• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

JPJ Cadang Peserta RXZ Members Kemuka Maklumat Lesen dan Lesen Kenderaan

JPJ Cadang Peserta RXZ Members Kemuka Maklumat Lesen dan Lesen Kenderaan
Hazique Zairill
August 14, 2026

Peserta RXZ Members dicadangkan menyerahkan lesen memandu dan kenderaan semasa mendaftar demi keselamatan dan pematuhan undang-undang.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mencadangkan supaya penganjur RXZ Members memperketatkan proses pendaftaran peserta dengan mewajibkan mereka mengemukakan maklumat lesen memandu dan lesen kenderaan.

Menurut Berita RTM, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata cadangan itu dikemukakan kepada pihak penganjur dalam sesi libat urus pada 12 Ogos lalu sebagai usaha menambah baik aspek keselamatan dan pematuhan undang-undang sepanjang penganjuran himpunan permotoran berkenaan.

“Penganjur tiada halangan dengan cadangan yang telah dikemukakan oleh JPJ. Malah, penganjur turut menyatakan komitmen untuk melaksanakannya.

“Sebahagian cadangan itu juga telah dikuatkuasakan dalam penganjuran sebelum ini namun ada segelintir peserta berdegil tidak mematuhinya sehingga mencemarkan imej program,” katanya.

Menurut Aedy Fadly, penambahbaikan proses pendaftaran itu penting bagi memastikan peserta RXZ Members mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.

Langkah tersebut juga dilihat dapat membantu pihak penganjur dan pihak berkuasa mengurus aspek keselamatan dengan lebih berkesan sepanjang program berlangsung. Beliau berkata demikian selepas sesi libat urus media bersama pengurusan tertinggi JPJ.

Sesi berkenaan merupakan sebahagian daripada pendekatan JPJ secara berperingkat untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran orang ramai terhadap peraturan jalan raya sebelum tindakan penguatkuasaan lebih tegas diambil.

Cadangan tersebut hadir selepas penganjuran RXZ Members 8.0 yang mencatatkan kehadiran lebih 200,000 peserta di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, baru-baru ini, menjadikannya edisi terbesar sejak acara itu diperkenalkan pada 2017.

Dengan jumlah kehadiran yang besar, penambahbaikan proses pendaftaran dan pemantauan peserta dijangka menjadi antara aspek penting dalam memastikan keselamatan serta pematuhan undang-undang pada penganjuran RXZ Members akan datang.

Related Items2026baruberitajpjlesenpdrmRXZRXZ MeUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
August 14, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026baruberitajpjlesenpdrmRXZRXZ MeUtamayamaha

More in Berita

Kenapa KTM Duke Popular Dekat Malaysia?

Amzar HazeeqNovember 24, 2026
Read More

Hakim Danish Jadikan GP Portugal Pengalaman Berharga Menjelang Penutup Musim

Amzar HazeeqNovember 24, 2026
Read More

Suzuki SV-7GX Dilancarkan di Malaysia, Harga Pengenalan RM37,900

Hazique ZairillNovember 24, 2026
Read More

Nuzzul Ady Tutup Musim Cub Prix 2026 Dengan Kemenangan Bergaya di Johor

Amzar HazeeqNovember 23, 2026
Read More

Farid Rangkul Kejuaraan Keseluruhan CP125 2026

Amzar HazeeqNovember 23, 2026
Read More

Azroy Juara CP150 2026, Helmi Tawan Penutup Musim

Amzar HazeeqNovember 23, 2026
Read More

Kenapa Skuter Terus Jadi Pilihan Rider Malaysia

Amzar HazeeqNovember 23, 2026
Read More

Motor Day Sale Terakhir iMotorbike 2026 Tawar Diskaun Sehingga RM5,000

Hazique ZairillNovember 23, 2026
Read More

Empat Pelumba Malaysia Sertai FIM MotoMini World Final 2026 di Valencia

Amzar HazeeqNovember 20, 2026
Read More

Kenapa Motor Ada ABS dan Ada Yang Tiada?

Amzar HazeeqNovember 20, 2026
Read More

ZXMOTO 820RR vs Triumph Street Triple 798: Perang Tiga Silinder

Amzar HazeeqNovember 20, 2026
Read More

Cara Kenal Pasti Motor Banjir Sebelum Anda Membeli

Amzar HazeeqNovember 19, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000
    BeritaOctober 26, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • Kenapa KTM Duke Popular Dekat Malaysia?
    BeritaNovember 24, 2026
  • Hakim Danish Jadikan GP Portugal Pengalaman Berharga Menjelang Penutup Musim
    BeritaNovember 24, 2026
  • Suzuki SV-7GX Dilancarkan di Malaysia, Harga Pengenalan RM37,900
    BeritaNovember 24, 2026
  • Nuzzul Ady Tutup Musim Cub Prix 2026 Dengan Kemenangan Bergaya di Johor
    BeritaNovember 23, 2026
  • Farid Rangkul Kejuaraan Keseluruhan CP125 2026
    BeritaNovember 23, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Aveta Vanguard 250 vs Modenas Elegan 250 EX: Buatan Malaysia, Pengalaman Menunggang Berbeza
Review Modenas Pulsar NS200 2022: Motosikal Naked Peringkat Permulaan Mampu Milik