• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Benda Simple Tapi Ramai Salah: Kesilapan Claim Insurans Motosikal Yang Anda Kena Tahu

Benda Simple Tapi Ramai Salah: Kesilapan Claim Insurans Motosikal Yang Anda Kena Tahu
Amzar Hazeeq
December 5, 2025

Jauhkan diri daripada silap biasa yang boleh buat claim insurans anda lambat atau terus kena tolak.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Bila berlaku kemalangan atau kerosakan motosikal, ramai rider terus buat claim tanpa fikir proses yang betul. Akhirnya, claim jadi lambat, rumit, atau paling teruk, terus ditolak. Ramai tak sedar sebenarnya ada beberapa kesilapan simple yang sering dilakukan, dan semuanya boleh dielakkan kalau tahu caranya. Dalam artikel ini, kita tengok apa kesalahan paling biasa semasa buat claim insurans motosikal, dan bagaimana anda boleh elakkan supaya semuanya berjalan lancar.

Tidak Buat Laporan Polis Dalam Tempoh Ditentukan

Ramai rider tangguh buat laporan polis sebab rasa kerosakan tak besar atau malas nak beratur. Tapi laporan polis adalah dokumen penting untuk kebanyakan claim, terutama yang melibatkan pihak ketiga. Jika anda lewat buat laporan, syarikat insurans boleh menolak claim anda. Sebaiknya, buat laporan dalam masa 24 jam selepas kejadian supaya tiada masalah nanti.

Tak Ambil Gambar Bukti Di Tempat Kejadian

Satu lagi silap biasa ialah tak mengambil gambar motosikal, lokasi kemalangan, dan kerosakan. Gambar adalah bukti penting untuk menunjukkan apa sebenarnya yang berlaku. Tanpa bukti visual, penilaian kerosakan boleh jadi sukar dan syarikat insurans mungkin akan meragui kesahihan kejadian. Jadi, walaupun anda tengah gelabah, cuba ambil sekurang-kurangnya beberapa gambar dari sudut berbeza untuk dijadikan bukti.

Simpan Maklumat Yang Tidak Lengkap

Ada rider hanya hantar separuh dokumen dan janji nak hantar selebihnya kemudian. Ini boleh melambatkan proses claim sebab syarikat insurans tak akan proses apa-apa selagi dokumen yang diterima tak lengkap. Pastikan anda sediakan salinan IC, lesen, polisi insurans, laporan polis, dan gambar kerosakan sebelum hantar claim. Lagi lengkap dokumen anda, lagi cepat claim dapat diproses.

Tidak Maklumkan Insurans Dengan Segera

Ada yang tunggu beberapa hari baru nak inform syarikat insurans. Padahal, langkah ini perlu dibuat secepat mungkin supaya mereka boleh proses dan maklumkan syarat-syarat untuk buat claim. Lagi awal anda lapor, lagi cepat proses bermula. Malah, sesetengah insurans ada tempoh masa tertentu untuk laporkan kejadian. Kalau tak ikut tempoh yang diberikan, insurans tak akan layan.

Baiki Motosikal Terlebih Dahulu Tanpa Kelulusan

Ini antara kesalahan paling besar. Ada rider terus hantar motosikal ke bengkel untuk repair tanpa maklumkan insurans terlebih dahulu. Bila penilaian kerosakan tak dapat dilakukan, claim biasanya ditolak. Syarikat insurans perlu menilai motosikal sebelum sebarang kerja repair dilakukan. Jadi, tunggu kelulusan dulu sebelum hantar motosikal ke bengkel.

Tidak Faham Apakah Yang Termasuk Dalam Coverage

Ramai rider buat claim untuk kerosakan yang sebenarnya tidak dilindungi oleh polisi. Ini buat mereka kecewa dan buang masa. Sebelum buat claim, periksa polisi anda, adakah ia melindungi kemalangan sendiri, banjir, kecurian, atau kerosakan tertentu. Bila anda faham coverage, anda akan tahu apa yang boleh dan tidak boleh dituntut.

