan pengalaman tunggangan yang selesa sama ada untuk perjalanan jauh mahupun kegunaan harian.

Dikuasakan oleh enjin tiga silinder Triumph yang terkenal dengan karakter uniknya, ia menghasilkan 94 hp dan 68 Nm tork. Motosikal ini menawarkan kuasa yang cukup untuk perjalanan jauh dengan penghantaran kuasa yang lancar. Riding position yang tegak, tempat duduk yang selesa dan ciri moden menjadikannya pilihan ideal untuk rider yang gemarkan pengembaraan.

Jika anda seorang rider yang sering melakukan perjalanan jauh atau mahukan sebuah motosikal premium yang boleh digunakan setiap hari, Triumph Tiger Sport merupakan salah satu model yang sangat menarik untuk dipertimbangkan.

Kesimpulan

Daripada naked bike berkuasa, sportbike agresif, motosikal harian praktikal hinggalah adventure touring, pilihan Top 5 Motor Bulan Ogos ini menunjukkan bahawa setiap rider mempunyai pilihan yang sesuai mengikut gaya tunggangan masing-masing. Tidak kira sama ada anda sedang mencari motosikal pertama, ingin upgrade ke kapasiti lebih besar atau mahukan jentera untuk perjalanan jauh, perkara paling penting adalah memilih motosikal yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan anda.

Dengan pelbagai pilihan motosikal berkualiti yang tersedia, iMotorbike sentiasa membantu rider mencari motosikal yang sesuai untuk perjalanan mereka. Jika anda berminat, boleh layari website iMotorbike untuk maklumat lanjut atau datang ke showroom iMotorbike berdekatan anda.

@imotorbike.my

Daripada daily ride sampai long ride, bulan ni memang banyak motor best yang masuk list kami. Mana satu yang jadi favourite you guys? imotorbike jomnaikmotor august motormurah #riders

♬ original sound – iMotorbike MY – iMotorbike MY

Related Items2026apriliaavetabaruberitaIndustriKedai MotorLokalmalaysiamodenaspanduan pembeliQJ MotortriumphUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
August 6, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026apriliaavetabaruberitaIndustriKedai MotorLokalmalaysiamodenaspanduan pembeliQJ MotortriumphUtama

More in Berita

Qabil Irfan Cedera di Sesi Free Practice 2 Moto4 European Cup

Amzar HazeeqSeptember 7, 2026
Read More

Kaito Toba Menang di Sepang, Hafizh Syahrin Raih Kejohanan ASB1000 2026

Amzar HazeeqSeptember 7, 2026
Read More

Hafizh Syahrin Juara ASB1000 2026 di Sepang

Hazique ZairillSeptember 7, 2026
Read More

Dealer vs Private Seller: Mana Satu Lagi Selamat?

Amzar HazeeqSeptember 5, 2026
Read More

Qabil Irfan Sasar Kembali Ke Kelompok Hadapan di Ricardo Tormo

Amzar HazeeqSeptember 4, 2026
Read More

MotoGP 2027: Tarikh Ujian Pramusim dan Pelancaran Musim Baharu Disahkan

Hazique ZairillSeptember 4, 2026
Read More

Keeway Patagonian Eagle 250 vs QJMotor SRV250: Gaya Retro atau Prestasi Moden?

Amzar HazeeqSeptember 4, 2026
Read More

Third Party vs Comprehensive Insurance: Mana Satu Lebih Sesuai Untuk Motosikal Anda?

Amzar HazeeqSeptember 2, 2026
Read More

Hakim Danish Kekal Dalam Kelompok 10 Terbaik Moto3

Amzar HazeeqSeptember 2, 2026
Read More

Akid Aziz Sertai VOGE AS25 Racing Team Bagi Baki Musim Cub Prix 2026

Amzar HazeeqSeptember 2, 2026
Read More

MKA Group Tawar Diskaun Khas Untuk ‘Delivery Rider’

Hazique ZairillSeptember 2, 2026
Read More

Pelumba CP150 Farres Putra Meninggal Dunia Selepas Insiden di Kuala Terengganu

Amzar HazeeqSeptember 1, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MForce Sekali Lagi Panggil Balik QJMotor AX200S
    BeritaAugust 18, 2026
  • 5 Perkara yang Perlu Diperiksa Sebelum Menunggang Motosikal 
    BeritaAugust 10, 2026
  • Yamaha XSR155 Akhirnya Tiba di Malaysia, Harga RM12,998
    BeritaAugust 10, 2026
  • JPJ Cadang Peserta RXZ Members Kemuka Maklumat Lesen dan Lesen Kenderaan
    BeritaAugust 14, 2026
  • Op Samseng Jalanan: 147 Motosikal Disita, 827 Saman Dikeluarkan
    BeritaAugust 11, 2026
  • Qabil Irfan Cedera di Sesi Free Practice 2 Moto4 European Cup
    BeritaSeptember 7, 2026
  • Kaito Toba Menang di Sepang, Hafizh Syahrin Raih Kejohanan ASB1000 2026
    ARRCSeptember 7, 2026
  • Hafizh Syahrin Juara ASB1000 2026 di Sepang
    ARRCSeptember 7, 2026
  • Dealer vs Private Seller: Mana Satu Lagi Selamat?
    BeritaSeptember 5, 2026
  • Qabil Irfan Sasar Kembali Ke Kelompok Hadapan di Ricardo Tormo
    BeritaSeptember 4, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

5 Kesilapan yang Dilakukan oleh Pemilik Motosikal Baharu
Kawasaki KLE500 Kini di Malaysia, Harga RM32,900