• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Himpunan RXZ Members 7.0 Catat 150,000 Peserta – Edisi Paling Besar di Terengganu

Himpunan RXZ Members 7.0 Catat 150,000 Peserta – Edisi Paling Besar di Terengganu
Hazique Zairill
August 25, 2025

Acara tahunan Himpunan RXZ Members di Gong Badak tarik peminat motor seluruh negara dengan hadiah utama Toyota Alphard dan motosikal RXZ. 

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Himpunan RXZ Members 7.0 yang berlangsung selama dua hari di Litar Permotoran Kompleks Sukan Gong Badak mencatat sejarah baharu apabila menarik penyertaan sekitar 150,000 peserta, sekali gus menjadi edisi paling besar dan berjaya setakat ini.

Petikan dari Sinar Harian, Pengarah program, Mohd Lukhman Hassan berkata, kejayaan itu membuktikan sokongan padu komuniti permotoran dari seluruh negara terhadap acara tahunan berprestij ini.

“Saya rasa penganjuran himpunan RXZ tahun 2025 kali ini paling berjaya. Saya menjangkakan kehadiran kira-kira 150,000 peserta menjadikannya penganjuran paling berjaya setakat ini.

Selagi program ini mendapat sambutan daripada peminat motosikal di Terengganu, kita akan teruskan program sama di negeri ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas majlis perasmian pada Sabtu.

Acara yang menghimpunkan peminat motosikal RXZ dari dalam dan luar negara itu dirasmikan oleh Pengerusi AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun dan turut dihadiri Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.

Pix by Abey Finn

Selain perhimpunan peminat RXZ, penganjur turut mengadakan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama sebuah MPV Toyota Alphard, motosikal RXZ, pakej umrah, pakej pelancongan serta pelbagai hadiah menarik lain.

Dalam perkembangan lain, Mohd Lukhman mengakui terdapat kelemahan dalam aspek jemputan rasmi kepada kerajaan negeri dan berjanji perkara itu akan diperbaiki.

“Kami sedar ada kekurangan, khususnya soal jemputan kerana pada peringkat awal ia dibuat kepada penaja. Kami akan bertemu kerajaan negeri untuk membincangkan perkara ini.

Pihak penganjur mengambil tanggungjawab penuh dan bersedia memperbaiki kelemahan pada penganjuran seterusnya,” katanya.

Pix by Abey Finn

Beliau turut menegaskan bahawa penganjur terbuka untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri bagi memastikan RXZ Members kekal sebagai acara tahunan yang memberi impak positif kepada masyarakat dan industri permotoran.

Mengulas mengenai peruntukan RM300,000 yang disalurkan kerajaan Madani, Mohd Lukhman menjelaskan ia sepenuhnya untuk manfaat peserta, bukan penganjur. “Bentuk agihan masih diperhalusi kerana program kali ini berjalan dengan jadual padat,” ujarnya.

Sebagai perbandingan, edisi terdahulu iaitu Himpunan RXZ Members 6.0 yang berlangsung di lokasi sama pada 13 hingga 14 September 2024 hanya mencatat sekitar 80,000 peserta.

Dengan pertambahan hampir dua kali ganda kehadiran tahun ini, RXZ Members 7.0 membuktikan ia kini menjadi antara acara permotoran paling berpengaruh di Malaysia.

Related Items2025baruberitamalaysiaRXZRXZ Members 7.0Utamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
August 25, 2025
Hazique Zairill

Related Items2025baruberitamalaysiaRXZRXZ Members 7.0Utamayamaha

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

PM Anwar Ibrahim Sokong Penuh RXZ Members 7.0 di Terengganu
Motor Langgar Belakang Kereta: Siapa Salah & Apa Perlu Buat