• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Irfan Haykhal Bangkit Raih Kemenangan Emosi di Sepang

Irfan Haykhal Bangkit Raih Kemenangan Emosi di Sepang
Amzar Hazeeq
October 19, 2026

Md Irfan Haykhal Amidi mencuri kemenangan dramatik kelas CP150, menghadiahkan kemenangan kedua musim ini buat TAB SPORTS SCK Honda Racing.

Irfan Haykhal CP150

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Md Irfan Haykhal Amidi menghadiahkan penamat paling dramatik dalam saingan Pusingan 7 Kejuaraan MAM Malaysian Cub Prix 2026 apabila merangkul kemenangan kelas CP150 di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) hasil aksi slipstream yang cukup sempurna di laluan lurus terakhir.

Kemenangan tersebut bukan sahaja menjadi kemenangan kedua Irfan musim ini, malah cukup bermakna buat pelumba TAB SPORTS SCK Honda Racing itu selepas pernah mengalami kecederaan patah kaki di litar yang sama.

Perlumbaan bermula dengan kelebihan memihak kepada rakan sepasukan Irfan, Md Helmi Azman, yang memulakan saingan dari petak utama selepas mencatat masa terpantas 1:20.016 saat dalam sesi Super Pole.

Helmi menguasai perlumbaan pada peringkat awal sebelum dicabar rapat oleh Md Muzakkir Mohamed dari VOGE Racing Team serta Ahmad Darwisy Ahmad Sahir dari Honda Castrol Power1 Yuzy Racing.

Sepanjang perlumbaan, kedudukan pendahulu bertukar tangan beberapa kali apabila barisan pelumba saling berbalas serangan di setiap selekoh. Pada pusingan kelima, Md Haziq Md Fairues dari IDEMITSU Honda YAM Racing mengambil alih pendahuluan selepas mencatat masa 1:18.938 saat, sebelum menerima tekanan hebat daripada pelumba-pelumba PETRONAS SPRINTA Yamaha.

Persaingan semakin memuncak apabila memasuki pusingan terakhir dengan beberapa pelumba masih berpeluang muncul juara. Di laluan lurus terakhir menuju garisan penamat, Haziq dan Muzakkir bertarung sengit bagi merebut kemenangan.

Namun, Irfan yang mengekori rapat kedua-dua pelumba itu menggunakan strategi slipstream dengan sempurna sebelum memintas mereka hanya beberapa meter sebelum garisan penamat.

Irfan menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 14:44.765 saat, hanya 0.030 saat di hadapan Haziq yang mencatat 14:44.795 saat, manakala Muzakkir melengkapkan podium di tempat ketiga dengan masa 14:44.797 saat. Nazirul Izzat Md Bahauddin menamatkan perlumbaan di tempat keempat, manakala Azroy Hakeem Anuar melengkapkan kelompok lima terbaik.

Selepas perlumbaan, Irfan menyifatkan kemenangan di Sepang sebagai detik penebusan yang amat bermakna dalam kariernya. Menurutnya, kejayaan itu hadir selepas melalui tempoh sukar akibat kecederaan patah kaki yang dialami di litar sama, selain aksi kurang memuaskan pada pusingan sebelum ini di LYL International Karting Circuit.

“Syukur Alhamdulillah di atas kemenangan yang amat bermakna ini. Berjaya merangkul kejuaraan di Litar Sepang ini seakan-akan satu rezeki yang tidak ternilai, terutamanya selepas mengalami kecederaan patah kaki di litar yang sama ini.”

“Kemenangan hari ini adalah titik penebusan buat diri saya selepas aksi yang agak mengecewakan di LYL International Karting Circuit pada pusingan yang lalu. Ketika di LYL, saya tidak dapat memacu jentera ke tahap maksimum kerana keadaan fizikal saya yang masih belum pulih sepenuhnya.”

Beliau turut menjelaskan keadaan fizikalnya kini semakin pulih, sekali gus memberinya keyakinan untuk kembali bersaing di kelompok hadapan.

“Untuk pusingan di Sepang ini, tahap pemulihan kaki saya menunjukkan perkembangan yang sangat positif. Ia memberikan saya keyakinan untuk menunggang dengan lebih agresif dan memberikan saingan yang sebenar. Kejayaan ini pastinya mustahil tanpa usaha keras krew pasukan yang berjaya menyediakan pelarasan jentera yang sempurna untuk saya.”

“Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa, adik-beradik, serta semua penyokong yang tidak pernah putus asa menyuntik semangat buat saya saat saya berada di bawah. Saya benar-benar bersyukur,” katanya.

Keputusan Lima Terbaik CP150

  1. Md Irfan Haykhal Amidi (TAB SPORTS SCK Honda Racing) – 14:44.765
  2. Md Haziq Md Fairues (IDEMITSU Honda YAM Racing) – 14:44.795
  3. Md Muzakkir Mohamed (VOGE Racing Team) – 14:44.797
  4. Nazirul Izzat Md Bahauddin (PETRONAS SPRINTA Yamaha Maju Motor) – 14:44.876
  5. Azroy Hakeem Anuar (Honda Castrol Power1 Yuzy Racing) – 14:44.902
Related Items2026baruberitaCp150cubprixGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiasukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
October 19, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaCp150cubprixGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiasukan motorUtama

More in Berita

Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Yamaha NVX 155 SP vs Honda ADV160: Patut Pilih Sporty atau Lebih Praktikal?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More

Boleh Ke Orang Lain Ride Motor Yang Diinsuranskan Atas Nama Kita?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Rider Wanita
    BeritaOctober 13, 2026
  • Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza
    BeritaNovember 6, 2026
  • 5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor
    BeritaNovember 6, 2026
  • Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike
    BeritaNovember 6, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar
    BeritaNovember 5, 2026
  • RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia
    ARRCNovember 5, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Aveta Nova 200 Edisi Terhad Dilancarkan di Malaysia, Harga RM8,788
5 Barang Yang Perlu Ada Dalam Emergency Kit Motosikal