• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

5 Motor Honda Terbaik yang Terdapat di iMotorbike

5 Motor Honda Terbaik yang Terdapat di iMotorbike
Amzar Hazeeq
October 28, 2025

5 Pilihan motor Honda terbaik di iMotorbike termasuk CBR, ADV, Vario dan RS-X. Ketahui spesifikasi, prestasi, dan kenapa ia pilihan utama penunggang di Malaysia.

5 Motor Honda Terbaik di iMotorbike

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Jenama Honda sudah lama menjadi antara jenama dari Jepun motosikal paling dipercayai di Malaysia. Dikenali dengan kualiti buatan Jepun, reka bentuk elegan, dan enjin yang tahan lasak, Honda sentiasa tawarkan model yang sesuai untuk setiap jenis rider, daripada kapcai harian hingga sportbike berprestasi tinggi.

Di iMotorbike, anda boleh jumpa pelbagai model motor Honda terbaik dengan harga menarik. Jom tengok lima model Honda yang paling menonjol dari segi prestasi, teknologi, dan reka bentuk yang mampu memenuhi keperluan penunggang moden.

5 Motor Honda Terbaik di iMotorbike

1. Honda CBR150R – Sportbike Ringan dengan Gaya Superbike

Honda CBR150R ialah sportbike 150cc yang memberikan gabungan gaya, kuasa, dan keselesaan. Dikuasakan oleh enjin 149cc DOHC liquid cooled, CBR150R menghasilkan kuasa sekitar 16.8 hp dengan tork 13.7 Nm. Enjin ini memberikan pecutan yang lancar dan responsif, menjadikannya sesuai untuk penunggang muda yang baru nak masuk dunia sportbike.

Selain prestasi, CBR150R tampil dengan reka bentuk yang diinspirasikan daripada CBR250RR dan CBR1000RR. Fairing aerodinamik, lampu LED penuh, dan meter digital moden menambah tarikan visualnya. Suspensi depan jenis Upside Down Fork serta disk brake depan belakang memberikan kawalan dan kestabilan lebih baik. Ia merupakan pilihan ideal bagi mereka yang nak sportbike bergaya tanpa korbankan keselesaan harian.

5 Motor Honda Terbaik di iMotorbike

2. Honda CBR250RR – Sportbike Premium dengan Kuasa Mengagumkan

Bagi pencinta kelajuan dan prestasi, Honda CBR250RR adalah jentera yang menggabungkan teknologi canggih dengan kuasa luar biasa. Dikuasakan oleh enjin dua silinder 249cc DOHC liquid cooled, CBR250RR menghasilkan sehingga 38 hp pada 12,500 rpm dan tork 23.3 Nm. Ia turut dilengkapi dengan sistem Throttle-by-Wire, yang memberikan kawalan throttle yang lebih halus dan responsif.

Suspensi depan USD dan swingarm aluminium memastikan handling stabil di selekoh, manakala casis ringan membantu dalam kelincahan. CBR250RR juga mempunyai tiga mod tunggangan iaitu Comfort, Sport, dan Sport+ yang membolehkan penunggang menyesuaikan prestasi mengikut situasi. Dengan reka bentuk tajam dan posisi tunggangan sporty, motor ini bukan sekadar laju tetapi juga memberi pengalaman premium setiap kali di atas jalan.

5 Motor Honda Terbaik di iMotorbike

3. Honda ADV 160 – Skuter Adventure yang Serbaguna dan Bergaya

Honda ADV 160 ialah skuter “adventure” yang direka untuk mereka yang mahukan keselesaan serta kemampuan lasak dalam satu jentera. Enjin 157cc eSP+ (Enhanced Smart Power Plus) liquid cooled memberikan kuasa 15.8 hp dan tork 14.7 Nm. Ia memberikan prestasi lancar dan penjimatan bahan api yang cemerlang, sesuai untuk kegunaan harian mahupun perjalanan jauh.

ADV 160 menonjol dengan reka bentuk maskulin dan berinspirasikan motosikal pengembara. Ia dilengkapi sistem ABS, Smart Key, dan paparan meter digital penuh. Suspensi depan teleskopik panjang dan ground clearance tinggi membolehkan ia menempuh jalan tidak rata dengan yakin. Tambahan pula, ruang simpanannya besar dan posisi tunggangan selesa menjadikannya antara skuter paling versatil dalam barisan Honda.

5 Motor Honda Terbaik di iMotorbike

4. Honda Vario 160 – Skuter Premium dengan Enjin Canggih

Honda Vario 160 merupakan pilihan ideal bagi mereka yang mahukan skuter praktikal, jimat minyak, dan bergaya. Ia dilengkapi enjin 157cc eSP+ berpenyejukan cecair yang menghasilkan 15.4 hp dan tork 13.8 Nm. Prestasinya cukup bertenaga untuk kegunaan bandar, manakala kecekapan bahan apinya menjadikannya pilihan popular dalam kalangan penunggang harian.

Vario 160 menampilkan reka bentuk tajam dan futuristik dengan lampu LED penuh serta panel meter digital. Sistem Smart Key memudahkan penggunaan, manakala sistem brek CBS atau ABS bergantung kepada varian memastikan keselamatan maksimum. Ruang simpanannya yang luas juga memudahkan penyimpanan barangan harian. Ia merupakan skuter ideal bagi penunggang moden yang mahu gaya, prestasi dan kepraktisan dalam satu pakej.

5 Motor Honda Terbaik di iMotorbike

5. Honda RS-X 150 – Kapcai Berkuasa dengan Rasa Sporty

Honda RS-X 150 membawa semangat sportbike ke dalam dunia kapcai. Dikuasakan enjin 149cc DOHC berpenyejukan cecair, RS-X menghasilkan kuasa sekitar 15.8 hp dan tork 13.6 Nm. Transmisi 6 kelajuan memberikan pengalaman tunggangan yang lebih sporty dan efisien pada kelajuan tinggi.

Reka bentuk RS-X agresif dan moden dengan lampu LED, tangki ramping, serta grafik bergaya. Suspensi depan teleskopik dan brek cakera depan belakang memberikan kawalan yang stabil. Kedudukan tunggangan ergonomik menjadikannya selesa untuk perjalanan jauh mahupun kegunaan harian. Dengan gabungan kuasa, gaya, dan kecekapan, Honda RS-X menjadi antara kapcai paling seimbang dalam kelasnya. Ia sesuai untuk mereka yang mahu kapcai harian dengan karakter sportbike sebenar.

Kesimpulan

Setiap model Honda mempunyai kelebihan tersendiri, daripada sportbike berkuasa seperti CBR250RR hingga skuter premium seperti Vario 160 dan ADV 160. Honda terus menjadi pilihan utama penunggang di Malaysia kerana kepercayaannya, kualiti tinggi dan prestasi konsisten.

Jika anda sedang mencari jentera Honda idaman, semua model ini boleh ditemui di iMotorbike, platform jual beli motosikal paling dipercayai di Malaysia. Pilihlah salah satu daripada 5 motor Honda terbaik ini dan alami sendiri kesempurnaan teknologi serta keselesaan Honda setiap kali anda menunggang. Kalau anda nak beli motor-motor di atas, beli motor model lain, jual, atau trade in motor anda, datanglah ke cawangan iMotorbike berdekatan anda.

Related Items2025advbaruberitaCBR250RRHondamalaysiaUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
October 28, 2025
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2025advbaruberitaCBR250RRHondamalaysiaUtama

More in Berita

iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3

Hazique ZairillJune 10, 2026
Read More

Cara Renew Insurans Motor Secara Online di Malaysia: Panduan Lengkap 2026

Amzar HazeeqJune 10, 2026
Read More

Qabil Irfan Sasar Podium Pertama di Estoril, Mahu Tampil Lebih Agresif di Moto4 European Cup

Amzar HazeeqJune 9, 2026
Read More

Top 5 Motor Jepun di iMotorbike

Amzar HazeeqJune 9, 2026
Read More

2026 Brixton 625V Dialncarkan di Malaysia Pada Harga RM26,888

Amzar HazeeqJune 8, 2026
Read More

Hakim Danish Fokus Bangkit Selepas Cabaran Sukar di GP Hungary

Amzar HazeeqJune 8, 2026
Read More

iMotorbike Anjur “Motorday Sale” dengan Diskaun Sehingga RM5,550 di Seluruh Negara

Hazique ZairillJune 8, 2026
Read More

Brixton Moucca 250 2026 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM12,888

Amzar HazeeqJune 5, 2026
Read More

SYM Husky 200 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM10,998

Amzar HazeeqJune 5, 2026
Read More

CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More

CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More

Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Honda Perkenal ADV160 2026 di Malaysia Bike Show
    BeritaJune 3, 2026
  • Kawasaki Malaysia Lancar Z1100 SE 2026 Pada Harga RM69,900
    BeritaJune 4, 2026
  • SYM Husky 200 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM10,998
    BeritaJune 5, 2026
  • Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider
    BeritaJune 4, 2026
  • Top 5 Motor Suzuki Yang Masih Menjadi Pilihan Rider Malaysia
    BeritaMay 28, 2026
  • CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888
    BeritaJune 4, 2026
  • CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888
    BeritaJune 4, 2026
  • iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3
    BeritaJune 10, 2026
  • Cara Renew Insurans Motor Secara Online di Malaysia: Panduan Lengkap 2026
    BeritaJune 10, 2026
  • Qabil Irfan Sasar Podium Pertama di Estoril, Mahu Tampil Lebih Agresif di Moto4 European Cup
    BeritaJune 9, 2026
  • Top 5 Motor Jepun di iMotorbike
    BeritaJune 9, 2026
  • 2026 Brixton 625V Dialncarkan di Malaysia Pada Harga RM26,888
    BeritaJune 8, 2026
  • Hakim Danish Fokus Bangkit Selepas Cabaran Sukar di GP Hungary
    BeritaJune 8, 2026
  • iMotorbike Anjur “Motorday Sale” dengan Diskaun Sehingga RM5,550 di Seluruh Negara
    BeritaJune 8, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

6 Motor Sesuai untuk Orang Berbadan Besar di Malaysia 2025
5 Motor Yamaha Terbaik yang Terdapat di iMotorbike
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat