Ramai seller tak sedar kesilapan kecil ini sebenarnya boleh melambatkan proses jual motor dan mengurangkan minat pembeli.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!
Nak jual motosikal memang awal-awal nampak mudah. Ambil gambar, post dekat marketplace, tunggu buyer mesej, kemudian jual. Tapi realitinya, ramai pemilik motosikal mengambil masa berminggu, berbulan, kadangkala bertahun untuk mendapatkan pembeli yang betul.
Kadang-kadang bukan sebab motor tak bagus. Sebaliknya, ada beberapa kesilapan kecil yang membuatkan pembeli hilang keyakinan atau terus skip iklan tersebut.
Dalam pasaran motosikal terpakai yang semakin kompetitif, cara anda menjual motor memainkan peranan besar. Jika dilakukan dengan betul, motor boleh dijual dengan lebih cepat dan pada harga yang lebih berpatutan. Ini perkara-perkara yang perlu dielakkan.
Letak Harga Terlalu Tinggi
Salah satu kesilapan paling biasa ialah meletakkan harga terlalu tinggi daripada nilai pasaran semasa. Ramai seller meletakkan harga berdasarkan jumlah duit yang sudah dilaburkan pada motor seperti aksesori, coating atau modifikasi. Tetapi kebanyakan pembeli lebih melihat harga pasaran dan keadaan semasa motosikal tersebut.
Jika harga terlalu jauh daripada market value, ramai pembeli akan terus abaikan iklan tanpa bertanya lebih lanjut. Lebih teruk lagi, iklan boleh tersimpan terlalu lama sehingga nampak “tak laku” di mata pembeli lain. Sebab itu penting untuk membuat semakan harga pasaran terlebih dahulu sebelum menjual motor.
Gambar Motor Tidak Menarik
Gambar memainkan peranan sangat besar dalam menarik perhatian pembeli. Ramai seller hanya ambil gambar secara sambil lewa. Motor tak cuci, background serabut atau lighting terlalu gelap. Ini membuatkan motosikal nampak kurang menarik walaupun sebenarnya masih dalam keadaan baik.
Pembeli biasanya membuat penilaian pertama melalui gambar. Jika gambar nampak kemas dan jelas, keyakinan pembeli juga akan meningkat dan mereka akan berasa lebih ingin tahu tentang motosikal tersebut. Pastikan motor dicuci terlebih dahulu sebelum mengambil gambar. Ambil gambar dari beberapa sudut dan gunakan kawasan yang terang supaya detail motosikal lebih jelas kelihatan.

Tidak Jujur Tentang Keadaan Motor
Ada seller yang cuba menyembunyikan kerosakan kecil atau masalah pada motosikal. Walaupun nampak seperti perkara kecil, tindakan ini boleh menyebabkan pembeli hilang kepercayaan. Kebanyakan buyer sekarang lebih berhati-hati dan tahu apa yang perlu diperiksa. Jika mereka dapati keadaan motor tak sama seperti yang diiklankan, peluang untuk jualan berjaya menjadi lebih rendah.
Lebih baik berterus terang tentang keadaan sebenar motosikal. Ini termasuk calar, kemalangan kecil atau bahagian yang pernah ditukar. Kejujuran bukan sahaja memudahkan urusan jual beli, tetapi juga membantu mendapatkan buyer yang lebih serius.
Lambat Reply Mesej Buyer
Dalam dunia sekarang, ramai pembeli mahu respons yang cepat. Jika seller mengambil masa terlalu lama untuk membalas mesej, buyer biasanya akan mula rasa tidak berminat dan terus mencari pilihan lain.
Ini sering berlaku apabila seller tidak serius atau terlalu sibuk sehingga membiarkan mesej dibiarkan terlalu lama. Walaupun nampak remeh, komunikasi yang cepat dan jelas boleh membantu mempercepatkan proses jualan.
Tiada Rekod Servis atau Dokumen Lengkap
Pembeli biasanya lebih yakin jika motosikal mempunyai rekod servis yang jelas. Ini menunjukkan motor dijaga dengan baik dan bukan sekadar digunakan tanpa penyelenggaraan. Jika ada resit servis, rekod penukaran minyak hitam atau penyelenggaraan penting, simpan dan tunjukkan kepada pembeli.
Selain itu, pastikan dokumen seperti geran, insurance dan status loan juga ada sebelum menjual motor. Pembeli ingin memastikan bahawa mereka membeli dari pemilik motor tersebut dan ingin memastikan motor tersebut boleh dibawa di atas jalan raya.

Terlalu Banyak Modifikasi
Walaupun modifikasi nampak menarik bagi sesetengah rider, tak semua pembeli mempunyai citarasa yang sama. Ada pembeli yang lebih suka motosikal dalam keadaan standard kerana lebih mudah dijaga dan kurang risiko masalah teknikal.
Modifikasi melampau juga kadang-kadang membuatkan pembeli risau tentang cara motor tersebut digunakan sebelum ini. Jika mahu menjual motor dengan lebih mudah, keadaan yang lebih dekat dengan spesifikasi asal biasanya lebih menarik untuk pasaran yang lebih luas.
Tidak Membersihkan Motor Sebelum Dijual
Ramai seller memandang remeh perkara ini, tetapi motor yang bersih memberi imej yang yang jauh lebih baik kepada bakal pembeli. Motosikal yang nampak dijaga dengan baik biasanya lebih mudah menarik perhatian pembeli berbanding motor yang penuh habuk atau kesan minyak.
Kadang-kadang, cucian ringkas dan detailing asas sudah cukup untuk membuat motosikal nampak lebih bernilai dan menarik perhatian pembeli.
Kesimpulan
Menjual motosikal bukan sekadar letak iklan dan tunggu pembeli datang. Cara anda menyediakan motor, menetapkan harga dan berurusan dengan buyer memainkan peranan besar dalam menentukan seberapa cepat motosikal itu boleh dijual.
Dengan mengelakkan kesilapan-kesilapan ini, proses jual motor boleh menjadi lebih mudah, cepat dan kurang stres. Yang paling penting, pastikan pembeli mempunyai keyakinan terhadap motosikal yang anda jual. Dalam pasaran motosikal terpakai, kepercayaan adalah antara faktor paling penting.
Namun, jika anda tidak ada masa atau tidak mempunyai keyakinan untuk menjual motor sendiri, Jual lah motor anda di iMotorbike, kami boleh settlekan untuk anda. Jika anda berminat untuk jual, beli motor, atau trade in motor anda, boleh datang ke mana-mana cawangan kami atau layari website iMotorbike.



Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS