• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula

ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
Hazique Zairill
October 2, 2026

Model sportbike empat silinder ini ditawarkan pada harga RM29,988, manakala 500F dan 820RR dijangka tiba di pasaran tempatan menjelang akhir Oktober.

ZXMOTO 500RR

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Penantiannya kini berakhir apabila ZXMOTO 500RR mula tiba di pengedar-pengedar motosikal di Malaysia, dengan penghantaran unit pertama kepada pelanggan bermula minggu ini.

ZXMOTO Malaysia di bawah MForce Bike Holdings Sdn Bhd memaklumkan bahawa kumpulan pertama 500RR sedang diagihkan secara berperingkat kepada pengedar sah di seluruh negara.

Pelanggan yang telah membuat tempahan boleh menghubungi pengedar masing-masing untuk mendapatkan perkembangan mengenai ketibaan unit serta urusan penyerahan motosikal.

Ditawarkan pada harga RM29,988, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran, ZXMOTO 500RR merupakan versi paling sporty dalam platform empat silinder 470cc ZXMOTO yang diperkenalkan di Malaysia.

Model ini dikuasakan enjin empat silinder sebaris 470cc, penyejukan cecair dan DOHC yang menghasilkan kuasa 84 hp pada 13,500 rpm serta tork maksimum 46 Nm pada 11,500 rpm. Kuasa disalurkan menerusi transmisi enam kelajuan yang dilengkapi klac slipper dan quickshifter dua hala.

ZXMOTO 500RR

Dari segi suspensi, 500RR menggunakan fork upside-down 41mm di hadapan dan monoshock di belakang, selain dilengkapi steering damper. Sistem brek pula terdiri daripada cakera berkembar 300mm di hadapan dengan angkup empat piston serta cakera 220mm di belakang, bersama ABS dwi-saluran.

Turut menyertai 500RR ialah ZXMOTO 500F, versi naked bike bagi platform sama yang ditawarkan pada harga RM28,888. 500F menggunakan enjin empat silinder sebaris 470cc yang sama, namun talaannya menghasilkan 73.4 hp pada 11,000 rpm dan 48 Nm pada 9,500 rpm. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.

Model ini turut dilengkapi fork upside-down, brek cakera berkembar di hadapan, ABS dwi-saluran dan kawalan cengkaman. Ia mempunyai tangki bahan api berkapasiti 15.5 liter, ketinggian tempat duduk 795mm dan berat kerb 175kg.

Sementara itu, model paling berkuasa dalam rangkaian ini ialah ZXMOTO 820RR, yang ditawarkan pada harga RM39,888. Sportbike tersebut menggunakan enjin tiga silinder 818.8cc yang menghasilkan 135 hp pada 12,000 rpm dan tork maksimum 80 Nm pada 9,500 rpm.

820RR dilengkapi transmisi enam kelajuan, klac slipper dan quickshifter dua hala, selain sistem suspensi boleh laras sepenuhnya serta brek cakera berkembar 320mm di hadapan. Dari aspek elektronik, 820RR hadir dengan mod tunggangan, kawalan cengkaman, ABS boleh ditukar, TPMS, cruise control, operasi tanpa kunci, sambungan Bluetooth dan panel meter TFT.

Ketiga-tiga model ini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 13 September yang lalu. Buat masa ini, 500RR merupakan model pertama yang mula diserahkan kepada pelanggan, manakala 500F dan 820RR dijangka tiba di pasaran Malaysia menjelang akhir Oktober.

Ketibaan ketiga-tiga model ini menjadi satu lagi perkembangan penting buat ZXMOTO di Malaysia selepas mendapat perhatian dan sambutan sejak pengenalan jenama tersebut di pasaran tempatan.

ZXMOTO Malaysia turut merakamkan penghargaan kepada semua pelanggan yang telah membuat tempahan serta menunggu dengan sabar sehingga motosikal mereka tiba.

Related Items2026baruberitaIndustriKedai MotormalaysiaMforce Bike Holding Sdn BhdsportbikeUtamaZXMOTOzxmoto500rr
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
October 2, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026baruberitaIndustriKedai MotormalaysiaMforce Bike Holding Sdn BhdsportbikeUtamaZXMOTOzxmoto500rr

More in Berita

Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 

Hazique ZairillNovember 11, 2026
Read More

Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Yamaha NVX 155 SP vs Honda ADV160: Patut Pilih Sporty atau Lebih Praktikal?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Rider Wanita
    BeritaOctober 13, 2026
  • Review Kawasaki KLE500: Selesa Di Jalan Raya, Yakin Di Laluan Off-Road
    BeritaOctober 16, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Penang
    Gaya HidupOctober 19, 2026
  • Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 
    BeritaNovember 11, 2026
  • Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza
    BeritaNovember 6, 2026
  • 5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor
    BeritaNovember 6, 2026
  • Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike
    BeritaNovember 6, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar
    BeritaNovember 5, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Apa Yang Perlu Dibuat Selepas Beli Motor Terpakai?
2027 Kawasaki Ninja 650 Dapat Fork USD dan Brek Dinaik Taraf