• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

6 Laluan Wajib Untuk Riders di Malaysia

6 Laluan Wajib Untuk Riders di Malaysia
Hazique Zairill
June 11, 2025

Nak Cari Port Ride Yang Best? Ini Senarai Jalan-Jalan Wajib Cuba Di Malaysia! Jom tengok 6 Laluan Wajib Untuk Riders di Malaysia

6 Laluan Wajib Untuk Riders

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Malaysia sememangnya syurga untuk peminat motosikal, dari pemandangan semula jadi yang memukau, jalan-jalan berliku di kawasan tanah tinggi, sampailah ke lebuh raya moden yang merentas kehijauan tropika. Tak kira sama ada kau jenis layan corner, cari angin sejuk, atau sekadar nak lepak ride hari Ahad, memang ada laluan untuk semua.

Kalau kau belum pernah cuba, ini 6 laluan motorsikal paling worth it yang wajib masuk list ride kau!

6 Laluan Wajib Untuk Riders

1. BTIC – Spot Cornering Wajib Setiap Hujung Minggu

Address: Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang

Terletak dekat KM48 Lebuhraya Karak, kawasan yang lebih dikenali sebagai Bukit Tinggi International Circuit (BTIC) ni memang ‘port’ wajib untuk peminat corner. Tak kira naik kapcai, naked bike, atau superbike, ramai rider datang sini setiap hujung minggu nak “asah lutut” dan test skill cornering masing-masing.

Bukan rider je, cyclist pun suka panjat bukit ni sebab view dia memang tenang dan lawa. Jalan dia penuh dengan selekoh-selekoh teknikal yang best, sesuai untuk beginner dan juga rider yang nak lebih yakin. Kadang-kadang, ada photographer standby tepi jalan tangkap gambar kau layan selekoh. Siap boleh cari kat media sosial lepas ride!

6 Laluan Wajib Untuk Riders

2. Genting Highlands – Raja Selekoh Malaysia

Address: Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang

Kalau kau ride dan tak pernah naik Genting, betul ke kau ride? Genting memang laluan iconic untuk motor sebab kombinasi selekoh tajam, angin sejuk, dan pemandangan dari atas yang tak pernah menghampakan.

Biasanya orang naik dari Gombak then stop dekat Awana, lepas tu terus panjat ke atas. Sampai puncak, kau boleh lepak minum kopi panas sambil tengok kabus lalu depan mata. Tapi hati-hati, jalan sini licin bila hujan dan memang ramai kereta hujung minggu.

6 Laluan Wajib Untuk Riders

3. Cameron Highlands – Sejuk, Scenic & Chill Gila

Address: Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang

Cameron ni vibe dia lain sikit. Tak se-agresif Genting, tapi bagi feeling yang lagi ‘relax’. Kau boleh pilih naik ikut Tapah atau Simpang Pulai, dua-dua jalan bagi selekoh panjang, view kabus, dan bau daun teh menusuk jiwa.

Perjalanan pun agak jauh, sesuai kalau kau nak ride half-day atau plan ride sambil tidur semalam kat atas. Lalu ladang teh, kedai strawberry, dan banyak port gambar. ADV bike atau sport-touring confirm suka!

6 Laluan Wajib Untuk Riders

4. Lebuhraya Karak – Laluan Pantas ke Arah Pengembaraan

Address: Karak Expressway, Kampung Batu Dua Belas Gombak, 53100 Batu Caves, Selangor

Karak bukan sekadar jalan ke Pantai Timur. Untuk rider, Karak ni ‘lebuhraya layan laju’ (tapi dalam had laju la ya). Jalan lebar, tarmac licin, dan terowong panjang, memang puas bawa.

Bestnya, Karak ni boleh connect ke banyak tempat ride lain, nak ke Janda Baik? Bentong? Nak repeat Genting? Semua bermula dari sini. Cuma make sure motor kau tip top, sebab cuaca sini boleh berubah sekelip mata.

6 Laluan Wajib Untuk Riders

5. SUKE Highway – Menunggang di Awan, Pemandangan Bandar

Address: Sungai Besi-Ulu Kelang Expy, Taman Cuepacs, 56000 Cheras, Selangor

SUKE (Sungai Besi–Ulu Kelang Elevated Expressway) ni masih baru, tapi cepat jadi kegemaran rider sekitar KL/Selangor. Kenapa? Sebab naik motor atas highway tinggi ni bagi feel yang lain dari lain, macam dalam mimpi, tapi real.

Pemandangan KL memang next level, kau nampak PNB 118 Tower, KLCC, dan langit terbuka luas. Ride waktu senja atau malam, lighting dia memang lawa habis. Jalan pun smooth dan gentle, sesuai untuk ride santai bila tension kerja.

6 Laluan Wajib Untuk Riders

6. Lebuhraya Temiang–Pantai – “Route 66” Versi Malaysia

Address: Temiang – Pantai Hwy, Negeri Sembilan

Ni dia laluan paling ‘insta-worthy’ kat Malaysia. Jalan Temiang–Pantai dekat Seremban ni viral sebab vibe dia macam jalan kat New Zealand, bukit-bukau luas, rumput hijau, dan jalan yang tenang tak banyak trafik waktu pagi.

Port ni memang untuk ride santai. Tukar gear, lepas throttle, dan layan angin. Sesuai kalau kau nak ride solo cuci kepala, atau buat convoy kecil-kecilan. Tapi hati-hati, kadang cuaca cepat berubah dan lembu suka menyeberang.

Penutup: Jalan Terbuka, Jiwa Pun Terbang

Tak kira motor besar ke kecil, sportbike ke kapcai, Malaysia penuh dengan jalan-jalan best yang boleh buat hati rider berbunga. Dari laluan berbukit, lebuhraya tinggi, sampai jalan kampung yang damai, sentiasa ada tempat baru nak explore dan cerita baru nak kongsi.

So, jom gear up, ride safe dan jangan lupa ajak geng motor sekali. Ada laluan favourite sendiri? Kongsikan dan mungkin itu next trip korang hujung minggu ni.

Related ItemsbaruberitaCamerongentingHighwayKARAKmalaysiaSUKEUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
June 11, 2025
Hazique Zairill

Related ItemsbaruberitaCamerongentingHighwayKARAKmalaysiaSUKEUtamayamaha

More in Berita

iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3

Hazique ZairillJune 10, 2026
Read More

Cara Renew Insurans Motor Secara Online di Malaysia: Panduan Lengkap 2026

Amzar HazeeqJune 10, 2026
Read More

Qabil Irfan Sasar Podium Pertama di Estoril, Mahu Tampil Lebih Agresif di Moto4 European Cup

Amzar HazeeqJune 9, 2026
Read More

Top 5 Motor Jepun di iMotorbike

Amzar HazeeqJune 9, 2026
Read More

2026 Brixton 625V Dialncarkan di Malaysia Pada Harga RM26,888

Amzar HazeeqJune 8, 2026
Read More

Hakim Danish Fokus Bangkit Selepas Cabaran Sukar di GP Hungary

Amzar HazeeqJune 8, 2026
Read More

iMotorbike Anjur “Motorday Sale” dengan Diskaun Sehingga RM5,550 di Seluruh Negara

Hazique ZairillJune 8, 2026
Read More

Brixton Moucca 250 2026 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM12,888

Amzar HazeeqJune 5, 2026
Read More

SYM Husky 200 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM10,998

Amzar HazeeqJune 5, 2026
Read More

CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More

CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More

Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Honda Perkenal ADV160 2026 di Malaysia Bike Show
    BeritaJune 3, 2026
  • Kawasaki Malaysia Lancar Z1100 SE 2026 Pada Harga RM69,900
    BeritaJune 4, 2026
  • SYM Husky 200 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM10,998
    BeritaJune 5, 2026
  • Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider
    BeritaJune 4, 2026
  • Top 5 Motor Suzuki Yang Masih Menjadi Pilihan Rider Malaysia
    BeritaMay 28, 2026
  • CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888
    BeritaJune 4, 2026
  • CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888
    BeritaJune 4, 2026
  • iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3
    BeritaJune 10, 2026
  • Cara Renew Insurans Motor Secara Online di Malaysia: Panduan Lengkap 2026
    BeritaJune 10, 2026
  • Qabil Irfan Sasar Podium Pertama di Estoril, Mahu Tampil Lebih Agresif di Moto4 European Cup
    BeritaJune 9, 2026
  • Top 5 Motor Jepun di iMotorbike
    BeritaJune 9, 2026
  • 2026 Brixton 625V Dialncarkan di Malaysia Pada Harga RM26,888
    BeritaJune 8, 2026
  • Hakim Danish Fokus Bangkit Selepas Cabaran Sukar di GP Hungary
    BeritaJune 8, 2026
  • iMotorbike Anjur “Motorday Sale” dengan Diskaun Sehingga RM5,550 di Seluruh Negara
    BeritaJune 8, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Motor Sesuai Untuk Tinggi 160cm – Tak Perlu Risau Tak Sampai Kaki Lagi!
Modenas Kawasaki Z250 vs Yamaha MT-25: Mana Lagi Best Untuk Korang?
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat