• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Qabil Irfan Sasar Kebangkitan di Jerez, Bidik Podium Sulung Moto4 European Cup 2026

Qabil Irfan Sasar Kebangkitan di Jerez, Bidik Podium Sulung Moto4 European Cup 2026
Amzar Hazeeq
July 2, 2026

Pelumba SIC-GRYD Racing mahu manfaatkan rekod cemerlang di Litar Jerez untuk mengutip mata maksimum pada Pusingan 3 Moto4 European Cup.

Qabil Irfan Moto4 European Cup

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Pelumba muda negara, Qabil Irfan Azlan, bertekad menjadikan Litar Jerez sebagai titik kebangkitan apabila mengharungi Pusingan 3 Moto4 European Cup 2026 yang berlangsung dari 3 hingga 5 Julai di Sepanyol.

Mewakili pasukan SIC-GRYD Racing, Qabil hadir dengan semangat tinggi selepas mempamerkan prestasi memberangsangkan pada pusingan lalu di Estoril. Walaupun berdepan cabaran sepanjang perlumbaan, beliau berjaya bangkit menamatkan Perlumbaan 2 di tempat keempat, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam perebutan kelompok hadapan kejuaraan.

Ketika ini, Qabil menghuni tangga keenam keseluruhan dengan kutipan 26 mata, hanya empat mata di belakang kelompok lima terbaik. Dengan jurang yang masih rapat, beliau berazam mengutip mata maksimum di Jerez dan memburu kemenangan pertama musim ini.

Qabil Irfan Moto4 European Cup

Rekod cemerlang di Jerez tingkatkan keyakinan

Litar Jerez bukanlah venue asing buat Qabil. Pelumba berusia muda itu pernah melakar kejayaan membanggakan di litar berkenaan ketika saingan ESBK Talent Cup 2025.

Qabil membuka kempen musim tersebut dengan kemenangan pada perlumbaan pembukaan di Jerez sebelum menutup musim dengan satu lagi keputusan podium apabila menamatkan perlumbaan terakhir di tempat ketiga. Prestasi konsisten itu akhirnya membantu beliau muncul juara keseluruhan ESBK Talent Cup.

Rekod cemerlang itu dijangka menjadi suntikan motivasi tambahan menjelang perlumbaan hujung minggu ini, walaupun Qabil mengakui persaingan dalam Moto4 European Cup jauh lebih sengit dengan penyertaan pelumba-pelumba terbaik Eropah.

Sepanjang dua pusingan awal musim ini, Qabil telah membuktikan kemampuannya untuk bersaing dalam kelompok hadapan dan beberapa kali berada dalam kedudukan terbaik bagi merebut podium sebelum dinafikan oleh insiden perlumbaan.

Pasukan fokus kepada tetapan jentera terbaik

Sebagai persediaan menghadapi aksi di Jerez, pasukan SIC-GRYD Racing telah melakukan analisis menyeluruh terhadap data daripada pusingan terdahulu bagi mendapatkan tetapan jentera yang lebih kompetitif sejak sesi latihan bebas lagi.

Matlamat utama pasukan adalah memastikan Qabil mampu mengutip mata maksimum dan merapatkan jurang dengan kelompok pendahulu kejuaraan.

Qabil Irfan Moto4 European Cup

Qabil: Jerez sentiasa beri keyakinan kepada saya

Menurut Qabil, pengalaman manis di Jerez memberikan keyakinan tambahan untuk menghadapi cabaran kali ini.

“Saya sangat teruja untuk kembali beraksi di Jerez kerana litar ini amat serasi dengan gaya tunggangan saya. Tahun lalu, saya berjaya memenangi perlumbaan pembukaan ESBK Talent Cup di sini dan menamatkan musim di podium sebelum dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Rekod tersebut memberikan keyakinan kepada saya.

“Bagaimanapun, saya sedar cabaran kali ini berbeza memandangkan tahap persaingan yang lebih sengit. Saya bersama pasukan telah menilai semula prestasi di Estoril dan mengenal pasti beberapa aspek teknikal yang perlu diperbaiki menjelang perlumbaan hujung minggu ini.

“Fokus saya adalah untuk memberikan prestasi terbaik bermula sesi latihan bebas lagi bagi memastikan kami memperoleh tetapan jentera yang tepat sebelum sesi kelayakan.

“Sasaran saya adalah untuk terus konsisten dalam kelompok hadapan, mengutip mata maksimum dan jika berpeluang, saya mahu mencabar kedudukan podium buat kali pertama musim ini.

“Terima kasih kepada seluruh penaja, pasukan SIC-GRYD Racing, keluarga dan para penyokong yang sentiasa berada di belakang saya.”

Zulfahmi yakin Qabil mampu cabar kelompok hadapan

Pengurus Pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, percaya pengalaman dan rekod cemerlang Qabil di Jerez mampu menjadi kelebihan untuk menghadapi Pusingan 3.

“Litar Jerez merupakan antara litar kegemaran Qabil dan dia sentiasa menunjukkan kelajuan yang kompetitif di sini. Jika kita lihat prestasinya dalam dua pusingan sebelum ini, dia membuktikan keupayaan untuk mencabar kelompok juara, termasuk ketika berada di kedudukan kedua di Estoril sebelum terjatuh.

“Rekod Qabil di Jerez juga sangat memberangsangkan dengan memenangi perlumbaan dan meraih podium musim lalu. Pengalaman tersebut menjadi aset penting untuk meningkatkan tahap keyakinannya menghadapi pusingan kali ini.

“Saya optimis Qabil mampu muncul antara pencabar utama di Jerez. Pihak pasukan telah berbincang untuk melakukan beberapa penambahbaikan pada jentera dan segala persiapan berjalan mengikut perancangan.

“Qabil kini berada pada tahap kesediaan terbaik untuk menghadapi cabaran ini. Sama-sama kita doakan agar Qabil mampu meraih keputusan yang bermakna minggu ini.

“Selepas tugasan di Jerez, beliau akan terus berada di Sepanyol untuk menjalani latihan intensif sebagai persediaan menghadapi pusingan seterusnya di Magny Cours.”

Dengan keyakinan yang semakin meningkat serta rekod cemerlang di Jerez, Qabil Irfan dilihat mempunyai peluang terbaik untuk menghadiahkan podium sulungnya dalam saingan Moto4 European Cup 2026. Keputusan positif di Sepanyol bukan sahaja mampu meningkatkan kedudukan dalam carta kejuaraan, malah menjadi pemangkin penting menjelang baki saingan musim ini.

Related Items2026baruberitaIndustriKedai MotorLokalmalaysiaMoto 4moto4motogpsukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
July 2, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaIndustriKedai MotorLokalmalaysiaMoto 4moto4motogpsukan motorUtama

More in Berita

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Yamaha NVX 155 SP vs Honda ADV160: Patut Pilih Sporty atau Lebih Praktikal?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More

Boleh Ke Orang Lain Ride Motor Yang Diinsuranskan Atas Nama Kita?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More

iMotorbike Lancar Kempen MT-15 Town Champ Tawar Lebih 20 Motosikal

Hazique ZairillNovember 3, 2026
Read More

Kempen Trade & Upgrade iMotorbike Tawar Diskaun Sehingga RM3,000!

Hazique ZairillNovember 3, 2026
Read More

Mesh vs Leather Riding Jackets: Mana Yang Lebih Baik?

Amzar HazeeqNovember 2, 2026
Read More

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • [PENANG] Review Brixton BX150: Gaya Retro Klasik Untuk Kegunaan Harian
    BeritaOctober 7, 2026
  • Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden
    BeritaOctober 9, 2026
  • Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?
    BeritaNovember 5, 2026
  • Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini
    BeritaNovember 5, 2026
  • Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155
    BeritaNovember 4, 2026
  • Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat
    BeritaNovember 4, 2026
  • Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298
    BeritaNovember 4, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

3 Tips Jual atau Trade-In Motosikal Belum Habis Bayar Dengan Mudah
Promo Hangat Minggu Ini: Julai Minggu Pertama