Ikuti 5 langkah ini supaya anda tahu apa yang anda perlu prepare sebelum menempuhi pengembaraan solo di atas motosikal anda.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!
Kadang-kadang kita akan terasa nak pegi ride, bukan ride konvoi dengan kawan-kawan, tapi ride solo. Pergi ride solo bukan sebab kesunyian, tapi kadangkala sebab kita nak cuba ride solo tanpa perlu ikut planning kawan-kawan atau terikat dengan tentatif bila ride berkumpulan. Kadangkala ada juga rider yang lebih selesa untuk ride solo berbanding ride secara berkumpulan.
Tidak salah untuk pergi ride solo, namun persediaan harus dibuat dengan sangat rapi kerana kita ingin ride seorang diri tanpa sesiapa menemani kita jika apa-apa perkara terjadi. Jadi, ini adalah 5 benda wajib yang you guys perlu prepare sebelum keluar ride secara solo.

1. Check Condition Motor
Kalau nak pergi ride, mesti lah pakai motosikal. Jadi, sangat penting untuk pastikan motosikal anda berada dalam keadaan yang baik sebelum memulakan perjalanan, Pastikan check minyak hitam motor anda, check brake, check tayar anda dan apa-apa komponen motor anda yang lain.
Kita tak mahu motor kita tiba-tiba buat hal bila berada di atas jalan, atau paling teruk, buat hal di tempat yang tak ramai orang. Jadi untuk elak perkara itu berlaku, pastikan motor anda berada dalam keadaan tip top untuk pengembaraan solo anda.

2. Plan Route & Backup Route
Bila nak pegi ride, mesti kita akan tahu destinasi yang ingin dituju. Jadi sangat lah penting untuk plan route anda. Anda boleh plan laluan mana yang terbaik, di mana anda ingin berhenti untuk berehat, dan lain-lain lagi.
Penting juga untuk anda plan route backup untuk ride anda. Kadang-kadang kita tak dapat nak jangka perkara yang akan terjadi ketika keluar pergi ride. Mungkin tiba-tiba route asal jem, mungkin tiba-tiba ada halangan, mungkin terdapat jalan alternatif yang lebih baik untuk dilalui. Jadi selain plan route ride anda, plan route backup juga agak penting untuk kemudahan anda ketika riding.

3. Bawa Essentials
Bukan setakat perlu persiapkan motor sahaja, diri sendiri juga perlu bersedia untuk menghadapi pengembaraan solo ini. Personal essentials yang penting seperti IC dan lesen harus sentiasa ada dengan anda kerana ia sangat penting, lagi-lagi kalau you guys ada lalu roadblock ketika ride anda. Cash pun you guys perlu standby sebagai langkah berjaga-jaga kalau anda perlu membeli apa-apa di tempat yang line tak begitu kuat atau tak mempunyai QR.
Handphone pun merupakan barangan yang amat penting ketika ride solo, jadi memastikan ia sentiasa charge merupakan langkah yang harus diambil. Oleh itu, powerbank memang sangat berguna ketika ride jauh. Phone holder motor juga penting supaya lebih mudah untuk tengok maps dan anda tidak perlu memegang handphone sambil ride.

4. Safety Gear
Kalau nak pergi ride, keselamatan juga harus dijaga. Itu merupakan perkara yang paling ketika ride, sama ada ride solo atau secara berkumpulan. Pemakaian helmet merupakan perkara yang paling asas untuk dipraktikkan. Disarankan untuk memakai helmet full face supaya dapat membantu untuk melindungi sepenuhnya bahagian kepala.
Glove juga penting untuk membantu melindungi bahagian tangan anda, dan jaket membantu untuk menambah perlindungan tambahan buat tubuh badan anda. Lebih baik jika memakai jaket yang sudah mempunyai padding dan juga seluar yang mempunyai padding yang agar dapat memberi perlindungan tambahan.

5. Beritahu Kawan-Kawan dan Ahli Keluarga
Walaupun ride secara solo bermakna ride seorang diri tanpa peneman, tidak bermakna ahli keluarga dan kawan-kawan tidak perlu untuk mengetahui keberadaan anda. Seeloknya anda memberitahu ahli keluarga atau kawan-kawan ke mana destinasi yang anda ingin tuju. Sekurang-kurangnya mereka boleh mengenal pasti lokasi anda ingin pergi jika terdapat sebarang masalah
Lebih baik jika anda memasang live location. Jadi anda tidak perlu update setiap kali apabila anda tiba ke destinasi dan live location akan menunjukkan lokasi terkini anda tanpa perlu memberitahu. Ini memberikan kemudahan buat anda dan juga buat keluarga dan kawan-kawan anda tidak risau akan keberadaan anda.
Kesimpulan
Solo ride sememangnya best. Anda sememangnya boleh merasakan kebebasan ketika ride secara solo. Tak perlu risau kena tinggal, tak perlu risau tak menepati masa, hanya anda dan motor anda di atas jalan. Namun, harus diingatkan untuk jaga diri anda pada setiap masa. Ride jauh-jauh ke tempat orang, kita tak mahu apa-apa perkara yang tak diingini berlaku. Ikuti langkah-langkah ini, ride solo anda yang seterusnya pasti akan menjadi pengalaman yang amat mengujakan.
Kalau anda terfikir nak ride solo tapi tak mempunyai motor yang sesuai, iMotorbike mempunyai banyak pilihan motor yang sememangnya sesuai untuk pengembaraan solo anda. Nak survey motor, boleh lihat pilihan motor yang kami ada di website iMotorbike atau boleh datang ke showroom berdekatan anda.



Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS