• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Pendaftaran Dibuka untuk iMotorbike Charity Merdeka Ride 2026

Pendaftaran Dibuka untuk iMotorbike Charity Merdeka Ride 2026
Hazique Zairill
August 6, 2026

Terhad kepada 50 peserta, Charity Merdeka Ride 2026 bakal membawa penunggang menghayati seni budaya di Kompleks Kraf Kuala Lumpur sebelum menyertai program CSR di Rumah Anak Yatim & Asnaf As-Solihin Kanchong Darat, Banting.

iMotorbike Charity Merdeka Ride

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2026, iMotorbike sekali lagi menganjurkan Charity Merdeka Ride 2026, sebuah konvoi amal yang menggabungkan semangat patriotisme, budaya dan kebajikan dalam satu perjalanan bermakna.

Dijadualkan berlangsung pada 31 Ogos 2026, program ini akan menghimpunkan 50 orang penunggang motosikal dengan kapasiti enjin 150cc dan ke atas. Penyertaan dibuka kepada orang ramai dengan yuran pendaftaran RM10, di mana hasil kutipan akan disalurkan kepada Rumah Anak Yatim & Asnaf As-Solihin Kanchong Darat, Banting.

Konvoi akan bermula di Ibu Pejabat iMotorbike dengan sesi pendaftaran dan pelepasan peserta sebelum menuju ke hentian pertama di Shell Elite R&R USJ. Peserta kemudiannya akan meneruskan perjalanan ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur, bagi memberi peluang kepada para penunggang menghayati keunikan seni, kraftangan dan warisan budaya Malaysia sempena sambutan Bulan Kebangsaan.

Perjalanan seterusnya akan berakhir di Rumah Anak Yatim & Asnaf As-Solihin Kanchong Darat di Banting, di mana peserta akan menyertai program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama penghuni rumah kebajikan tersebut. Program ini bertujuan menyemai nilai keprihatinan serta mengeratkan hubungan antara komuniti penunggang motosikal dan masyarakat setempat.

Selain menyertai konvoi, setiap peserta turut akan menerima free gift, manakala pelbagai hadiah menarik turut menanti menerusi cabutan bertuah yang akan diadakan sepanjang program.

Menurut iMotorbike, Charity Merdeka Ride bukan sekadar acara tunggangan sempena Hari Kebangsaan, malah merupakan platform untuk menyatukan komuniti penunggang motosikal sambil memberi impak positif kepada masyarakat. Selepas kejayaan penganjuran pada tahun-tahun sebelumnya, edisi 2026 tampil dengan laluan baharu yang menggabungkan elemen patriotisme, seni budaya dan kebajikan, sekali gus menjadikan pengalaman kali ini lebih bermakna.

Program akan berlangsung dari 7.30 pagi hingga 2.00 petang, dan penyertaan adalah terhad kepada 50 orang peserta. Orang ramai yang berminat disarankan untuk mendaftar lebih awal bagi mengelakkan kekecewaan.

Sama ada anda pernah menyertai Merdeka Ride sebelum ini atau bakal menyertainya buat kali pertama, iMotorbike Charity Merdeka Ride 2026 menjanjikan satu pengalaman yang bukan sahaja menyeronokkan, malah penuh dengan nilai patriotisme, persahabatan dan semangat memberi kembali kepada masyarakat.

Ingat motor, ingat iMotorbike.

Related Items$1forall CSR2026baruberitaCSRimotorbikemerdeka rideUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
August 6, 2026
Hazique Zairill

Related Items$1forall CSR2026baruberitaCSRimotorbikemerdeka rideUtama

More in Berita

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Bangkit dan Raih Mata Berharga di GP Australia

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Sebelum Motor Dijual?

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Sepang 101: Panduan Lengkap Sebelum Ke Litar Sepang
    BeritaSeptember 29, 2026
  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Motor Kuat Makan Minyak? Ini 5 Punca Yang Ramai Tak Sedar
    BeritaSeptember 29, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal
    BeritaOctober 27, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Kawasaki KLE500 Kini di Malaysia, Harga RM32,900
5 Tips Untuk Menjadi Rider Yang Beretika