Dari sportbike sampai touring, semua model ni boleh tengok depan mata di iMotorbike Glenmarie.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!
Kalau dulu motosikal dari China selalu dipandang rendah, sekarang cerita dah lain. Industri mereka dah berkembang pesat dengan design yang lebih premium, teknologi semakin maju, dan prestasi yang semakin meyakinkan, semua ini ditawarkan dengan harga yang masih mesra poket.
Kalau tengok di pentas antarabangsa pun dah jelas perubahan ini. Dalam kejohanan WorldSSP, jentera dari ZXMOTO berjaya mencipta nama dengan keputusan podium. Dalam MotoGP pula, CFMOTO semakin menunjukkan peningkatan dan potensi yang besar dalam Moto2 dan Moto3. Pendek kata, motor China hari ini memang serius dan bukan lagi sekadar alternatif murah.
Jadi, nak tahu motor China mana yang paling menarik? Lagi best, semua model dalam senarai ini boleh didapati di showroom iMotorbike Glenmarie. Kalau berminat, boleh terus datang tengok sendiri dan rasa pengalaman tunggangan depan mata.

CFMOTO 250SR – Sportbike Entry-Level Paling Balanced
CFMOTO 250SR ni memang antara model paling complete dalam kategori entry-level sportbike. Motor ini sering dianggap sebagai antara pilihan terbaik untuk rider yang baru nak masuk dunia sportbike.
Dengan enjin 250cc yang cukup responsif, handling yang ringan serta posisi tunggangan yang sporty, 250SR memang sesuai untuk kegunaan harian dan juga ride hujung minggu. Apa yang buat ia lagi menarik ialah design yang nampak mahal dan agresif, sampai ada yang kata boleh lawan rupa motor Jepun dalam kelas sama.

QJMotor SRK 250R – Rupa yang Aggresif
Seterusnya, QJMotor SRK 250R pula tampil dengan karakter yang lebih garang. Dari segi rupa, motor ini memang agresif dengan garis badan yang tajam dan sporty. Bunyi pun sedap sebab dia menggunakan 360 degree crankshaft.
Enjin 250cc yang digunakan memberikan prestasi yang cukup memuaskan untuk kelasnya, manakala sistem suspensi dan brek pula membantu memberikan keyakinan ketika menunggang. Memang sesuai untuk rider yang nak rasa sporty feel tetapi masih dalam bajet yang lebih mampu milik.

WMoto RT3 – Comfort King untuk Long Ride
Bagi yang lebih utamakan keselesaan, WMoto RT3 adalah pilihan yang sangat praktikal. Skuter ini memang terkenal dengan tahap keselesaan yang tinggi, terutama untuk perjalanan jauh.
Dengan tempat duduk yang besar, posisi tunggangan santai serta ruang simpanan yang luas, RT3 sangat sesuai untuk daily commute jarak jauh atau ride balik kampung. Ia bukan tentang kelajuan, tetapi lebih kepada keselesaan dan kemudahan penggunaan.

Benelli TRK 502X – Adventure Bike Paling Popular
Dalam kategori adventure pula, Benelli TRK 502X kekal sebagai salah satu model touring bike paling popular di Malaysia. Dengan enjin 500cc dua silinder, motosikal ini memberikan pengalaman tunggangan yang stabil dan selesa untuk jarak jauh.
Walaupun agak berat, ia masih mudah dikendalikan selepas sedikit masa membiasakan diri. Reka bentuknya yang besar dan rugged juga menjadikannya pilihan ideal untuk rider yang suka explore dan ride ke destinasi yang lebih mencabar.

CMC XY400 – Style Mengatasi Segalanya
Akhir sekali, untuk mereka yang mementingkan gaya, CMC XY400 menawarkan identiti yang sangat berbeza. Dengan konsep cafe racer klasik, motor ini tampil ringkas tetapi sangat stylish.
Walaupun nampak santai, enjin 400cc yang digunakan masih mampu memberikan prestasi yang memuaskan. Ia lebih sesuai untuk ride santai atau lifestyle riding, di mana penampilan dan pengalaman lebih diutamakan berbanding kelajuan.
Kesimpulan: Motor China Dah Berada di Level yang Baru
Secara keseluruhannya, motor China sekarang memang sudah berada pada tahap yang jauh berbeza berbanding dahulu. Dengan gabungan design menarik, spesifikasi yang kompetitif dan harga yang masih berpatutan, ia menjadi pilihan yang semakin relevan untuk rider di Malaysia.
Kalau anda sedang mencari motor baru, mungkin sudah tiba masanya untuk beri peluang kepada jenama China, lebih-lebih lagi bila semua model ini boleh dilihat sendiri di showroom iMotorbike Glenmarie.



Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS