• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Jaga Motor, Motor Jaga Kita: Kenapa Pemeriksaan Rutin Sangat Penting 

Jaga Motor, Motor Jaga Kita: Kenapa Pemeriksaan Rutin Sangat Penting 
Hazique Zairill
September 10, 2026

Dari tekanan angin tayar hingga sistem brek, pemeriksaan rutin bukan sahaja memanjangkan jangka hayat motosikal anda, malah boleh menyelamatkan nyawa di atas jalan raya.

Free Motor Check

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Bagi kebanyakan penunggang motosikal, pemeriksaan biasanya hanya dilakukan apabila mula terasa sesuatu yang tidak kena. Contohnya, brek terasa kurang makan, enjin mengeluarkan bunyi pelik atau tayar mula menunjukkan tanda-tanda haus.

Tetapi sebenarnya, kita tak sepatutnya tunggu sampai masalah muncul baru nak periksa motor.

Sebuah motosikal terdiri daripada pelbagai komponen yang saling bekerja setiap kali kita berada di atas jalan. Daripada tayar dan brek sehinggalah kepada enjin, sistem elektrik dan suspensi, masalah kecil pada salah satu komponen boleh mempengaruhi prestasi dan keselamatan motosikal.

Sebab itu pemeriksaan motosikal secara berkala penting, terutama bagi mereka yang menggunakan motor sebagai kenderaan harian.

Keselamatan Bermula Dengan Motor Yang Baik

Antara sebab utama untuk melakukan pemeriksaan motosikal adalah faktor keselamatan. Tayar yang sudah haus atau mempunyai tekanan angin yang tidak betul boleh menjejaskan cengkaman dan kawalan motosikal. Begitu juga dengan komponen brek yang sudah haus, yang boleh menyebabkan jarak membrek menjadi lebih panjang.

Lampu utama, lampu brek, signal dan komponen elektrik lain juga perlu berada dalam keadaan baik supaya penunggang dapat melihat dan dilihat oleh pengguna jalan raya lain.

Apa yang lebih penting, tidak semua masalah boleh dilihat dengan mudah. Motor mungkin masih boleh dihidupkan dan ditunggang seperti biasa walaupun sesetengah komponennya sudah mula menunjukkan tanda-tanda kerosakan.

Pemeriksaan berkala boleh membantu mengesan perkara ini lebih awal sebelum ia menjadi masalah yang lebih besar.

Kesan Masalah Sebelum Kos Membaiki Jadi Lebih Tinggi

Masalah kecil pada motosikal boleh menjadi lebih serius sekiranya dibiarkan terlalu lama. Contohnya, bunyi enjin yang luar biasa, kebocoran minyak atau cecair, rantai yang sudah haus atau masalah pada sistem brek mungkin kelihatan seperti perkara kecil pada awalnya.

Namun, terus menunggang tanpa mengetahui punca masalah boleh menyebabkan kerosakan pada komponen lain. Dengan melakukan pemeriksaan, penunggang boleh mengetahui bahagian mana yang memerlukan perhatian dan mengambil tindakan lebih awal sebelum kos pembaikan menjadi lebih tinggi.

Motor Lebih Selesa Untuk Ditunggang

Motosikal yang dijaga dengan baik bukan sahaja lebih selamat, tetapi juga memberikan pengalaman tunggangan yang lebih baik. Tayar, brek, suspensi dan sistem drivetrain semuanya memainkan peranan dalam menentukan bagaimana sesebuah motosikal berasa ketika ditunggang.

Apabila komponen ini berada dalam keadaan baik, penunggang juga boleh berasa lebih yakin ketika menunggang, sama ada untuk pergi kerja, perjalanan jauh atau sekadar keluar ride pada hujung minggu.

Pemeriksaan secara berkala juga membantu penunggang memahami keadaan sebenar motosikal, bukannya hanya bergantung kepada apa yang dirasai ketika menunggang.

Penting Jika Nak Beli atau Jual Motor Terpakai

Pemeriksaan motosikal bukan hanya berguna untuk pemilik yang mahu menjaga motor mereka. Ia juga penting ketika membeli atau menjual motosikal terpakai.

Bagi pembeli, pemeriksaan boleh membantu memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai keadaan motosikal sebelum membuat keputusan pembelian.

Bagi penjual pula, mengetahui keadaan sebenar motor boleh membantu mengenal pasti sebarang masalah yang perlu diberi perhatian sebelum motosikal dijual.

Dalam kedua-dua situasi, pemeriksaan motosikal boleh menjadikan proses pembelian atau penjualan lebih jelas dan telus.

Bila Masa Sesuai Untuk Check Motor?

Tak perlu tunggu sampai tiba masa servis besar baru nak periksa motor. Pemeriksaan asas seperti keadaan dan tekanan tayar, brek, lampu, minyak enjin serta keadaan rantai boleh dilakukan secara berkala sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan motosikal.

Pemeriksaan lebih menyeluruh juga amat berguna sekiranya anda mula merasakan sesuatu yang pelik pada motor atau sebelum memulakan perjalanan jauh.

Kalau anda tidak pasti mengenai keadaan motosikal sendiri, pemeriksaan profesional boleh menjadi salah satu cara untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kondisi motor.

Free Motor Check

Nak Tahu Motor Anda Sihat Atau Tidak? Cuba Free Motor Check iMotorbike

Kalau dah lama tak check motor, iMotorbike menawarkan Free Motor Check untuk membantu penunggang mengetahui keadaan motosikal mereka dengan lebih jelas.

Pemeriksaan ini meliputi beberapa bahagian penting termasuk enjin dan sistem elektrik, brek serta tayar, sebelum penunggang menerima laporan pemeriksaan mengenai keadaan motosikal.

Ia merupakan langkah mudah untuk mengetahui sama ada motor anda masih dalam keadaan baik atau terdapat bahagian tertentu yang memerlukan perhatian lanjut. Jadi, jangan tunggu masalah kecil menjadi masalah besar.

Nak tahu motor anda sihat atau tidak? Buat pemeriksaan melalui Free Motor Check iMotorbike dan dapatkan gambaran lebih jelas mengenai keadaan motosikal anda.

Book Free Motor Check iMotorbike Sekarang!

Check motor. Ride dengan lebih yakin. Ingat Motor, Ingat iMotorbike. 🏍️

Related Items2026baruberitaimotorbikeIndustriKedai MotormalaysiamotosikalUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 10, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026baruberitaimotorbikeIndustriKedai MotormalaysiamotosikalUtama

More in Berita

Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 

Hazique ZairillNovember 11, 2026
Read More

Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Yamaha NVX 155 SP vs Honda ADV160: Patut Pilih Sporty atau Lebih Praktikal?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Rider Wanita
    BeritaOctober 13, 2026
  • Review Kawasaki KLE500: Selesa Di Jalan Raya, Yakin Di Laluan Off-Road
    BeritaOctober 16, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Penang
    Gaya HidupOctober 19, 2026
  • Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 
    BeritaNovember 11, 2026
  • Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza
    BeritaNovember 6, 2026
  • 5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor
    BeritaNovember 6, 2026
  • Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike
    BeritaNovember 6, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar
    BeritaNovember 5, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Top 5 Sportbike Kegemaran Rakyat Malaysia
ZXMOTO 500RR vs CFMOTO 500SR VOOM: Pertarungan Sportbike 500cc 4-Dapur