• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

6 Motosikal 500cc Terbaik di Malaysia – Gabungan Kuasa, Gaya dan Keselesaan

6 Motosikal 500cc Terbaik di Malaysia – Gabungan Kuasa, Gaya dan Keselesaan
Amzar Hazeeq
October 8, 2025

Dari sportbike berprestasi hingga model adventure serba boleh, inilah pilihan terbaik dalam kelas 500cc yang menawarkan keseimbangan sempurna antara prestasi, reka bentuk dan nilai untuk penunggang Malaysia.

Langgan saluran Telegram kami untuk berita dan info terkini!

Pasaran motosikal 500cc di Malaysia semakin berkembang pesat. Ramai penunggang memilih kelas ini kerana ia menawarkan keseimbangan antara kuasa, kawalan dan keselesaan. Motosikal dalam kategori ini bukan sahaja berkuasa, tetapi juga sesuai digunakan setiap hari. Sama ada untuk perjalanan jauh di lebuh raya atau tunggangan santai di bandar, berikut ialah tujuh motorsikal 500cc terbaik di Malaysia yang benar-benar menonjol dari segi prestasi dan rekaan.

Motosikal 500cc Terbaik

1. Benelli TRK 502 – Adventure Tegar dengan Gaya Premium

Benelli TRK 502 ialah pilihan popular bagi penunggang yang gemar pengembaraan jauh. Dikuasakan oleh enjin dua silinder selari 500cc, ia menghasilkan sekitar 47.6 hp dan 46 Nm tork. Kuasa yang konsisten ini mmebantu memberikan tunggangan lebih lancar dan stabil di lebuh raya. Tangki bahan api besar 20 liter membolehkan penunggang untuk melakukan perjalanan jauh tanpa henti, manakala suspensi depan jenis USD membantu untuk meningkatkan keselesaan ketika ride. Reka bentuknya yang gagah dengan windscreen tinggi dan pelindung tangan, menjadikannya pilihan yang sempurna untuk penunggang yang suka gaya adventure sejati.

Motosikal 500cc Terbaik

2. Benelli Leoncino 500 – Retro Moden yang Penuh Gaya

Jika anda mencari motosikal gaya retro dengan prestasi moden, Benelli Leoncino 500 adalah pilihan tepat. Motosikal ini menggunakan enjin yang sama dengan TRK 502, 500cc parallel-twin dengan 47.6 hp dan 46 Nm tork. Casisnya ringan dan lincah, sesuai untuk kegunaan bandar. Reka bentuk scrambler dengan lampu LED bulat dan suspensi USD menambahkan tarikan visual pada motosikal ini. Leoncino 500 juga dilengkapi brek ABS dua saluran serta posisi riding tegak yang selesa untuk jarak dekat atau jauh.

Motosikal 500cc Terbaik

3. Honda CBR500R – Sportbike Seimbang untuk Setiap Hari

Honda CBR500R dikenali sebagai salah satu sportbike paling seimbang dalam kelas 500cc. Enjin 471cc dua silinder selari menghasilkan 49.6 hp dan 45 Nm tork, memberikan prestasi bertenaga tetapi mudah dikawal. CBR500R hadir dengan sistem klac assist/slipper untuk penukaran gear lebih lancar serta fork depan USD Showa SFF-BP bagi kestabilan tambahan. Reka bentuknya yang aerodinamik bukan sekadar menarik, tetapi juga membantu mengurangkan seretan angin. Motosikal ini sangai sesuai untuk tunggangan harian atau sesi hujung minggu di lebuh raya.

Motosikal 500cc Terbaik

4. Kawasaki Ninja 500 – Gaya Baharu, Teknologi Terkini

Model terbaru dalam keluarga Ninja ini membawa pembaharuan besar. Kawasaki Ninja 500 menggunakan enjin 451cc parallel-twin yang mampu menjana 44.8 hp dan 42.6 Nm tork. Model SE pula didatangkan dengan paparan TFT berwarna, sistem keyless KIPASS, dan port pengecasan USB Type-C. Dengan berat sekitar 171 kg, Ninja 500 terasa ringan dan mudah dikawal, menjadikannya sesuai untuk penunggang baru mahupun berpengalaman. Reka bentuk sporty dan posisi tunggangan yang agresif mampu memberikan pengalaman sebenar motosikal prestasi.

Motosikal 500cc Terbaik

5. Honda CB500X – Adventure Ringan Serba Lengkap

Bagi mereka yang sukakan perjalanan jauh dan jalan yang mencabar, Honda CB500X merupakan pilihan yang bijak. Enjin 471cc dua silinder dengan 49.6 hp dan 45 Nm tork memberikan kuasa mantap dengan penggunaan bahan api yang efisien. Suspensi depan USD Showa dan rim hadapan 19 inci memberikan kestabilan tinggi, manakala tangki 17.5 liter menawarkan jarak tunggangan jauh. Kedudukan tunggangan tegak dan sistem klac slipper membuatkan CB500X selesa serta mudah dikawal di atas pelbagai keadaan jalan. Ia adalah motosikal yang serba boleh dan juga sesuai untuk ride ulang-alik kerja atau ride jauh.

Motosikal 500cc Terbaik

6. Honda CB500F – Naked Bike yang Lincah dan Bergaya

Untuk penunggang yang mahukan motor praktikal tetapi tetap berkuasa, Honda CB500F ialah pilihan yang ideal. Ia dikuasakan oleh enjin 471cc parallel-twin DOHC dengan 49.6 hp dan 45 Nm tork. CB500F menawarkan rekaan yang minimalis tapi moden dengan tangki 16.7 liter, sistem brek ABS, dan klac assist/slipper. Posisi tunggangan yang menegak jadikan motor ni mudah dikawal di bandar, manakala berat yang sederhana membantu untuk menjadi lincah di selekoh. Motosikal ini sesuai untuk rider yang mahukan motor naked 500cc terbaik di Malaysia dengan gaya urban dan prestasi dinamik.

Kesimpulan: Pilihan Motosikal 500cc Terbaik untuk Setiap Penunggang

Daripada sportbike seperti Honda CBR500R dan Kawasaki Ninja 500, hingga model adventure seperti Honda CB500X dan Benelli TRK 502, setiap motosikal dalam senarai ni ada kelebihan masing-masing. Untuk penunggang bandar yang mahukan gaya, Honda CB500F dan Benelli Leoncino 500 ialah pilihan menarik. Sementara itu, rekaan TRK 502X pula untuk rider yang sukakan pengembaraan sejati. Apa jua gaya tunggangan anda, kelas 500cc mampu memberikan keseimbangan terbaik antara prestasi, keselesaan dan nilai, menjadikannya kategori ini paling ideal untuk penunggang Malaysia pada masa kini.

Related ItemsbarubenelliberitaHondakawasakimalaysiapanduan pembeliUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
October 8, 2025
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related ItemsbarubenelliberitaHondakawasakimalaysiapanduan pembeliUtamayamaha

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

6 Motor Touring Honda Terbaik di Malaysia – Teman Sempurna untuk Pengembaraan Jauh
SYM VF3i 185 vs SYM VFE 185i – Siapa Raja Sebenar Kapcai 185cc Malaysia?