• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Aveta Nova 200 Edisi Terhad Dilancarkan di Malaysia, Harga RM8,788

Aveta Nova 200 Edisi Terhad Dilancarkan di Malaysia, Harga RM8,788
Hazique Zairill
October 19, 2026

Terhad kepada 1,688 unit, skuter edisi khas ini tampil dengan warna Cyber Yellow, rim keemasan dan grafik eksklusif, namun masih mengekalkan enjin serta spesifikasi model Nova 200 standard.

Aveta Nova 200 Edisi Terhad

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Aveta Malaysia memperkenalkan Nova 200 Edisi Terhad untuk pasaran tempatan, bersama-sama model Falcon 180 sempena acara Aveta Mega Gathering 2026 yang berlangsung di Setia City Convention Centre, Setia Alam, Selangor.

Ditawarkan pada harga RM8,788, tidak termasuk insurans, Nova 200 Edisi Terhad ini hanya akan dikeluarkan sebanyak 1,688 unit. Model khas ini menerima beberapa perubahan kosmetik yang membezakannya daripada Nova 200 standard yang dilancarkan pada Jun 2026.

Perubahan paling ketara ialah penggunaan warna kuning Cyber Yellow pada badan motosikal, disertakan grafik khas bertulis Limited Edition dan rim berwarna keemasan. Skuter ini turut menerima reka bentuk pelindung angin hadapan yang berbeza serta lencana khas yang memaparkan nombor pengeluaran bagi setiap unit. Bagaimanapun, lencana tersebut belum dipasang pada motosikal yang dipaparkan dalam gambar pelancaran.

Selain penampilan eksklusif, Nova 200 Edisi Terhad masih mengekalkan reka bentuk praktikal untuk kegunaan harian. Kemasan istimewa ini menjadi nilai tambah kepada peminat model tersebut, khususnya mereka yang mahukan skuter dengan penampilan lebih unik.

Aveta Nova 200 Edisi Terhad

Dari segi prestasi, skuter ini masih menggunakan enjin satu silinder SOHC 183.3cc dengan penyejukan cecair yang dipadankan bersama transmisi automatik CVT. Enjin tersebut menghasilkan kuasa 18hp pada 8,000rpm dan tork maksimum 17.6Nm pada 5,500rpm. Ia turut dilengkapi sistem penghidup elektrik serta tangki bahan api berkapasiti 10 liter.

Nova 200 Edisi Terhad menggunakan rim bersaiz 14 inci yang dipadankan dengan tayar 100/80 di hadapan dan 120/70 di belakang. Sistem suspensi terdiri daripada fork teleskopik di bahagian hadapan serta dua penyerap hentak belakang yang dilengkapi tabung gas.

Sistem membrek pula menggunakan brek cakera pada kedua-dua roda, lengkap dengan sistem brek antikunci (ABS) dwi-saluran untuk membantu meningkatkan keselamatan ketika membrek.

Aveta Nova 200 Edisi Terhad

Bagi kawalan yang lebih baik, skuter ini turut dilengkapi sistem kawalan cengkaman yang boleh dinyahaktifkan melalui butang pada hendal sebelah kiri. Ciri lain termasuk sistem kunci pintar, ruang simpanan di bawah tempat duduk serta ruang simpanan hadapan yang dilengkapi port pengecasan USB-A dan USB-C.

Dari segi reka bentuk, Nova 200 mengekalkan panel badan yang sporty, termasuk perincian pada tempat duduk dan lampu LED. Semua maklumat penting tunggangan dipaparkan menerusi meter digital LCD yang mudah dibaca.

Bagi model Nova 200 standard, tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Neon, Grey dan Blue. Nova 200 Edisi Terhad pula tampil dengan warna Cyber Yellow serta rim keemasan sebagai ciri utama yang membezakannya daripada versi biasa.

Related Items2026avetabaruberitaIndustrimalaysiaNova 200 LEUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
October 19, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026avetabaruberitaIndustrimalaysiaNova 200 LEUtama

More in Berita

Irfan Haykhal Bangkit Raih Kemenangan Emosi di Sepang

Amzar HazeeqOctober 19, 2026
Read More

Op Bersepadu Samseng Jalanan: 945 Saman Dikeluarkan, 111 Motosikal Disita

Amzar HazeeqOctober 19, 2026
Read More

Pelajar Dapat Cuci Motor Percuma di iMotorbike

Hazique ZairillOctober 19, 2026
Read More

Tiga Hari, 1000 Kilometer: Ride Bersama Kawasaki KLE500

Amzar HazeeqOctober 19, 2026
Read More

Kawasaki KLE500 vs Honda NX500: Mana Lebih Berbaloi Untuk Pengembaraan Anda?

Amzar HazeeqOctober 19, 2026
Read More

Apa Yang Berlaku Kalau Lambat Tukar Minyak Enjin?

Amzar HazeeqOctober 19, 2026
Read More

Review Kawasaki KLE500: Selesa Di Jalan Raya, Yakin Di Laluan Off-Road

Amzar HazeeqOctober 16, 2026
Read More

Jualan Clearance Stock di Seluruh Showroom iMotorbike!

Hazique ZairillOctober 15, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Johor

Amzar HazeeqOctober 15, 2026
Read More

Apa Yang Insurans Motor Tak Cover? Ramai Rider Tak Tahu

Amzar HazeeqOctober 15, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Rider Wanita

Amzar HazeeqOctober 13, 2026
Read More

Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?

Hazique ZairillOctober 13, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • 6 Motor Bulanan Bawah RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 22, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Orang Pendek: Lebih Yakin, Lebih Mudah Dikendalikan
    BeritaSeptember 23, 2026
  • 6 Motor Bulanan RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 24, 2026
  • iMotorbike Malaysia Day Clearance Tawar Harga Jackpot
    BeritaSeptember 21, 2026
  • 5 Motor Terbaik Untuk Daily Use di Malaysia
    BeritaSeptember 21, 2026
  • Irfan Haykhal Bangkit Raih Kemenangan Emosi di Sepang
    BeritaOctober 19, 2026
  • Aveta Nova 200 Edisi Terhad Dilancarkan di Malaysia, Harga RM8,788
    BeritaOctober 19, 2026
  • Aveta Falcon 180 Dilancarkan di Malaysia, Harga Bermula RM9,798
    EventOctober 19, 2026
  • Op Bersepadu Samseng Jalanan: 945 Saman Dikeluarkan, 111 Motosikal Disita
    BeritaOctober 19, 2026
  • Pelajar Dapat Cuci Motor Percuma di iMotorbike
    BeritaOctober 19, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Aveta Falcon 180 Dilancarkan di Malaysia, Harga Bermula RM9,798
Irfan Haykhal Bangkit Raih Kemenangan Emosi di Sepang