• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

3 Motosikal 250cc Sesuai Untuk Daily Use 

3 Motosikal 250cc Sesuai Untuk Daily Use 
Hazique Zairill
July 21, 2025

Bukan Semua Motosikal 250cc Kena Laju, Ini Tiga Pilihan Mesra Harian Yang Confirm Buat Korang Senyum Hari-Hari! 

Langgan saluran Telegram kami untuk berita terkini!

Bila orang dengar je motosikal 250cc, mesti ramai terus terbayang motor berat, makan minyak macam minum air, dan rasa macam tak sesuai sangat nak buat ulang-alik kerja. Tapi sebenarnya, tak semua macam tu. Dalam kategori 250cc ni, ada banyak model yang mesra pengguna; ringan, jimat minyak, dan cukup selesa kalau nak guna hari-hari.

Nak bawa laju boleh, nak santai pun takde hal. Potong lori? Confident. Dan paling best, motor bawah 250cc ni tak perlukan lesen BFull pun. Jadi kalau korang tengah cari motosikal praktikal untuk ke tempat kerja, lepak mamak, atau jalan-jalan hujung minggu, tiga model ni memang antara pilihan terbaik yang korang boleh pertimbangkan. 

Benelli TRK 251 SE

Kalau korang minat gaya adventure dan nak motor yang nampak besar tapi masih dalam kategori mesra-harian, Benelli TRK 251 SE memang sesuai sangat. Motor ni bagi aura touring tapi tak terlalu berat, jadi still okay untuk tunggangan harian ke tempat kerja atau ronda bandar.

Enjin 249cc satu silinder dia cukup smooth dan sesuai untuk yang baru nak merasa vibe motor touring. Ketinggian tempat duduk dia pun tak terlalu tinggi, masih selesa untuk ramai rider Malaysia. Tangki minyak besar, boleh jalan jauh tanpa isi kerap. Dan rekabentuk dia yang ala-ala motor ekspedisi tu, memang buat ramai orang toleh dua kali bila korang berhenti kat traffic light.

3 Big Bike Sesuai Untuk Daily Use

Yamaha XMAX

Kalau nak ride yang santai, automatik, dan tak perlu fikir tukar gear, Yamaha XMAX adalah pilihan yang sangat solid. Skuter 250cc ni memang padu dari segi praktikaliti, sesuai sangat untuk kegunaan harian dalam bandar atau pergi kerja hari-hari. Ramai yang suka sebab gabungan gaya premium dengan keselesaan maksimum.

Ruang simpanan bawah seat besar gila, helmet, beg, jaket pun boleh sumbat. ABS dan traction control datang standard, jadi korang boleh ride dengan yakin walaupun waktu hujan. Nak cilok dalam jem pun senang sebab badan dia masih slim walaupun nampak besar. Dan sebab dia skuter, tak payah fikir gear, pulas throttle terus jalan. Rilek habis!

Modenas Kawasaki Z250

Untuk yang baru nak merasa dunia “big bike” tanpa terus ke cc yang tinggi, Modenas Kawasaki Z250 antara model paling sesuai. Gabungan gaya naked bike Kawasaki dengan sentuhan lokal dari Modenas menjadikan Z250 motor yang mudah dikawal tapi tetap nampak garang atas jalan.

Enjin 249cc parallel twin dia bagi pengalaman tunggangan yang smooth tapi cukup bertenaga. Saiz kompak dan berat ringan buatkan motor ni mesra untuk rider semua peringkat, tak kisah tinggi rendah, semua boleh handle. Dari segi servis dan penyelenggaraan pun tak menyakitkan poket. Dan minyak? Confirm jimat kalau bawa dengan steady.

Kesimpulan

Tak semua motor 250cc tu membebankan. Ada je model yang ringan, jimat minyak dan sangat sesuai untuk kegunaan harian. Sama ada korang minat gaya adventure, naked, atau skuter premium, semua ada pilihan dalam kelas ni. Yang penting, cari motor ikut gaya hidup dan keselesaan sendiri.

Kalau tengah mengintai motor baru atau nak upgrade motor sedia ada, boleh check out imotorbike.com. Nak test ride dulu pun boleh, nak jual atau trade-in pun kami uruskan. Yang penting, ride dengan selamat, enjoy setiap perjalanan dan jangan lupa senyum atas motor!

Related Items2025baruberitaDaily UsekawasakimalaysiamodenasMT07newnewsUtamaxmaxyamahaZ250ABS
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
July 21, 2025
Hazique Zairill

Related Items2025baruberitaDaily UsekawasakimalaysiamodenasMT07newnewsUtamaxmaxyamahaZ250ABS

More in Berita

iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3

Hazique ZairillJune 10, 2026
Read More

Cara Renew Insurans Motor Secara Online di Malaysia: Panduan Lengkap 2026

Amzar HazeeqJune 10, 2026
Read More

Qabil Irfan Sasar Podium Pertama di Estoril, Mahu Tampil Lebih Agresif di Moto4 European Cup

Amzar HazeeqJune 9, 2026
Read More

Top 5 Motor Jepun di iMotorbike

Amzar HazeeqJune 9, 2026
Read More

2026 Brixton 625V Dialncarkan di Malaysia Pada Harga RM26,888

Amzar HazeeqJune 8, 2026
Read More

Hakim Danish Fokus Bangkit Selepas Cabaran Sukar di GP Hungary

Amzar HazeeqJune 8, 2026
Read More

iMotorbike Anjur “Motorday Sale” dengan Diskaun Sehingga RM5,550 di Seluruh Negara

Hazique ZairillJune 8, 2026
Read More

Brixton Moucca 250 2026 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM12,888

Amzar HazeeqJune 5, 2026
Read More

SYM Husky 200 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM10,998

Amzar HazeeqJune 5, 2026
Read More

CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More

CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More

Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Honda Perkenal ADV160 2026 di Malaysia Bike Show
    BeritaJune 3, 2026
  • Kawasaki Malaysia Lancar Z1100 SE 2026 Pada Harga RM69,900
    BeritaJune 4, 2026
  • SYM Husky 200 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM10,998
    BeritaJune 5, 2026
  • Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider
    BeritaJune 4, 2026
  • Top 5 Motor Suzuki Yang Masih Menjadi Pilihan Rider Malaysia
    BeritaMay 28, 2026
  • CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888
    BeritaJune 4, 2026
  • CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888
    BeritaJune 4, 2026
  • iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3
    BeritaJune 10, 2026
  • Cara Renew Insurans Motor Secara Online di Malaysia: Panduan Lengkap 2026
    BeritaJune 10, 2026
  • Qabil Irfan Sasar Podium Pertama di Estoril, Mahu Tampil Lebih Agresif di Moto4 European Cup
    BeritaJune 9, 2026
  • Top 5 Motor Jepun di iMotorbike
    BeritaJune 9, 2026
  • 2026 Brixton 625V Dialncarkan di Malaysia Pada Harga RM26,888
    BeritaJune 8, 2026
  • Hakim Danish Fokus Bangkit Selepas Cabaran Sukar di GP Hungary
    BeritaJune 8, 2026
  • iMotorbike Anjur “Motorday Sale” dengan Diskaun Sehingga RM5,550 di Seluruh Negara
    BeritaJune 8, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Kedai Motor Shah Alam Murah : Jual & Beli Motor Second Hand Murah
FIM MiniGP Malaysia 2025 Pusingan 3 Kembali ke Tangkak
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat