• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

7 Tanda Motosikal Anda Perlu Diservis

7 Tanda Motosikal Anda Perlu Diservis
Amzar Hazeeq
September 8, 2026

Mengabaikan tanda-tanda kecil boleh menyebabkan reapir yang lebih besar dan lebih mahal. Berikut adalah tujuh tanda motosikal anda mungkin perlu diservis.

servis motosikal

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Servis berkala adalah salah satu cara terbaik untuk memastikan motosikal anda berjalan lancar dan selamat. Walau bagaimanapun, segelintir rider hanya menghantar motosikal mereka ke bengkel apabila berlaku masalah. Ada juga yang tangguhkan servis mereka selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Pada masa itu, apa yang sepatutnya menjadi servis mudah mungkin telah menjadi repair yang lebih serius dan mahal.

Terdapat tanda-tanda amaran awal yang boleh anda perhatikan apabila motosikal anda memerlukan perhatian. Mengetahui apa yang perlu diberi perhatian dapat membantu anda mengenal pasti masalah lebih awal, meningkatkan prestasi motosikal anda, dan juga mencegah kerosakan yang tak dijangka. Berikut adalah tujuh tanda bahawa sudah tiba masanya untuk memberi perhatian tambahan kepada motosikal anda.

1. Enjin Tak Rasa Berkuasa

Adakah motosikal anda mula terasa perlahan atau kurang berkuasa? Mungkin ia tidak memecut selancar dahulu, atau throttle response terasa lebih perlahan daripada biasa. Ini adalah salah satu tanda biasa yang menunjukkan bahawa sesuatu tidak berfungsi dengan betul.

Kehilangan kuasa boleh disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk minyak enjin lama, penapis udara kotor, spark plug lama, atau masalah sistem bahan api. Walaupun masalahnya mungkin kelihatan kecil pada mulanya, membiarkannya tanpa pengawasan boleh menjejaskan prestasi dan kecekapan bahan api. Kalau motosikal anda tak terasa responsif, seeloknya untuk memeriksa masalah tersebut.

2. Anda Mendengar Bunyi Enjin yang Luar Biasa

Apabila bahagian tertentu tak berfungsi seperti yang sepatutnya, ia akan menghasilkan bunyinya sendiri, jadi rider yang berpengalaman boleh tahu apabila ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda tiba-tiba terdengar bunyi ketukan, gegaran, bunyi tick atau bergesel, jangan ia akan hilang secara tiba-tiba.

Bunyi yang luar biasa boleh menunjukkan terdapat komponen yang haus, bahagian yang longgar atau masalah mekanikal yang memerlukan perhatian. Mengesan masalah ini lebih awal boleh mencegah kerosakan selanjutnya dan menyelamatkan anda daripada kos repair yang lebih mahal di kemudian hari.

servis motosikal

3. Motosikal Anda Susah Nak Start

Jika motosikal anda perlu beberapa cubaan untuk dihidupkan, susah untuk idle atau mati selepas dihidupkan, ia sebuah tanda yang anda tak boleh abaikan.

Bateri yang lemah, spark plug haus, sistem bahan api tersumbat atau masalah elektrik hanyalah beberapa kemungkinan penyebabnya. Daripada berulang kali cuba menghidupkan motosikal dan berpotensi menghauskan komponen lain dengan lebih teruk, lebih baik untuk mengenal pasti masalah tersebut sebelum ia menyebabkan anda terkandas di tepi jalan.

4. Brek Tak Berfungsi Dengan Baik

Brek anda merupakan salah satu ciri keselamatan yang paling penting pada motosikal anda, jadi sebarang perubahan dalam prestasi brek tak boleh diabaikan kerana ia boleh menimbulkan risiko keselamatan semasa menunggang.

Jika braek lever terasa terlalu lembut, anda terdengar bunyi berdecit atau bergesel, atau motosikal anda ambil masa lebih lama untuk berhenti, sudah tiba masanya untuk periksa sistem brek. Brake pad yang haus, minyak brek yang kotor atau komponen brek lain yang tak berfungsi dengan betul mungkin menjadi puncanya. Servis berkala membantu untuk pastikan sistem brek anda kekal dalam keadaan baik dan berfungsi apabila anda memerlukannya.

5. Anda Perasan Asap Luar Biasa Dari Ekzos

Sedikit asap ekzos mungkin normal dalam keadaan tertentu, tetapi asap yang berlebihan atau luar biasa harus sentiasa diperiksa.

Sama ada asap warna putih, biru, atau hitam, ia mungkin merupakan petanda bahawa terdapat masalah dengan enjin atau sistem bahan api. Terus menunggang tanpa menangani masalah tersebut boleh menyebabkan kerosakan enjin yang lebih serius. Jika anda melihat sebarang asap luar biasa yang anda tak pernah lihat sebelum ini keluar dari motosikal anda, lebih baik untuk periksa masalah tersebut secepat mungkin.

6. Terdapat Tanda-tanda Kebocoran Cecair

Setiap kali anda parking motosikal anda, lihat di bawah motosikal. Jika anda nampak kesan minyak atau cecair lain menitis ke atas tanah, jangan abaikannya.

Kebocoran cecair boleh datang daripada minyak enjin, minyak brek, coolant (untuk motosikal berpenyejukan cecair), atau komponen lain. Kebocoran kecil pun boleh menjadi isu yang lebih besar jika dibiarkan tanpa kawalan. Mengenal pasti dan membaiki kebocoran lebih awal dapat membantu mencegah kerosakan selanjutnya dan memastikan motosikal anda berjalan dengan selamat.

7. Anda Telah Mencapai Service Interval yang Disyorkan

kadang-kadang, motosikal anda mungkin tak menunjukkan sebarang simptom yang jelas langsung, tetapi itu tak bermakna servis tak diperlukan. Setiap pengeluar telah mengesyorkan service interval berdasarkan mileage atau masa. Anda biasanya boleh cari maklumat ini dalam ower’s manual.

Pematuhan jadual ini membantu memastikan tugas maintenance penting seperti menukar minyak enjin, memeriksa brek, memeriksa rantai, menggantikan penapis dan mengetatkan komponen penting dijalankan sebelum masalah mula berlaku.

Mematuhi jadual servis yang disyorkan adalah salah satu cara paling mudah untuk memanjangkan jangka hayat motosikal anda dan mengurangkan risiko repair yang tak dijangka.

Kesimpulan

Motosikal anda sering memberi tanda-tanda amaran kecil sebelum masalah besar berlaku. Sama ada bunyi enjin yang luar biasa, prestasi brek yang lemah, kesukaran untuk menghidupkannya atau sekadar mencapai service interval yang disyorkan, bertindak lebih awal dapat menjimatkan masa dan wang anda. Servis berkala bukan sahaja membantu mengekalkan prestasi motosikal anda tetapi juga meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan setiap kali anda menunggang.

Jika anda perasan mana-mana tanda amaran ini atau motosikal anda dah sampai masa untuk servis seterusnya, iMotorbike Express Service sedia membantu. Juruteknik berpengalaman kami boleh membantu memeriksa motosikal anda, kenal pasti sebarang masalah dan melakukan maintenance yang diperlukan untuk memastikan motosikal anda berjalan dengan cekap. Jangan tunggu sehingga masalah kecil menjadi repair yang mahal, tempah slot hari ini dan servis motosikal anda dengan iMotorbike.

Related Items2026baruberitaGaya HidupiM Express ServiceIndustriKedai MotorLokalmalaysiaUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 8, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupiM Express ServiceIndustriKedai MotorLokalmalaysiaUtama

More in Berita

Motor Kena Banjir, Boleh Claim Insurans Ke? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 12, 2026
Read More

Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888

Hazique ZairillOctober 12, 2026
Read More

Azroy Hakeem Kuasai Perlumbaan Malam Cub Prix, Rangkul Kemenangan CP150

Amzar HazeeqOctober 12, 2026
Read More

MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual

Hazique ZairillOctober 12, 2026
Read More

Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Hakim Danish Sedia Bangkit di GP Indonesia

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Pelumba Moto4 Negara Sasar Kebangkitan di Mandalika

Amzar HazeeqOctober 8, 2026
Read More

[PENANG] Review Yamaha NMAX 155: Pilihan Skuter Harian Terbaik 

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[PENANG] Review Brixton BX150: Gaya Retro Klasik Untuk Kegunaan Harian

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[JOHOR] SYM Husky 150 Review: Gaya Adventure Dengan Keselesaan Harian

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

[JOHOR] Yamaha YZF-R15 Review: Sportbike Kecil Dengan Jiwa Besar

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO Rasmi Masuki Pasaran Malaysia Dengan Tiga Model Baharu
    BeritaSeptember 15, 2026
  • 6 Motor Bulanan Bawah RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 22, 2026
  • 4 Tanda Motor Korang Dah Sampai Masa Tukar Minyak Hitam
    BeritaSeptember 15, 2026
  • 5 Motor Untuk Kerja Jauh di iMotorbike
    BeritaSeptember 15, 2026
  • 5 Motosikal Mampu Milik Untuk Fresh Graduates
    BeritaSeptember 13, 2026
  • Motor Kena Banjir, Boleh Claim Insurans Ke? Ini Yang Anda Perlu Tahu
    BeritaOctober 12, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • Azroy Hakeem Kuasai Perlumbaan Malam Cub Prix, Rangkul Kemenangan CP150
    BeritaOctober 12, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden
    BeritaOctober 9, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Nak Jual Motor? iMotorbike Tawarkan Proses Mudah, Selamat dan Cepat
Top 5 Sportbike Kegemaran Rakyat Malaysia