• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Top 5 Sportbike Kegemaran Rakyat Malaysia

Top 5 Sportbike Kegemaran Rakyat Malaysia
Amzar Hazeeq
September 9, 2026

Design sporty, prestasi mengujakan dan harga yang berpatutan menjadikan lima motosikal ini antara sportbike kegemaran rakyat Malaysia.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Sportbike sentiasa ada tempat istimewa dalam hati peminat motosikal di Malaysia. Dengan design yang agresif, riding position yang sporty serta prestasi yang menyeronokkan, tak hairanlah segmen ini terus menjadi pilihan ramai rider, sama ada untuk kegunaan harian atau ride hujung minggu.

Sekarang terdapat pelbagai pilihan sportbike di pasaran. Setiap model ada karakter tersendiri, sama ada dari segi prestasi, teknologi mahupun harga. Kalau anda sedang cari sportbike pertama atau ingin upgrade daripada motosikal sedia ada, berikut merupakan lima sportbike yang menjadi antara pilihan kegemaran rakyat Malaysia.

1. Yamaha YZF-R15

Yamaha YZF-R15 merupakan antara sportbike paling popular di Malaysia, terutamanya dalam kalangan rider yang baru ingin berjinak-jinak dalam dunia motosikal full fairing. Dengan design yang diinspirasikan daripada Yamaha YZF-R1, motosikal ini tampil sporty dan moden sehingga sukar untuk percaya ia hanya sebuah motosikal 155cc.

Walaupun menggunakan enjin 155cc satu silinder yang menghasilkan 19 hp dan 14.7 Nm tork, prestasinya cukup menyeronokkan untuk kegunaan harian dan ride pada hujung minggu. Digabungkan dengan handling yang lincah, teknologi Variable Valve Actuation (VVA) serta harga yang kompetitif, tak hairanlah YZF-R15 kekal sebagai salah satu sportbike pilihan ramai rakyat Malaysia.

2. Honda CBR250RR

Honda CBR250RR menjadi pilihan ramai rider yang mahukan sebuah sportbike 250cc dengan pakej yang lebih premium. Design motosikal ini yang tajam serta diinspirasikan daripada model supersport Honda yang lebih besar memberikan penampilan yang agresif dan moden. Dikuasakan oleh enjin 250cc parallel-twin yang menghasilkan 42 hp dan 25 Nm tork, motosikal ini mampu berikan kuasa yang mengagumkan untuk membuat anda kagum dengan motosikal ini.

Bukan sahaja tampil menarik, CBR250RR juga hadir dengan pelbagai teknologi seperti Throttle-by-Wire, Quickshifter, Assist & Slipper Clutch, serta beberapa Riding Modes. Dipadankan dengan enjin yang cukup berkuasa dan handling yang mantap, ia merupakan antara sportbike 250cc yang paling diidamkan di Malaysia.

3. Yamaha YZF-R25

Yamaha YZF-R25 dah lama menjadi antara nama besar dalam segmen sportbike 250cc. Dengan gabungan reka bentuk yang sporty, prestasi yang mantap dan ergonomik yang selesa, model ini sering menjadi pilihan mereka yang ingin upgrade daripada motosikal berkapasiti lebih kecil.

Enjin yang digunakan ialah enjin 249cc parallel-twin yang menghasilkan sekitar 35.5 hp dan 22.6 Nm tork, kuasa yang mencukupi untuk ride harian mahupun perjalanan jauh. Selain itu, casis yang ringan dan handling yang mudah menjadikan R25 sebuah motosikal yang menyeronokkan untuk ride di jalan bandar mahupun ketika ingin layan corner.

4. Modenas Ninja 250

Modenas Ninja 250 merupakan antara sportbike yang mempunyai peminat setianya tersendiri. Nama Ninja sememangnya dah lama dikenali dalam dunia permotoran, dan model ini meneruskan reputasi tersebut dengan menawarkan keseimbangan antara prestasi, keselesaan dan juga gayanya tersendiri.

Dikuasakan oleh enjin 249cc Parallel-Twin yang menghasilkan sekitar 37 hp dan 23 Nm tork, cukup responsif serta dilengkapi reka bentuk yang agresif, Ninja 250 mampu memberikan pengalaman ride yang menyeronokkan tanpa terasa terlalu sukar untuk dikendalikan. Ia juga sesuai dijadikan motosikal harian bagi mereka yang inginkan sebuah sportbike yang praktikal.

5. QJMotor SRK250RR

QJMotor SRK250RR semakin mendapat perhatian dalam kalangan peminat motosikal tempatan sejak ia diperkenalkan ke pasaran Malaysia. Dengan design yang tajam dan moden, motosikal ini kelihatan seperti sebuah sportbike berkapasiti lebih besar.

Dikuasakan enjin 249cc dua silinder yang menghasilkan sekitar 25 hp dan 24 Nm tork, SRK250RR menawarkan prestasi yang cukup baik untuk kegunaan harian serta ride santai pada hujung minggu. Dipadankan dengan harga yang kompetitif dan pelbagai ciri moden, ia menjadi pilihan menarik bagi mereka yang ingin memiliki sebuah sportbike bergaya tanpa perlu mengeluarkan bajet yang terlalu tinggi.

Kesimpulan

Setiap motosikal dalam senarai ini mempunyai kelebihan tersendiri. Ada yang menawarkan teknologi premium, ada yang menonjol dari segi prestasi, dan ada juga yang menjadi pilihan kerana mudah dikendalikan dan sesuai untuk rider baharu.

Apa pun pilihan anda, perkara paling penting ialah memilih motosikal yang sesuai dengan keperluan, pengalaman dan bajet masing-masing. Jika anda sedang mencari sportbike idaman, kunjungi showroom iMotorbike hari ini untuk melihat pelbagai pilihan sportbike terpakai berkualiti yang kami ada.

@imotorbike.my

Kalau cakap tentang sportbikes favourite rakyat Malaysia, model ini antara yang paling terbaik! iMotorbike JomNaikMotor Top5 Sportbikes #Malaysia

♬ original sound – iMotorbike MY – iMotorbike MY

Related Items2026baruberitaGaya HidupHondaIndustriKedai MotorLokalmalaysiamodenaspanduan pembeliQJ MotorUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 9, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupHondaIndustriKedai MotorLokalmalaysiamodenaspanduan pembeliQJ MotorUtamayamaha

More in Berita

Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 

Hazique ZairillNovember 11, 2026
Read More

Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Yamaha NVX 155 SP vs Honda ADV160: Patut Pilih Sporty atau Lebih Praktikal?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Rider Wanita
    BeritaOctober 13, 2026
  • Review Kawasaki KLE500: Selesa Di Jalan Raya, Yakin Di Laluan Off-Road
    BeritaOctober 16, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Penang
    Gaya HidupOctober 19, 2026
  • Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 
    BeritaNovember 11, 2026
  • Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza
    BeritaNovember 6, 2026
  • 5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor
    BeritaNovember 6, 2026
  • Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike
    BeritaNovember 6, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar
    BeritaNovember 5, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

7 Tanda Motosikal Anda Perlu Diservis
Jaga Motor, Motor Jaga Kita: Kenapa Pemeriksaan Rutin Sangat Penting