• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor

5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor
Amzar Hazeeq
November 6, 2026

Sebelum bersetuju untuk membeli, kebanyakan buyer akan memeriksa beberapa aspek penting bagi memastikan motosikal yang dipilih betul-betul berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Menjual motor terpakai mungkin nampak senang. Ambil beberapa gambar, letak iklan dan tunggu buyer untuk hubungi korang. Hakikatnya, kebanyakan buyer akan menilai lebih daripada sekadar harga. Mereka nak pastikan motor yang bakal dibeli berada dalam keadaan baik dan berbaloi dengan wang yang akan dibelanjakan.

Sebab itu ada motor yang berjaya dijual dalam masa beberapa hari, dan ada juga yang mengambil masa berminggu-minggu atau berbulan-bulan untuk mendapatkan buyer.

Kalau korang bercadang nak menjual motosikal, memahami perkara yang sering dinilai oleh buyer boleh membantu korang untuk membuat persediaan lebih awal dan meningkatkan keyakinan mereka terhadap motosikal yang nak dibeli.

1. Keadaan Keseluruhan Motosikal

Perkara pertama yang akan menarik perhatian buyer ialah keadaan keseluruhan motosikal. Walaupun motor tersebut bukan model baharu, buyer tetap mengharapkan ia nampak bersih dan dijaga dengan baik. Cat yang masih cantik, body motor yang kemas serta komponen yang lengkap memberi imej bahawa motosikal tersebut telah digunakan dengan cermat.

Sebaliknya, motosikal yang terlalu kotor, ada banyak calar atau komponen yang rosak boleh membuatkan buyer berasa ragu-ragu walaupun enjin masih berada dalam keadaan baik.

Sebelum menjual motosikal, luangkan sedikit masa untuk cuci motosikal, bersihkan rim, mengilatkan beberapa bahagian dan membuang aksesori yang sudah rosak atau tak lagi digunakan. Penampilan yang kemas mampu memberikan tanggapan pertama yang positif.

Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor

2. Rekod Servis dan Maintenance

Ramai buyer akan tanya sama ada motosikal telah diservis secara berkala atau tak. Kalau korang masih menyimpan resit servis atau ada rekod maintenance, ia boleh menjadi satu kelebihan. Rekod ini menunjukkan bahawa motosikal telah dijaga dengan baik dan tak diabaikan.

Sebagai contoh, maklumat seperti penukaran minyak enjin, brake pad, tayar atau rantai dan sprocket memberikan keyakinan bahawa motosikal berada dalam keadaan yang baik dan sedia digunakan. Walaupun tak semua owner menyimpan rekod servis, mempunyai bukti maintenance boleh membantu meningkatkan kepercayaan buyer.

3. Keadaan Enjin dan Prestasi

Bagi kebanyakan pembeli, keadaan enjin lebih penting daripada rupa luaran motosikal. Mereka biasanya akan hidupkan enjin untuk mendengar bunyi, memeriksa sama ada terdapat asap yang luar biasa, kebocoran minyak atau getaran yang tak normal.

Ada juga buyer yang akan minta untuk buat test ride bagi menilai prestasi motosikal. Kalau enjin berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan lancar, peluang untuk motosikal dijual pada harga yang lebih baik juga akan meningkat.

Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor

4. Dokumen dan Status Pemilikan

Pembeli juga akan memastikan semua dokumen berkaitan motosikal lengkap. Antara perkara yang selalu diperiksa ialah geran atau maklumat pendaftaran, status pemilikan, road tax dan insurans. Dokumen yang lengkap memudahkan proses pertukaran hak milik dan memberi keyakinan bahawa urusan jual beli boleh dilakukan tanpa masalah.

Kalau terdapat pinjaman yang masih belum diselesaikan atau dokumen yang tak lengkap, maklumkan perkara tersebut kepada buyer lebih awal untuk mengelakkan sebarang salah faham.

5. Harga Yang Berpatutan

Harga merupakan faktor terakhir yang selalu menentukan sama ada buyer akan meneruskan pembelian atau tidak. Menetapkan harga terlalu tinggi mungkin menyebabkan motosikal susah dijual, manakala harga yang terlalu rendah boleh membuatkan buyer tertanya-tanya sama ada terdapat masalah yang tersembunyi.

Sebaiknya, buat sedikit research mengenai harga pasaran untuk model motosikal yang sama. Dengan meletakkan harga yang realistik berdasarkan keadaan motosikal, korang berpeluang menarik lebih ramai pembeli yang betul-betul berminat.

Kesimpulan

Sebelum membeli motor terpakai, kebanyakan buyer akan menilai keadaan keseluruhan motor, rekod servis, prestasi enjin, dokumen serta harga yang ditawarkan. Dengan membuat sedikit persediaan sebelum menjual, korang bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan buyer, tapi berpeluang untuk jual motor dengan lebih cepat.

Kalau korang nak jual motor tanpa perlu menguruskan terlalu banyak pertanyaan atau proses yang rumit, jual sahaja di iMotorbike. iMotorbike menawarkan cara yang lebih mudah dan selesa untuk menjual motor. Pasukan iMotorbike akan bantu melalui proses penilaian dan jualan, membolehkan korang untuk menjual motor dengan lebih yakin dan mudah. jadi apa tunggu lagi? Jual motor anda dengan iMotorbike hari ini.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliSEOUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
November 6, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliSEOUtama

More in Berita

Evolusi Yamaha LC135: Perbandingan V1 vs V2-V7 vs V8

Amzar HazeeqNovember 26, 2026
Read More

Hakim Danish Bersedia Hadapi Cabaran Terakhir Musim 2026 di GP Valencia

Amzar HazeeqNovember 26, 2026
Read More

Kenapa Cuci Motor Penting (Bukan Sekadar Nak Nampak Cantik)

Amzar HazeeqNovember 25, 2026
Read More

Kenapa KTM Duke Popular Dekat Malaysia?

Amzar HazeeqNovember 24, 2026
Read More

Hakim Danish Jadikan GP Portugal Pengalaman Berharga Menjelang Penutup Musim

Amzar HazeeqNovember 24, 2026
Read More

Suzuki SV-7GX Dilancarkan di Malaysia, Harga Pengenalan RM37,900

Hazique ZairillNovember 24, 2026
Read More

Nuzzul Ady Tutup Musim Cub Prix 2026 Dengan Kemenangan Bergaya di Johor

Amzar HazeeqNovember 23, 2026
Read More

Farid Rangkul Kejuaraan Keseluruhan CP125 2026

Amzar HazeeqNovember 23, 2026
Read More

Azroy Juara CP150 2026, Helmi Tawan Penutup Musim

Amzar HazeeqNovember 23, 2026
Read More

Kenapa Skuter Terus Jadi Pilihan Rider Malaysia

Amzar HazeeqNovember 23, 2026
Read More

Motor Day Sale Terakhir iMotorbike 2026 Tawar Diskaun Sehingga RM5,000

Hazique ZairillNovember 23, 2026
Read More

Empat Pelumba Malaysia Sertai FIM MotoMini World Final 2026 di Valencia

Amzar HazeeqNovember 20, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar
    BeritaNovember 5, 2026
  • RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia
    ARRCNovember 5, 2026
  • Evolusi Yamaha LC135: Perbandingan V1 vs V2-V7 vs V8
    BeritaNovember 26, 2026
  • Hakim Danish Bersedia Hadapi Cabaran Terakhir Musim 2026 di GP Valencia
    BeritaNovember 26, 2026
  • Kenapa Cuci Motor Penting (Bukan Sekadar Nak Nampak Cantik)
    BeritaNovember 25, 2026
  • Kenapa KTM Duke Popular Dekat Malaysia?
    BeritaNovember 24, 2026
  • Hakim Danish Jadikan GP Portugal Pengalaman Berharga Menjelang Penutup Musim
    BeritaNovember 24, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike
Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza