• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

ZK Racing Lancar Platform Untuk Bakat Muda Sukan Bermotor

ZK Racing Lancar Platform Untuk Bakat Muda Sukan Bermotor
Hazique Zairill
Mac 11, 2025

Minimoto National Championship 2025 anjuran ZK Racing memberi peluang dan mencungkl bakat muda suka permotoran.

Langgan saluran Telegram kami untuk berita terkini!

Kelab Sukan Bermotor ZK Racing akan menganjurkan Minimoto National Championship pada 26 April 2025, sebuah perlumbaan sokongan kepada FIM MiniGP Malaysia. Acara ini akan berlangsung di litar dan tarikh yang sama dengan FIM MiniGP Malaysia, menjadikannya platform terbaik untuk mencungkil bakat muda dalam sukan bermotor.

Perlumbaan ini menggunakan format “One Make Series”, di mana setiap pelumba akan dibekalkan jentera lumba Polini 910 Carena RS Air Cooled 4.2hp oleh pihak penganjur. Enjin dikawal sepenuhnya bagi mengelakkan sebarang modifikasi, memastikan persaingan yang adil dan saksama.

Perlumbaan ini terbuka kepada pelumba berumur 6 hingga 9 tahun (kelahiran 2019 hingga 2016), dengan satu kategori sahaja dan slot terhad kepada 18 pelumba. Tiga pelumba terbaik berdasarkan pungutan mata keseluruhan akan menerima tajaan ke SIC Ohvale Junior Championship pada tahun hadapan.

All Pix by ZK Racing

Yuran penyertaan masih belum ditetapkan dan akan dimaklumkan semasa Sesi Pemilihan yang dijadualkan pada 12 April 2025. Namun, setiap pelumba diwajibkan membeli Racing Suit, Sarung Tangan, Kasut, dan Helmet daripada Kelab Sukan Bermotor ZK bagi memastikan pematuhan penuh terhadap piawaian keselamatan. Perlumbaan ini akan menggunakan litar Go-Kart penuh, sama seperti FIM MiniGP Malaysia.

Kejohanan ini bukan sekadar perlumbaan, tetapi satu langkah penting dalam memupuk bakat muda dalam sukan bermotor. Ia juga menjadi kesinambungan kepada FIM MiniGP Malaysia serta pelbagai acara perlumbaan lain di Malaysia. Dengan platform ini, diharapkan lebih banyak bakat muda dapat ditempa dan diberi peluang untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Pendaftaran atas talian akan dibuka tidak lama lagi, dijangka sebelum Hari Raya Aidilfitri. Semasa pendaftaran, pelumba akan menerima maklumat lengkap mengenai yuran serta keperluan lain. Untuk maklumat lanjut, ikuti kemas kini daripada Kelab Sukan Bermotor ZK. 

Related Items2025baruberitamalaysiaMinimoto National Championship 2025Utama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
Mac 11, 2025
Hazique Zairill

Related Items2025baruberitamalaysiaMinimoto National Championship 2025Utama

More in Berita

MODENAS lancar Kawasaki Z650S di Malaysia Bike Show 2026

Amzar HazeeqJun 3, 2026
Read More

Honda Perkenal ADV160 2026 di Malaysia Bike Show

Amzar HazeeqJun 3, 2026
Read More

Hakim Danish Sedia Harungi Cabaran Baharu di Grand Prix Hungary

Amzar HazeeqJun 3, 2026
Read More

Hakim Danish Raih Podium Bersejarah Moto3 di Mugello

Hazique ZairillJun 3, 2026
Read More

Top 5 Motor Suzuki Yang Masih Menjadi Pilihan Rider Malaysia

Amzar HazeeqMei 28, 2026
Read More

Review Triumph Street Triple RS 2017: Motor Track Inline-Three Terbaik

Amzar HazeeqMei 26, 2026
Read More

Qabil Irfan Menyala di Debut Moto4 European Cup di Barcelona

Amzar HazeeqMei 26, 2026
Read More

Cara Elak Kena Scam Bila Jual Motor Online

Amzar HazeeqMei 26, 2026
Read More

MoT Arah JPJ Aktifkan Semula Urusan Tukar Hak Milik Online Serta-Merta

Hazique ZairillMei 25, 2026
Read More

Syamil Juara CP125 Selepas Aksi Mendebarkan di Sepang

Hazique ZairillMei 25, 2026
Read More

Haziq Tamat Kemarau Kemenangan CP150 di Sepang

Hazique ZairillMei 25, 2026
Read More

JPJ Tangguh Sementara Urusan Tukar Hak Milik Online Mulai 25 Mei

Hazique ZairillMei 25, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Yamaha Masih Raja Jalanan? Ini Jenama Motor Paling Banyak Orang Malaysia Beli Pada 2026
    BeritaMei 22, 2026
  • Top 5 Motosikal Honda Terbaik Untuk Dibeli Pada Tahun 2026
    BeritaMei 22, 2026
  • 7 Kali Beli Motor di iMotorbike: Kisah Abang Razlan dan Dunia Motorsikalnya
    BeritaMei 8, 2026
  • Peugeot Motocycles Secara Rasmi Memasuki Malaysia Dengan Barisan XP400, Django dan Speedfight
    BeritaMei 7, 2026
  • Ketinggian Bukan Halangan: 5 Motor Terbaik Untuk Rider Rendah
    BeritaMei 8, 2026
  • JPJ Umum Panggilan Semula 430 Motosikal Honda Akibat Isu Keselamatan
    BeritaMei 14, 2026
  • iMotorbike Insurance: Cara Mudah Untuk Perbaharui Insurans Motosikal Anda
    BeritaMei 5, 2026
  • MODENAS lancar Kawasaki Z650S di Malaysia Bike Show 2026
    BeritaJun 3, 2026
  • Honda Perkenal ADV160 2026 di Malaysia Bike Show
    BeritaJun 3, 2026
  • Hakim Danish Sedia Harungi Cabaran Baharu di Grand Prix Hungary
    BeritaJun 3, 2026
  • Hakim Danish Raih Podium Bersejarah Moto3 di Mugello
    BeritaJun 3, 2026
  • Top 5 Motor Suzuki Yang Masih Menjadi Pilihan Rider Malaysia
    BeritaMei 28, 2026
  • Review Triumph Street Triple RS 2017: Motor Track Inline-Three Terbaik
    BeritaMei 26, 2026
  • Qabil Irfan Menyala di Debut Moto4 European Cup di Barcelona
    BeritaMei 26, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Yamaha Y16ZR: Kapcai Paling Premium di Malaysia!
Yamaha R15: Sporty, Power, Tapi Mesra Bajet!
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat