• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Hakim Danish Kutip Tiga Mata Penting di GP Sepanyol 2026

Hakim Danish Kutip Tiga Mata Penting di GP Sepanyol 2026
Amzar Hazeeq
April 28, 2026

Pelumba negara pamer kebangkitan di Jerez, kini berada di kedudukan ke-15 keseluruhan Moto3.

Hakim Danish GP Sepanyol 2026

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli, meneruskan momentum konsisten apabila berjaya menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Sepanyol 2026 dalam kelompok pungutan mata bagi saingan Moto3 di Litar Circuito de Jerez, Angel Nieto.

Mewakili pasukan AEON Credit MT Helmets MSI, Hakim Danish menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-13 dengan catatan masa 33 minit 36.140 saat, sekali gus meraih tiga mata penting. Beliau menamatkan saingan 12.584 saat di belakang pemenang perlumbaan dari Sepanyol, Maximo Quiles daripada pasukan CFMOTO Gaviota Aspar Team.

Permulaan meyakinkan, persaingan sengit di kelompok pertengahan

Bermula dari petak ke-10, Hakim Danish mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya melonjak ke kedudukan kelapan seawal pusingan kedua. Namun begitu, saingan sengit dalam kelompok pertengahan menyaksikan beliau turun ke tangga ke-11 pada pusingan keempat, sebelum merosot ke kedudukan ke-14 pada pusingan ketujuh.

Walaupun berdepan tekanan, pelumba kelahiran Terengganu itu tidak mengalah dan berjaya memperkemaskan rentak pada fasa akhir perlumbaan. Usaha tersebut membuahkan hasil apabila beliau kembali memperbaiki kedudukan ke tangga ke-13 sehingga garisan penamat.

Hakim Danish GP Sepanyol 2026

Tambahan mata penting, kedudukan keseluruhan semakin kukuh

Keputusan di Jerez menyaksikan Hakim Danish kini mengumpul 12 mata keseluruhan musim, sekali gus meletakkannya di kedudukan ke-15 dalam carta Kejuaraan Dunia Moto3.

Pencapaian ini dianggap positif memandangkan Litar Jerez terkenal sebagai salah satu litar yang mencabar dari segi teknikal serta dihuni pelumba elit dunia. Dalam perlumbaan sama, rakan sepasukannya dari Jepun, Ryusei Yamanaka, menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-17.

Sementara itu, podium GP Sepanyol didominasi pelumba tuan rumah apabila Adrian Fernandez (Leopard Racing) menamatkan perlumbaan di tempat kedua, diikuti David Muñoz (Liqui Moly Dynavolt Intact GP) di tempat ketiga.

Fokus beralih ke GP Perancis di Le Mans

Selepas aksi di Jerez, fokus Hakim Danish kini terarah kepada persiapan menghadapi GP Perancis di Litar Le Mans yang dijadual berlangsung dari 8 hingga 10 Mei.

Beliau dijangka akan memperbaiki aspek teknikal dan taktikal perlumbaan bagi meningkatkan prestasi, dengan sasaran untuk menembusi kelompok 10 terbaik dunia dalam pusingan akan datang.

Hakim Danish GP Sepanyol 2026

Hakim Danish akui cabaran di selekoh laju

Mengulas prestasinya, Hakim Danish mengakui masih terdapat beberapa aspek yang perlu diperbaiki, khususnya di bahagian selekoh berkelajuan tinggi.

“Dalam perlumbaan tadi, saya agak bergelut di selekoh high speed dan banyak kehilangan masa di bahagian itu. Saya perlu perbaiki tunggangan di beberapa selekoh laju tersebut.

Saya juga sempat berada di kedudukan kelapan, tetapi selepas itu dipintas semula. Rentak pelumba di kelompok hadapan memang sangat konsisten dan agak sukar untuk saya kejar.

Namun, saya tidak berputus asa dan terus cuba mengejar. Dari segi tayar, pilihan yang dibuat agak baik, tetapi pelarasan jentera masih ada ruang untuk dipertingkatkan,” katanya.

Dengan peningkatan yang ditunjukkan serta semangat juang yang tinggi, Hakim Danish dilihat berada di landasan tepat untuk terus mencipta keputusan lebih memberangsangkan dalam saingan Moto3 musim ini.

Related Items2026baruberitaIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto3sukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
April 28, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto3sukan motorUtama

More in Berita

iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3

Hazique ZairillJune 10, 2026
Read More

Cara Renew Insurans Motor Secara Online di Malaysia: Panduan Lengkap 2026

Amzar HazeeqJune 10, 2026
Read More

Qabil Irfan Sasar Podium Pertama di Estoril, Mahu Tampil Lebih Agresif di Moto4 European Cup

Amzar HazeeqJune 9, 2026
Read More

Top 5 Motor Jepun di iMotorbike

Amzar HazeeqJune 9, 2026
Read More

2026 Brixton 625V Dialncarkan di Malaysia Pada Harga RM26,888

Amzar HazeeqJune 8, 2026
Read More

Hakim Danish Fokus Bangkit Selepas Cabaran Sukar di GP Hungary

Amzar HazeeqJune 8, 2026
Read More

iMotorbike Anjur “Motorday Sale” dengan Diskaun Sehingga RM5,550 di Seluruh Negara

Hazique ZairillJune 8, 2026
Read More

Brixton Moucca 250 2026 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM12,888

Amzar HazeeqJune 5, 2026
Read More

SYM Husky 200 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM10,998

Amzar HazeeqJune 5, 2026
Read More

CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More

CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More

Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Honda Perkenal ADV160 2026 di Malaysia Bike Show
    BeritaJune 3, 2026
  • Kawasaki Malaysia Lancar Z1100 SE 2026 Pada Harga RM69,900
    BeritaJune 4, 2026
  • SYM Husky 200 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM10,998
    BeritaJune 5, 2026
  • Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider
    BeritaJune 4, 2026
  • Top 5 Motor Suzuki Yang Masih Menjadi Pilihan Rider Malaysia
    BeritaMay 28, 2026
  • CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888
    BeritaJune 4, 2026
  • CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888
    BeritaJune 4, 2026
  • iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3
    BeritaJune 10, 2026
  • Cara Renew Insurans Motor Secara Online di Malaysia: Panduan Lengkap 2026
    BeritaJune 10, 2026
  • Qabil Irfan Sasar Podium Pertama di Estoril, Mahu Tampil Lebih Agresif di Moto4 European Cup
    BeritaJune 9, 2026
  • Top 5 Motor Jepun di iMotorbike
    BeritaJune 9, 2026
  • 2026 Brixton 625V Dialncarkan di Malaysia Pada Harga RM26,888
    BeritaJune 8, 2026
  • Hakim Danish Fokus Bangkit Selepas Cabaran Sukar di GP Hungary
    BeritaJune 8, 2026
  • iMotorbike Anjur “Motorday Sale” dengan Diskaun Sehingga RM5,550 di Seluruh Negara
    BeritaJune 8, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Top 5 Motor Touring Terbaik Yang Terdapat di iMotorbike
Horsepower vs Torque: Apa Sebenarnya Perbezaannya?
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat