• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Top 5 Motor Untuk Orang Kerja di Singapore Yang Terdapat di iMotorbike Johor

Top 5 Motor Untuk Orang Kerja di Singapore Yang Terdapat di iMotorbike Johor
Amzar Hazeeq
May 12, 2026

Pilihan motosikal terbaik untuk ulang-alik Malaysia–Singapore yang lebih jimat, selesa dan praktikal.

motor untuk orang kerja Singapore

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Menggunakan motosikal sebagai pengangkutan harian bukan lagi sesuatu yang asing, terutamanya bagi mereka yang bekerja di Singapore dan tinggal di Johor. Dengan keadaan trafik yang sesak di checkpoint setiap hari, motosikal sering menjadi pilihan utama kerana lebih menjimatkan masa dan kos. Selain penggunaan minyak yang lebih rendah, motosikal juga lebih mudah untuk mencelah dalam trafik dan mencari parking.

Namun begitu, pemilihan motosikal yang sesuai sangat penting bagi memastikan perjalanan harian menjadi lebih selesa dan tidak memenatkan. Untuk mereka yang mencari motosikal terbaik bagi ulang-alik Malaysia–Singapore, ini adalah antara pilihan motosikal yang terdapat di iMotorbike Johor dan sangat sesuai untuk kegunaan harian.

motor untuk orang kerja Singapore

1. Yamaha MT-15

Yamaha MT-15 merupakan salah satu naked bike yang sangat popular untuk kegunaan harian. Dengan reka bentuk sporty dan riding position yang lebih menegak, motosikal ini memberikan keseimbangan antara keselesaan dan prestasi.

Dikuasakan oleh enjin 155cc VVA yang menghasilkan sekitar 19 hp dan 14.7 Nm tork, kuasa ini cukup untuk tunggangan harian, terutama ketika perlu bergerak pantas dalam trafik atau di lebuh raya.

Salah satu kelebihan utama MT-15 ialah beratnya yang ringan dan handling yang sangat lincah. Ini membantu rider untuk mencelah dalam jem dengan lebih mudah, terutama di kawasan checkpoint yang sesak pada waktu puncak.

Walaupun motosikal ini tidak mempunyai ruang simpanan seperti skuter, rider masih boleh menambah box belakang untuk membawa beg atau barang kerja dengan lebih praktikal.

motor untuk orang kerja Singapore

2. Honda ADV 160

Honda ADV 160 sememangnya menjadi pilihan ramai rider yang mencari motosikal santai dan praktikal untuk ride harian. Dikuasakan oleh enjin 157cc eSP+ yang menghasilkan sekitar 15 hp dan 14.7 Nm tork, skuter ini menawarkan tunggangan yang smooth dan selesa untuk perjalanan jauh setiap hari.

Riding position yang santai membantu mengurangkan keletihan, terutama bagi mereka yang perlu menunggang dalam tempoh lama setiap hari.

Tambahan pula, suspensi ADV 160 yang lebih tinggi memberikan keselesaan tambahan ketika melalui jalan tidak rata. Saiznya yang tidak terlalu besar juga memudahkan rider untuk mencelah dalam trafik dan parking di kawasan sempit.

Ruang simpanan bawah seat sebesar 30 liter pula sangat membantu untuk menyimpan helmet, beg atau barang keperluan harian. Untuk rider yang mahukan gabungan keselesaan, praktikaliti dan gaya adventure, ADV 160 memang antara pilihan terbaik.

motor untuk orang kerja Singapore

3. Yamaha XMAX

Yamaha XMAX sangat sinonim dengan rider yang sering melakukan perjalanan jauh dan mahukan pengalaman ride yang lebih premium. Skuter maxi ini menggunakan enjin 250cc yang menghasilkan sekitar 22.3 hp dan 24.3 Nm tork. Kuasa tersebut cukup untuk cruising santai di lebuh raya, tetapi masih responsif apabila diperlukan.

Walaupun saiznya lebih besar berbanding skuter biasa, XMAX menawarkan kestabilan yang sangat baik ketika menunggang pada kelajuan tinggi. Ini menjadikannya sesuai untuk perjalanan ulang-alik Malaysia–Singapore yang memerlukan tunggangan konsisten setiap hari.

Selain itu, seat yang besar dan riding position yang santai memberikan keselesaan maksimum untuk perjalanan jarak jauh. Ruang simpanan bawah seat yang besar juga sangat praktikal untuk membawa barang kerja atau menyimpan helmet dengan mudah.

motor untuk orang kerja Singapore

4. Suzuki V-Strom 250 SX

Suzuki V-Strom 250 SX merupakan motosikal touring ringan yang semakin popular dalam kalangan rider harian. Ia menggunakan enjin 249cc yang menghasilkan sekitar 26 hp dan 22 Nm tork. Power delivery yang linear membuatkan motosikal ini mudah dikawal dan sesuai untuk perjalanan jauh.

Riding position yang tegak membantu untuk mengurangkan tekanan pada bahagian belakang dan pergelangan tangan. Ini memberikan keselesaan tambahan untuk rider yang perlu menunggang setiap hari.

Selain itu, motosikal ini juga menawarkan kestabilan yang baik ketika menunggang di lebuh raya. Untuk rider yang gemar touring pada hujung minggu, V-Strom 250 SX juga mampu memberikan pengalaman tunggangan yang menyeronokkan.

Bagi menambahkan praktikaliti, rider boleh memasang side box atau top box untuk membawa lebih banyak barang ketika ride harian.

motor untuk orang kerja Singapore

5. Yamaha Y15ZR

Yamaha Y15ZR merupakan antara motosikal kapcai paling popular di Malaysia dan tidak memerlukan pengenalan panjang. Dikuasakan oleh enjin 150cc yang menghasilkan sekitar 15 hp dan 14 Nm tork, motosikal ini terkenal dengan prestasi yang baik serta kos penjagaan yang rendah.

Berat motosikal yang ringan, sekitar 116 kg, menjadikannya sangat mudah dikendalikan ketika meredah trafik sesak atau jalan sempit. Saiznya yang kompak juga membantu rider bergerak dengan lebih mudah ketika di checkpoint. Walaupun merupakan motosikal kapcai, riding postion-nya masih selesa untuk kegunaan harian.

Tambahan pula, alat ganti yang mudah didapati dan kos maintenance yang rendah menjadikannya pilihan praktikal untuk rider harian. Untuk mereka yang mahukan motosikal tahan lasak, jimat dan mudah dijaga, Y15ZR memang sukar untuk diketepikan.

Kesimpulan

Menggunakan motosikal untuk ulang-alik kerja ke Singapore sememangnya boleh membantu menjimatkan masa dan kos harian. Namun begitu, pemilihan motosikal yang sesuai sangat penting bagi memastikan perjalanan menjadi lebih selesa dan praktikal. Faktor seperti keselesaan, penggunaan minyak, ruang simpanan dan kestabilan perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan.

Jika anda sedang mencari motosikal untuk ulang-alik Malaysia–Singapore, model-model dalam senarai ini merupakan antara pilihan yang sangat sesuai dan semuanya boleh didapati di iMotorbike Johor. Selain membeli motosikal, anda juga boleh trade-in motosikal lama atau menjual motosikal anda di iMotorbike dengan proses yang lebih mudah dan pantas.

Bukan itu sahaja, jika anda sudah mempunyai motosikal dan ingin memperbaharui insurans motosikal anda, iMotorbike ada menyediakan perkhidmatan memperbaharui insurans motosikal. Mudah sahaja. Hanya perlu mengisi butiran motosikal anda dan anda dapat memperoleh quotation bagi insurans motosikal anda. Jika anda berminat, layarilah iMotorbike Insurance Renewal dan perbaharui insurans motosikal anda hari ini.