Mengabaikan Nasihat Adjuster atau Pihak Insurans

Kadang-kadang rider keras kepala dan mahu hantar motosikal ke bengkel pilihan sendiri walaupun sudah diminta ke bengkel panel. Ini boleh melambatkan proses atau tidak diluluskan langsung. Ikut arahan adjuster kerana mereka tahu bengkel mana yang sesuai dan diluluskan oleh syarikat insurans. Langkah ini juga dapat memastikan anda tak kena tekan harga oleh bengkel yang tak bertanggungjawab.

Kesimpulan

Buat claim insurans motosikal bukan susah, tapi kesilapan kecil boleh beri kesan besar. Bila dpaat elak kesalahan-kesalahan ini, proses claim anda akan jadi lebih cepat, lancar, dan kurang stress. Pastikan anda sentiasa simpan dokumen lengkap, ambil bukti secukupnya, dan ikut arahan syarikat insurans untuk pastikan semuanya berjalan dengan baik.

Related Items2025baruberitainsurans motorKedai Motorkesilapan claim insuransmalaysiaUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
December 5, 2025
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2025baruberitainsurans motorKedai Motorkesilapan claim insuransmalaysiaUtama

More in Berita

iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3

Hazique ZairillJune 10, 2026
Read More

Cara Renew Insurans Motor Secara Online di Malaysia: Panduan Lengkap 2026

Amzar HazeeqJune 10, 2026
Read More

Qabil Irfan Sasar Podium Pertama di Estoril, Mahu Tampil Lebih Agresif di Moto4 European Cup

Amzar HazeeqJune 9, 2026
Read More

Top 5 Motor Jepun di iMotorbike

Amzar HazeeqJune 9, 2026
Read More

2026 Brixton 625V Dialncarkan di Malaysia Pada Harga RM26,888

Amzar HazeeqJune 8, 2026
Read More

Hakim Danish Fokus Bangkit Selepas Cabaran Sukar di GP Hungary

Amzar HazeeqJune 8, 2026
Read More

iMotorbike Anjur “Motorday Sale” dengan Diskaun Sehingga RM5,550 di Seluruh Negara

Hazique ZairillJune 8, 2026
Read More

Brixton Moucca 250 2026 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM12,888

Amzar HazeeqJune 5, 2026
Read More

SYM Husky 200 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM10,998

Amzar HazeeqJune 5, 2026
Read More

CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More

CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More

Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Honda Perkenal ADV160 2026 di Malaysia Bike Show
    BeritaJune 3, 2026
  • Kawasaki Malaysia Lancar Z1100 SE 2026 Pada Harga RM69,900
    BeritaJune 4, 2026
  • SYM Husky 200 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM10,998
    BeritaJune 5, 2026
  • Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider
    BeritaJune 4, 2026
  • Top 5 Motor Suzuki Yang Masih Menjadi Pilihan Rider Malaysia
    BeritaMay 28, 2026
  • CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888
    BeritaJune 4, 2026
  • CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888
    BeritaJune 4, 2026
  • iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3
    BeritaJune 10, 2026
  • Cara Renew Insurans Motor Secara Online di Malaysia: Panduan Lengkap 2026
    BeritaJune 10, 2026
  • Qabil Irfan Sasar Podium Pertama di Estoril, Mahu Tampil Lebih Agresif di Moto4 European Cup
    BeritaJune 9, 2026
  • Top 5 Motor Jepun di iMotorbike
    BeritaJune 9, 2026
  • 2026 Brixton 625V Dialncarkan di Malaysia Pada Harga RM26,888
    BeritaJune 8, 2026
  • Hakim Danish Fokus Bangkit Selepas Cabaran Sukar di GP Hungary
    BeritaJune 8, 2026
  • iMotorbike Anjur “Motorday Sale” dengan Diskaun Sehingga RM5,550 di Seluruh Negara
    BeritaJune 8, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

5 Situasi Harian Yang Tunjukkan Pentingnya Insurans Motosikal
Kenapa Towing & Bantuan Kecemasan Penting Untuk Rider Jarak Jauh
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat