• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Motor Kena Banjir, Boleh Claim Insurans Ke? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Motor Kena Banjir, Boleh Claim Insurans Ke? Ini Yang Anda Perlu Tahu
Amzar Hazeeq
October 12, 2026

Motor sangkut banjir? Ketahui sama ada kerosakan tersebut boleh dituntut melalui insurans, jenis perlindungan yang diperlukan dan langkah yang perlu diambil selepas kejadian.

Insurans Motor

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Musim hujan di Malaysia memang tak menentu dan sering membawa risiko banjir, dan antara kenderaan yang paling mudah terjejas ialah motosikal. Sama ada motosikal parking di rumah, di tempat kerja atau tersadai ketika hujan lebat, kerosakan akibat air boleh berlaku dalam sekelip mata.

Apabila perkara ini berlaku, ramai owner motosikal terfikir, insurans akan cover atau tidak kerosakan akibat banjir? Jawapannya ialah bergantung kepada jenis perlindungan insurans yang anda miliki. Tak semua polisi memberikan perlindungan yang sama, jadi penting untuk memahami apa yang dilindungi sebelum sesuatu yang tak diingini berlaku.

Adakah Insurans Motor Melindungi Kerosakan Akibat Banjir?

Secara umum, kalau anda hanya mempunyai Third Party Insurance, kerosakan pada motosikal anda sendiri akibat banjir biasanya tak dilindungi. Insurans jenis ini hanya melindungi kerosakan atau kecederaan yang dialami pihak ketiga sekiranya berlaku kemalangan yang melibatkan anda.

Sebaliknya, jika anda mempunyai insurans komprehensif atau first party, perlindungan mungkin merangkumi kerosakan akibat bencana alam seperti banjir, bergantung kepada terma dan syarat polisi yang anda ambil.

Oleh itu, penting untuk menyemak butiran polisi anda supaya anda tahu jenis perlindungan yang dimiliki dan tak membuat andaian apabila berlaku kecemasan.

Insurans Motor

Jangan Terus Hidupkan Enjin

Kalau motosikal anda telah dinaiki air, elakkan daripada terus hidupkan enjin untuk lihat sama ada ia masih boleh digunakan.

Air yang memasuki ruang enjin boleh menyebabkan kerosakan yang lebih serius jika enjin dihidupkan secara paksa. Dalam sesetengah kes, keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan dalaman yang jauh lebih mahal untuk dibaiki.

Langkah paling selamat ialah mengalihkan motosikal ke kawasan yang lebih tinggi dan mendapatkan pemeriksaan daripada bengkel secepat mungkin.

Ambil Gambar Sebagai Bukti

Jika motor anda benar-benar terjejas akibat banjir dan anda bercadang untuk membuat tuntutan insurans, dokumentasi yang lengkap sangat membantu.

Ambil beberapa keping gambar yang jelas menunjukkan keadaan motosikal, paras air dan kawasan kejadian. Kalau boleh, rakam juga video sebagai bukti tambahan.

Dokumen seperti laporan polis (jika diperlukan), gambar kerosakan dan rekod berkaitan boleh memudahkan proses tuntutan bergantung kepada keperluan syarikat insurans anda.

Insurans Motor

Hubungi Syarikat Insurans Secepat Mungkin

Jangan tunggu lama untuk memaklumkan kejadian kepada syarikat insurans. Setiap syarikat mungkin mempunyai prosedur dan tempoh masa yang berbeza untuk membuat tuntutan.

Menghubungi mereka lebih awal membolehkan anda mengetahui dokumen yang diperlukan serta langkah seterusnya yang perlu diambil. Jika motosikal perlu ditunda, ikut arahan yang diberikan supaya proses tuntutan berjalan dengan lebih lancar.

Bagaimana Nak Kurangkan Risiko Kerosakan Akibat Banjir?

Walaupun banjir tak dapat dielakkan, terdapat beberapa langkah yang boleh membantu mengurangkan risiko kerosakan pada motosikal.

Jika cuaca dijangka buruk, cuba parking motosikal di kawasan yang lebih tinggi atau berbumbung. Elakkan daripada meredah banjir jika anda tak pasti kedalaman air kerana ia bukan sahaja boleh merosakkan enjin, malah membahayakan keselamatan anda.

Selain itu, sentiasa pastikan perlindungan insurans anda masih aktif dan sesuai dengan keperluan semasa. Ramai owner motosikal hanya menyedari had perlindungan mereka selepas sesuatu kejadian telah berlaku.

Kesimpulan

Banjir boleh menyebabkan kerosakan yang serius kepada motosikal, terutamanya kalau air memasuki bahagian enjin atau sistem elektrik. Anda boleh membuat tuntutan insurans bergantung kepada jenis polisi yang dimiliki dan terma perlindungan yang ditawarkan.

Sejak dua menjak ni hujan makin kerap, jadi luangkan sedikit masa untuk menyemak perlindungan insurans motosikal anda. Kalau polisi anda hampir tamat tempoh atau anda ingin renew insurans dengan lebih mudah, iMotorbike Insurance Renewal boleh membantu anda melalui proses pembaharuan yang cepat dan mudah. Dengan perlindungan yang sesuai, anda boleh menunggang dengan lebih tenang walaupun ketika cuaca tak menentu. Layari website iMotorbike Insurance Renewal dan renew insurans anda dengan kami hari ini.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriinsurans motosikalKedai MotorLokalmalaysiaUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
October 12, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriinsurans motosikalKedai MotorLokalmalaysiaUtama

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?