@imotorbike.my

Nak tukar motor baru? Jom ke iMotorbike Johor! 😍 u guys yang tengah usha motor baru tu, ni masa paling tepat! Dengan hanya RM200, u guys dah boleh booking motor idaman. Yang paling win? u guys dapat Cash Voucher RM200 terus! Kalau u guys nak trade-in motor lama, lagi untung sebab ada Extra Cash kami bagi. 💰 Banyak pilihan menanti: 🛵 Kapcai & Skuter 🏍 Naked & Touring 🔥 Big Bikes Promosi ni berjalan dari 23 April sampai 23 Mei 2026 je tau. Ingat motor, ingat iMotorbike 👋 iMotorbikeJohor RiderJohor MotorIdaman PromoMeletop #Johor

♬ original sound – iMotorbike MY – iMotorbike MY

Related Items2026baruberitaGaya HidupHondaIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembelisuzukiUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
May 12, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupHondaIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembelisuzukiUtamayamaha

More in Berita

iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3

Hazique ZairillJune 10, 2026
Read More

Cara Renew Insurans Motor Secara Online di Malaysia: Panduan Lengkap 2026

Amzar HazeeqJune 10, 2026
Read More

Qabil Irfan Sasar Podium Pertama di Estoril, Mahu Tampil Lebih Agresif di Moto4 European Cup

Amzar HazeeqJune 9, 2026
Read More

Top 5 Motor Jepun di iMotorbike

Amzar HazeeqJune 9, 2026
Read More

2026 Brixton 625V Dialncarkan di Malaysia Pada Harga RM26,888

Amzar HazeeqJune 8, 2026
Read More

Hakim Danish Fokus Bangkit Selepas Cabaran Sukar di GP Hungary

Amzar HazeeqJune 8, 2026
Read More

iMotorbike Anjur “Motorday Sale” dengan Diskaun Sehingga RM5,550 di Seluruh Negara

Hazique ZairillJune 8, 2026
Read More

Brixton Moucca 250 2026 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM12,888

Amzar HazeeqJune 5, 2026
Read More

SYM Husky 200 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM10,998

Amzar HazeeqJune 5, 2026
Read More

CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More

CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More

Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Honda Perkenal ADV160 2026 di Malaysia Bike Show
    BeritaJune 3, 2026
  • Kawasaki Malaysia Lancar Z1100 SE 2026 Pada Harga RM69,900
    BeritaJune 4, 2026
  • SYM Husky 200 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM10,998
    BeritaJune 5, 2026
  • Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider
    BeritaJune 4, 2026
  • Top 5 Motor Suzuki Yang Masih Menjadi Pilihan Rider Malaysia
    BeritaMay 28, 2026
  • CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888
    BeritaJune 4, 2026
  • CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888
    BeritaJune 4, 2026
  • iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3
    BeritaJune 10, 2026
  • Cara Renew Insurans Motor Secara Online di Malaysia: Panduan Lengkap 2026
    BeritaJune 10, 2026
  • Qabil Irfan Sasar Podium Pertama di Estoril, Mahu Tampil Lebih Agresif di Moto4 European Cup
    BeritaJune 9, 2026
  • Top 5 Motor Jepun di iMotorbike
    BeritaJune 9, 2026
  • 2026 Brixton 625V Dialncarkan di Malaysia Pada Harga RM26,888
    BeritaJune 8, 2026
  • Hakim Danish Fokus Bangkit Selepas Cabaran Sukar di GP Hungary
    BeritaJune 8, 2026
  • iMotorbike Anjur “Motorday Sale” dengan Diskaun Sehingga RM5,550 di Seluruh Negara
    BeritaJune 8, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

KTM Malaysia Kembali Dengan 4 Model 390 Baharu 
Barisan Pelumba HI-REV Triple Zed Racing Team 2026 Diperkenalkan
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat