• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

3 Tips Jual atau Trade-In Motosikal Belum Habis Bayar Dengan Mudah

3 Tips Jual atau Trade-In Motosikal Belum Habis Bayar Dengan Mudah
Hazique Zairill
July 2, 2026

Ketahui cara semak baki pinjaman, nilai pasaran dan kira kos sebenar sebelum menjual atau trade-in motosikal anda. 

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Menjual atau trade-in motosikal yang masih belum habis bayar bukan lagi sesuatu yang rumit jika anda memahami prosedur yang betul. Sama ada anda ingin menaik taraf kepada motosikal baharu, mengurangkan komitmen bulanan, atau menjual motosikal yang jarang digunakan, terdapat beberapa perkara penting yang perlu diketahui sebelum membuat keputusan. 

Ramai pemilik motosikal beranggapan motosikal yang masih mempunyai baki pinjaman tidak boleh dijual. Hakikatnya, ia masih boleh dijual atau ditukar beli, asalkan proses penyelesaian pinjaman dilakukan dengan betul.

Berikut merupakan tiga perkara utama yang perlu anda lakukan sebelum menjual atau trade-in motosikal yang masih dalam pembiayaan.

  1. Semak Jumlah Full Settlement Pinjaman

Langkah pertama ialah mengetahui jumlah full settlement atau penyelesaian penuh pinjaman motosikal anda.

Anda boleh mendapatkan maklumat ini terus daripada pihak bank atau institusi kewangan yang membiayai pinjaman anda. Sesetengah bank juga menyediakan kalkulator penyelesaian pinjaman untuk membantu pemilik mengetahui baki semasa.

Jumlah ini penting kerana pinjaman perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum hak milik motosikal boleh dipindahkan kepada pembeli baharu atau dealer.

Namun begitu, anda juga perlu mengambil kira kemungkinan caj penalti sekiranya membuat penyelesaian awal. Sesetengah pinjaman mempunyai tempoh lock-in, di mana bank akan mengenakan penalti jika pinjaman diselesaikan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan.

  1. Ketahui Harga Pasaran Motosikal Anda

Selepas mengetahui baki pinjaman, langkah seterusnya ialah mendapatkan anggaran harga pasaran motosikal anda.

Nilai sesebuah motosikal bergantung kepada beberapa faktor seperti tahun pembuatan, keadaan fizikal, rekod penyelenggaraan, jarak perbatuan, serta keadaan enjin dan komponen lain.

Anda boleh mendapatkan anggaran harga melalui dealer motosikal terpakai atau menggunakan platform jual beli motosikal dalam talian. Untuk mendapatkan nilai yang lebih tepat, motosikal biasanya akan melalui pemeriksaan fizikal terlebih dahulu.

Selain itu, memastikan motosikal sentiasa diservis mengikut jadual, menyimpan rekod penyelenggaraan serta menjaga keadaan luaran motosikal juga boleh membantu meningkatkan nilai jualan.

  1. Fahami Cara Pengiraan Trade-In

Selepas mengetahui baki pinjaman dan harga pasaran motosikal, anda boleh membuat pengiraan sama ada perlu menambah wang sendiri atau menerima lebihan hasil jualan.

Jika harga yang ditawarkan lebih rendah daripada baki full settlement, anda perlu menambah wang untuk melangsaikan baki pinjaman.

Sebaliknya, jika nilai motosikal lebih tinggi daripada baki pinjaman, lebihan tersebut boleh diterima secara tunai atau digunakan sebagai bayaran pendahuluan bagi motosikal baharu.

Sebagai contoh, jika baki pinjaman motosikal ialah RM10,000 tetapi dealer hanya menawarkan RM8,000, anda perlu menambah RM2,000 untuk menyelesaikan pinjaman.

Jika situasinya terbalik dan baki pinjaman hanya RM8,000 manakala motosikal dinilai RM10,000, lebihan RM2,000 itu boleh digunakan sebagai deposit motosikal baharu atau diterima semula sebagai baki tambahan (Extra cash) selepas urusan selesai.

Pilih Platform Yang Dipercayai

Kini terdapat pelbagai platform dalam talian yang menawarkan perkhidmatan jual beli serta trade-in motosikal bagi memudahkan pemilik menguruskan proses tersebut.

Memilih platform yang menawarkan pemeriksaan profesional, penilaian telus dan bantuan menguruskan penyelesaian pinjaman boleh menjadikan keseluruhan proses lebih mudah, cepat dan selamat.

Dengan membuat semakan baki pinjaman, mengetahui nilai pasaran motosikal serta memahami cara pengiraan trade-in, anda boleh mengelakkan kerugian dan membuat keputusan yang lebih bijak sebelum menjual motosikal anda.

Jika anda sedang merancang untuk menjual, trade-in atau membeli motosikal terpakai berkualiti, kunjungi iMotorbike. Dengan pelbagai pilihan motosikal pelbagai jenama, proses pemeriksaan yang teliti, pilihan pembiayaan serta jaminan untuk model terpilih, iMotorbike menawarkan pengalaman membeli dan menjual motosikal yang lebih mudah, selamat dan diyakini. Layari laman web atau kunjungi bilik pameran iMotorbike berhampiran untuk mengetahui tawaran terkini.

Related Items2026baruberitaimotorbikejual motorjual motosikalmalaysiatrade-inTUkar Hak MilikUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
July 2, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026baruberitaimotorbikejual motorjual motosikalmalaysiatrade-inTUkar Hak MilikUtama

More in Berita

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Yamaha NVX 155 SP vs Honda ADV160: Patut Pilih Sporty atau Lebih Praktikal?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More

Boleh Ke Orang Lain Ride Motor Yang Diinsuranskan Atas Nama Kita?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More

iMotorbike Lancar Kempen MT-15 Town Champ Tawar Lebih 20 Motosikal

Hazique ZairillNovember 3, 2026
Read More

Kempen Trade & Upgrade iMotorbike Tawar Diskaun Sehingga RM3,000!

Hazique ZairillNovember 3, 2026
Read More

Mesh vs Leather Riding Jackets: Mana Yang Lebih Baik?

Amzar HazeeqNovember 2, 2026
Read More

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • [PENANG] Review Brixton BX150: Gaya Retro Klasik Untuk Kegunaan Harian
    BeritaOctober 7, 2026
  • Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?
    BeritaNovember 5, 2026
  • Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini
    BeritaNovember 5, 2026
  • Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155
    BeritaNovember 4, 2026
  • Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat
    BeritaNovember 4, 2026
  • Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298
    BeritaNovember 4, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

6 Motor Naked Terbaik Untuk Dibeli Pada Julai 2026
Qabil Irfan Sasar Kebangkitan di Jerez, Bidik Podium Sulung Moto4 European Cup 2026