• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

AFAZ AO3 Supermoped: Pencabar Baru Segmen Kapcai 150cc 2026?

AFAZ AO3 Supermoped: Pencabar Baru Segmen Kapcai 150cc 2026?
Hazique Zairill
Januari 28, 2026

Prototaip berasaskan enjin GSX-R150 dengan pilihan auto-clutch, casis trellis serba baharu dan sentuhan R&D tempatan tunjuk AFAZ sedia untuk perang supermoped.

AFAZ Supermoped

Langgan  saluran Telegram kami  untuk kemas kini segera!

Baru-baru ini, jenama motosikal tempatan AFAZ mula bagi bayangan paling jelas tentang kemunculan supermoped 150cc berkod AO3 yang dijangka dilancarkan dalam masa terdekat. Apa yang jadi bualan hangat ialah penggunaan sistem auto-clutch, dimana kapcai 150cc tanpa klac tangan ialah sesuatu yang jarang kita dengar dalam segmen ni. 

Lebih menarik, enjin yang dijanjikan datang daripada platform Suzuki GSX-R150. Dengan spesifikasi awal yang didedahkan, tak keterlaluan kalau dikatakan 2026 nanti mungkin jadi tahun paling panas untuk perang segmen supermoped.  

Siapa Sebenarnya AFAZ? Ini Asal-Usulnya

AFAZ bukan brand biasa biasa. Jenama ni lahir di bawah KMSB Sdn Bhd, anak syarikat AMI Sdn Bhd, kumpulan yang sama menaungi Suzuki Malaysia. Sejarahnya bermula seawal 1975 menerusi DAN Motors Sdn Bhd yang membawa jenama Kawasaki ke Malaysia. Nama syarikat kemudian berubah ke Kawamotors Sdn Bhd pada 1984 sebelum berkembang ke pemasangan tempatan (CKD) dan dijenamakan sebagai Kawasaki Sunrock Sdn Bhd.

Selepas lebih dua dekad, entiti ini menjadi Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd pada 2007 bagi mengukuhkan operasi kilang tempatan. Pada 2021 pula, selepas Kawasaki mula beroperasi bersama Modenas, syarikat distruktur semula menjadi KMSB Sdn Bhd dengan fokus baharu membangunkan jenama AFAZ untuk pasaran Malaysia. Pendek kata, pengalaman industri mereka bukan setahun dua.

AFAZ Supermoped

AO3: Dari Kencana 115 Ke Segmen Supermoped

Kod AO merujuk kepada timeline model AFAZ. AO1 dan AO2 ialah kapcai awal mereka, Kencana Sport 115, dengan AO2 sebagai versi penambahbaikan. AO3 pula masuk kategori berbeza terus, supermoped 150cc yang disasarkan untuk pelancaran sekitar pertengahan 2026.

Model ini dikatakan menggunakan enjin GSX-R150 dengan talaan prestasi lebih agresif berbanding Raider. Difahamkan juga akan ada dua pilihan iaitu klac manual dan klac automatik, lengkap dengan Slipper Clutch serta sistem brek ABS. Media turut diberi peluang menguji enjin 150cc auto-clutch yang dipasang pada badan Raider sebagai unit ujian, namun rupa produksi sebenar nanti memang berbeza.

AFAZ Supermoped

AMITEC: Tulang Belakang R&D Tempatan

Semua pembangunan enjin, sistem dan kejuruteraan AO3 dibuat melalui R&D tempatan oleh AMITEC Technology Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh AMI yang ditubuhkan pada 2022. Syarikat ini menyokong jenama seperti AFAZ, MODA dan Suzuki, dengan pasukan 26 jurutera serta pereka berpengalaman sehingga 25 tahun dalam pembangunan motosikal.

Kepakaran mereka merangkumi rekaan produk, kejuruteraan, pembangunan prototaip, validasi teknikal dan sokongan ke arah pengeluaran massa. Visi AMITEC bukan sekadar bantu syarikat dalam kumpulan, malah mahu jadi penyedia khidmat R&D profesional yang dipercayai pihak luar.

Apa Yang Buat AO3 Ni Lain Dari Kapcai Biasa

Berdasarkan maklumat yang dikongsi, AO3 memang dibangunkan dari kosong, bukan sekadar adaptasi model sedia ada. Casisnya menggunakan rekaan trellis ala SV650 dengan sebahagian rangka terdedah, diameter besar dan nampak tebal serta solid. Ia bukan menggunakan casis Raider R-150Fi, sebaliknya dibangunkan sendiri oleh jurutera AMITEC di Sungai Petani, Kedah.

Rim depan dan belakang bersaiz 17 inci tetapi lebih lebar, dipadankan dengan tayar profil rendah dan gemuk. Sistem brek depan belakang ABS ready, pendikit jenis fast throttle, manakala muffler pula boleh dibayangkan seperti gaya GSX-R150. Fork hadapan menggunakan unit Kayaba dengan inner tube besar dan tegap, hampir setaraf fork jentera 250cc, antara paling “berisi” pernah ada pada moped tempatan.

Rekaan ergonomiknya juga unik; footrest pembonceng tidak bergantung pada subframe belakang, malah ekzos dipasang pada unit footrest tersebut. Footrest penunggang pula dipasang terus pada subframe tengah. Swingarm disekalikan dari bahagian dalam, membolehkan penggunaan swingarm dan tayar belakang yang lebih lebar. Tangki minyak 4.8 liter dipadankan dengan pelana dua tingkat, pembonceng duduk lebih tinggi daripada penunggang, dan keseluruhan badan dilengkapi fairing penuh, bukan seperi Raider.

