• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

5 Skuter Terbaik di iMotorbike Penang Untuk Harian dan Kesesakan Jalan

5 Skuter Terbaik di iMotorbike Penang Untuk Harian dan Kesesakan Jalan
Amzar Hazeeq
October 3, 2025

Tinggal di Penang dan mahu skuter terbaik? Lihat 5 pilihan skuter di iMotorbike Penang yang sesuai untuk laluan sesak George Town hingga jambatan Pulau Pinang.

iMotorbike Penang

Pulau Pinang terkenal dengan suasana bandar yang sibuk, terutamanya di sekitar George Town, Bayan Lepas, dan laluan harian merentasi jambatan Pulau Pinang.

Bagi ramai pekerja, memiliki skuter yang praktikal dan jimat minyak adalah pilihan bijak untuk mengatasi kesesakan trafik serta menjimatkan masa.

Di iMotorbike Penang, terdapat banyak pilihan menarik, tetapi lima model ini dianggap paling sesuai untuk kehidupan harian di sini.

iMotorbike Penang

1. Honda Forza 250

Honda Forza 250 adalah skuter premium yang sesuai untuk mereka yang sering menempuh perjalanan jauh, contohnya dari Seberang Perai ke George Town melalui jambatan. Dengan enjin 250cc berkuasa 24 hp, ia mampu memberikan keselesaan tinggi untuk tunggangan jarak jauh sambil mengekalkan kestabilan di lebuh raya. Ruang simpanan besar di bawah tempat duduk juga sangat berguna untuk menyimpan helmet atau barang kerja, menjadikannya skuter praktikal untuk pekerja profesional di Penang.

iMotorbike Penang

2. Yamaha NVX

Bagi yang tinggal di kawasan bandar sibuk seperti Jelutong atau Bayan Lepas, Yamaha NVX adalah pilihan sporty yang sesuai. Enjin 155cc dengan kuasa 15 hp cukup bertenaga untuk memecut ketika keluar dari simpang sempit atau menyelit di celah trafik padat. Rekaan moden dan tangkas menjadikannya sangat praktikal untuk jalan-jalan sesak di George Town. Didatangkan dengan ABS dan panel digital, ia juga memberi keyakinan tambahan ketika menunggang di laluan sibuk.

iMotorbike Penang

3. Honda Vario 150

Honda Vario 150 sesuai untuk mereka yang mahukan skuter ringkas, tahan lasak dan jimat minyak, contohnya pekerja kilang di Bayan Lepas atau Batu Kawan. Dengan kuasa 13 hp, ia mungkin tidak sekuat model lain, namun ia cukup untuk penggunaan bandar setiap hari. Sistem kunci pintar (smart key) dan lampu LED penuh juga menambah nilai astetik, terutama ketika parkir di kawasan sesak atau gelap.

iMotorbike Penang

4. Aprilia SR GT 200

Bagi penunggang di Penang yang sering melalui jalan kurang rata atau kawasan hujan seperti Balik Pulau, Aprilia SR GT 200 adalah pilihan ideal. Bernadikan enjin 174cc dan kuasa 17.4 hp, skuter ini direka sebagai “urban adventure scooter” yang mampu menempuh jalan rosak, lopak air dan selekoh berbukit dengan lebih stabil. Suspensi panjang serta tayar semi-offroad menjadikannya lebih lasak berbanding skuter biasa, membuatkan skuter ini sesuai untuk gaya hidup Penang yang bercampur antara bandar dan kawasan kampung.

iMotorbike Penang

5. Yamaha NMAX 155

Yamaha NMAX 155 ialah pilihan terbaik bagi mereka yang mahukan keselesaan harian, contohnya perjalanan dari Seberang Jaya ke George Town setiap pagi. Dengan enjin 155cc berteknologi VVA menghasilkan 15 hp, ia cukup lancar untuk perjalanan jarak sederhana. Tempat duduk luas serta ruang simpanan yang besar menjadikannya sangat praktikal untuk mereka yang sering membawa dokumen kerja atau barangan tambahan. Gaya elegan skuter ini juga sesuai untuk penunggang yang mahu tampil profesional di bandar Penang.

Kesimpulan

Kesesakan jalan raya di Penang semakin mencabar setiap tahun, terutama di George Town, Bayan Lepas dan laluan jambatan. Memilih skuter yang sesuai mampu menjimatkan masa, minyak, dan memberi keselesaan sepanjang perjalanan harian. Honda Forza 250 sesuai untuk jarak jauh, Yamaha NVX dan Honda Vario 150 praktikal untuk trafik bandar, Aprilia SR GT 200 sesuai untuk jalan berbukit dan hujan, manakala Yamaha NMAX 155 menawarkan keselesaan maksimum untuk perjalanan kerja harian.

Jika berminat dengan skuter-skuter yang telah disenaraikan, model-model ini ready stock di iMotorbike Penang, pusat pilihan motosikal terbaik untuk keperluan anda.

Related Items2025apriliabaruberitaHondamalaysiapenangSEOskuterUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
October 3, 2025
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2025apriliabaruberitaHondamalaysiapenangSEOskuterUtamayamaha

More in Berita

iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3

Hazique ZairillJune 10, 2026
Read More

Cara Renew Insurans Motor Secara Online di Malaysia: Panduan Lengkap 2026

Amzar HazeeqJune 10, 2026
Read More

Qabil Irfan Sasar Podium Pertama di Estoril, Mahu Tampil Lebih Agresif di Moto4 European Cup

Amzar HazeeqJune 9, 2026
Read More

Top 5 Motor Jepun di iMotorbike

Amzar HazeeqJune 9, 2026
Read More

2026 Brixton 625V Dialncarkan di Malaysia Pada Harga RM26,888

Amzar HazeeqJune 8, 2026
Read More

Hakim Danish Fokus Bangkit Selepas Cabaran Sukar di GP Hungary

Amzar HazeeqJune 8, 2026
Read More

iMotorbike Anjur “Motorday Sale” dengan Diskaun Sehingga RM5,550 di Seluruh Negara

Hazique ZairillJune 8, 2026
Read More

Brixton Moucca 250 2026 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM12,888

Amzar HazeeqJune 5, 2026
Read More

SYM Husky 200 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM10,998

Amzar HazeeqJune 5, 2026
Read More

CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More

CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More

Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Honda Perkenal ADV160 2026 di Malaysia Bike Show
    BeritaJune 3, 2026
  • Kawasaki Malaysia Lancar Z1100 SE 2026 Pada Harga RM69,900
    BeritaJune 4, 2026
  • SYM Husky 200 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM10,998
    BeritaJune 5, 2026
  • Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider
    BeritaJune 4, 2026
  • Top 5 Motor Suzuki Yang Masih Menjadi Pilihan Rider Malaysia
    BeritaMay 28, 2026
  • CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888
    BeritaJune 4, 2026
  • CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888
    BeritaJune 4, 2026
  • iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3
    BeritaJune 10, 2026
  • Cara Renew Insurans Motor Secara Online di Malaysia: Panduan Lengkap 2026
    BeritaJune 10, 2026
  • Qabil Irfan Sasar Podium Pertama di Estoril, Mahu Tampil Lebih Agresif di Moto4 European Cup
    BeritaJune 9, 2026
  • Top 5 Motor Jepun di iMotorbike
    BeritaJune 9, 2026
  • 2026 Brixton 625V Dialncarkan di Malaysia Pada Harga RM26,888
    BeritaJune 8, 2026
  • Hakim Danish Fokus Bangkit Selepas Cabaran Sukar di GP Hungary
    BeritaJune 8, 2026
  • iMotorbike Anjur “Motorday Sale” dengan Diskaun Sehingga RM5,550 di Seluruh Negara
    BeritaJune 8, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Senarai Motor 150cc Terlaju di Malaysia – Pilihan Terbaik Untuk Kelajuan & Gaya
6 Motor 250cc Terbaik & Termurah di Malaysia – Sesuai Untuk Rider Baru!
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat