• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

SYM VF3i 185 vs SYM VFE 185i – Siapa Raja Sebenar Kapcai 185cc Malaysia?

SYM VF3i 185 vs SYM VFE 185i – Siapa Raja Sebenar Kapcai 185cc Malaysia?
Amzar Hazeeq
October 9, 2025

Dua jentera dari SYM yang nampak serupa atas kertas, tetapi lain reka bentuk dan karekter atas jalan. Mana satu lagi berbaloi untuk korang?

Langgan saluran Telegram kami untuk berita dan info terkini!

Dalam dunia kapcai berkapasiti engine yang cc nya tinggi, nama SYM VF3i 185 memang dah lama jadi sebutan dan dikenali sebagai antara underbone paling powerful di Malaysia. Tapi kini, muncul pula SYM VFE 185i, model baru yang tampil dengan gaya lebih moden dan teknologi lebih modern juga dari pengedar utamanya MForce Bike Holdings Sdn Bhd. Kedua-duanya dari keluarga yang sama, tapi persoalannya, yang mana satu lagi best and berbaloi untuk korang pilih tahun ni?

SYM VFEi

Reka Bentuk & Gaya

Kalau nak bandingkan dari segi rupa, VF3i 185 kekal dengan rupa agresif dan bulk yang dah jadi trademark dari dulu lagi. Ia ada gaya “super moped” yang lebih besar dan maskulin yang buat motosikal ni sesuai untuk mereka yang suka rupa garang, tambah lagi dengan tayarnya yang size besar.

Sementara itu, SYM VFE 185i nampak jauh lebih moden. Dengan lampu LED penuh, rekaan tajam dan garisan body yang kemas, ia dapat bagi vibe futuristik macam sportbike kecil. Dengan berat 135kg dan posisi tunggangan sedikit sporty, jelas bahawa VFEi cuba untuk memikat penguna generasi muda yang mahukan motosikal gaya urban dan moden. Tetapi kedudukan baterry, tank dan sebagainya masih lagi sama seperti VF3i.

SYM VF3i

Enjin & Prestasi

Kedua-dua motosikal ini kongsi DNA yang sama. Enjin 183cc SOHC, 4-lejang, liquid cooled dengan bore dan stroke 63.5mm x 57.8mm, serta compression rate 11.1:1.

Kalau dari segi power, tak banyak beza antara dua motosikal ni. SYM VF3i 185 menjana 20hp pada 9,000rpm dan 17.4Nm tork pada 7,500rpm, manakala VFE 185i juga menawarkan output yang hampir sama dengan 17.46Nm tork maksimum.

Perbezaan dia mungkin terletak pada setting ECU dan juga berat motosikal. VFEi mempunyai berat yang lebih ringan membuatkan responsnya terasa lebih pantas ketika memecut di jalan bandar, sementara VF3i lebih stabil untuk laluan jauh dan kelajuan tinggi seperti highway.

SYM VFEi

Teknologi & Ciri

Kedua-dua motosikal datang dengan sistem brek cakera depan dan belakang bersama ABS yang mampu memberikan keyakinan lebih waktu membrek. Tapi VFEi 185i mempunyai sedikit kelebihan, ia dilengkapi dengan suspensi belakang monoshock, sistem EFI terkini, dan juga panel meter digital penuh yang lebih futuristik.

VF3i 185 pula masih kekalkan meter semi-digital dan gaya klasik, tapi kelebihannya ada pada saiz tangki besar sekitar 7 liter yang menjadikannya pilihan lebih praktikal untuk perjalanan jauh.

SYM VF3i

Pengalaman Tunggangan

Kalau korang jenis suka ride jauh, mungkin balik kampung atau konvoi hujung minggu, VF3i memang masih raja. Enjin dia terasa matang, hentakan tork stabil, dan posisi tunggangan lebih selesa untuk jarak jauh.

Tapi untuk pengguna harian atau ride dalam bandar, VFEi lebih menyeronokkan. Ia ringan, lincah, dan handling dia rasa lebih “tajam”. Tambah pula dengan rupa moden, memang kena dengan jiwa anak muda yang nak nampak bergaya tanpa perlu korbankan prestasi.

Harga & Nilai

  • SYM VF3i 185 – RM9,738
  • SYM VFE 185i – RM9,988

Bezanya cuma sekitar RM250, jadi keputusan sebenar datang dari apa korang cari:

  • Nak kuasa sama tapi gaya matang & tangki besar? Ambil VF3i.
  • Nak gaya baru, ringan & moden dengan feel sportbike kecil? Pilih VFEi.

Kesimpulan

Secara ringkas, VF3i masih jadi pilihan kukuh untuk mereka yang utamakan prestasi jarak jauh dan juga ketahanan, sementara VFEi lebih sesuai untuk rider muda yang nak gaya moden dan pengalaman tunggangan lebih “fun”.Apa pun pilihan korang, dua-duanya bukti yang SYM masih kekal sebagai antara pengeluar underbone paling konsisten di Malaysia.

Korang rasa yang mana lagi berbaloi, VF3i atau VFEi? Nak cari VF3i second hand yang masih lagi dalam keadaan yang elok dan cun? Visit imotorbike.com!

Related ItemsbaruberitamalaysiasymUtamaVF3ivfei
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
October 9, 2025
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related ItemsbaruberitamalaysiasymUtamaVF3ivfei

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

6 Motosikal 500cc Terbaik di Malaysia – Gabungan Kuasa, Gaya dan Keselesaan
Honda CBR150R vs Yamaha R15 – Dua Sportbike 150cc yang Nampak Sama Tapi Tak Serupa!