AFAZ Supermoped

Dibangunkan Senyap-Senyap, Dah Masuk Fasa Akhir

Projek supermoped ini sebenarnya sudah berjalan selama 18 bulan. Ketika ramai sangka AFAZ senyap, rupa-rupanya mereka sudah berada di fasa akhir pembangunan. Jika tempoh pembangunan model biasa sekitar 24 bulan, maknanya tak lama lagi kita akan lihat model ni muncul secara rasmi.

Respon AFAZ Terhadap Persepsi Pasaran

Team AFAZ mengakui mereka dengar segala komen pengguna. Ada yang kata enjin Suzuki tahan lasak tapi rekaan kurang menarik, mereka tekankan model ini akan penuhi kehendak tersebut. Isu produk Malaysia sekadar rebadge juga dijawab dengan usaha R&D sendiri supaya jentera ini benar-benar unik dan lebih sarat ciri.

Soal harga yang dibandingkan dengan model Jepun pula dijelaskan bahawa banyak model kecil Jepun juga CKD, dipasang di Malaysia, dan AFAZ turut menggunakan komponen utama jenama Jepun. Dakwaan spare part susah pula ditepis dengan penjelasan bahawa kebanyakan pembekal dan komponen adalah buatan Malaysia. Isu nilai jual balik juga dipersoalkan semula dengan nada sinis, realitinya bergantung pada pasaran sebenar, bukan persepsi semata-mata.

AFAZ Supermoped

Penutup: Bukan Sekadar Model, Tapi Kenyataan

Dengan slogan “Design Anda, Kualiti Dunia”, AO3 bukan sekadar model baharu, tetapi lambang kesungguhan jenama tempatan untuk masuk gelanggang performance kapcai secara serius. 

Jika apa yang dijanjikan ini menjadi realiti produksi, AFAZ AO3 berpotensi menetapkan penanda aras baharu dan meletakkan 2026 sebagai tahun yang cukup menarik untuk dunia supermoped Malaysia.

Related Items2026AFAZAMITECAuto KlacbaruberitaIndustryLokalsuzukiUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
Januari 28, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026AFAZAMITECAuto KlacbaruberitaIndustryLokalsuzukiUtama

More in Berita

MODENAS Pamerkan Kawasaki Ninja ZX-10R 2026 di Malaysia Bike Show 2026

Amzar HazeeqJun 4, 2026
Read More

MODENAS lancar Kawasaki Z650S di Malaysia Bike Show 2026

Amzar HazeeqJun 3, 2026
Read More

Honda Perkenal ADV160 2026 di Malaysia Bike Show

Amzar HazeeqJun 3, 2026
Read More

Hakim Danish Sedia Harungi Cabaran Baharu di Grand Prix Hungary

Amzar HazeeqJun 3, 2026
Read More

Hakim Danish Raih Podium Bersejarah Moto3 di Mugello

Hazique ZairillJun 3, 2026
Read More

Top 5 Motor Suzuki Yang Masih Menjadi Pilihan Rider Malaysia

Amzar HazeeqMei 28, 2026
Read More

Review Triumph Street Triple RS 2017: Motor Track Inline-Three Terbaik

Amzar HazeeqMei 26, 2026
Read More

Qabil Irfan Menyala di Debut Moto4 European Cup di Barcelona

Amzar HazeeqMei 26, 2026
Read More

Cara Elak Kena Scam Bila Jual Motor Online

Amzar HazeeqMei 26, 2026
Read More

MoT Arah JPJ Aktifkan Semula Urusan Tukar Hak Milik Online Serta-Merta

Hazique ZairillMei 25, 2026
Read More

Syamil Juara CP125 Selepas Aksi Mendebarkan di Sepang

Hazique ZairillMei 25, 2026
Read More

Haziq Tamat Kemarau Kemenangan CP150 di Sepang

Hazique ZairillMei 25, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Yamaha Masih Raja Jalanan? Ini Jenama Motor Paling Banyak Orang Malaysia Beli Pada 2026
    BeritaMei 22, 2026
  • Top 5 Motosikal Honda Terbaik Untuk Dibeli Pada Tahun 2026
    BeritaMei 22, 2026
  • 7 Kali Beli Motor di iMotorbike: Kisah Abang Razlan dan Dunia Motorsikalnya
    BeritaMei 8, 2026
  • Peugeot Motocycles Secara Rasmi Memasuki Malaysia Dengan Barisan XP400, Django dan Speedfight
    BeritaMei 7, 2026
  • Ketinggian Bukan Halangan: 5 Motor Terbaik Untuk Rider Rendah
    BeritaMei 8, 2026
  • JPJ Umum Panggilan Semula 430 Motosikal Honda Akibat Isu Keselamatan
    BeritaMei 14, 2026
  • Review Triumph Street Triple RS 2017: Motor Track Inline-Three Terbaik
    BeritaMei 26, 2026
  • MODENAS Pamerkan Kawasaki Ninja ZX-10R 2026 di Malaysia Bike Show 2026
    BeritaJun 4, 2026
  • MODENAS lancar Kawasaki Z650S di Malaysia Bike Show 2026
    BeritaJun 3, 2026
  • Honda Perkenal ADV160 2026 di Malaysia Bike Show
    BeritaJun 3, 2026
  • Hakim Danish Sedia Harungi Cabaran Baharu di Grand Prix Hungary
    BeritaJun 3, 2026
  • Hakim Danish Raih Podium Bersejarah Moto3 di Mugello
    BeritaJun 3, 2026
  • Top 5 Motor Suzuki Yang Masih Menjadi Pilihan Rider Malaysia
    BeritaMei 28, 2026
  • Review Triumph Street Triple RS 2017: Motor Track Inline-Three Terbaik
    BeritaMei 26, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

5 Tempat Rider Superbike Selalu Lepak 
Tabiat Menunggang Yang Perlahan-Lahan Merosakkan Motor
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat