• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

PM Anwar Ibrahim Sokong Penuh RXZ Members 7.0 di Terengganu

PM Anwar Ibrahim Sokong Penuh RXZ Members 7.0 di Terengganu
Hazique Zairill
August 21, 2025

Acara tahunan terbesar komuniti RXZ Members 7.0 bakal menghimpunkan ribuan peminat permotoran di Litar Gong Badak pada 22 dan 23 Ogos ini dengan sokongan Kerajaan MADANI.

RXZ Members 7.0

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Hujung minggu ini, salah satu acara tahunan permotoran terbesar di Malaysia, RXZ Members 7.0, bakal berlangsung sekali lagi di Litar Permotoran Gong Badak, Terengganu.

Dalam satu hantaran terbaharu di Facebook rasmi RXZ Members, penganjur merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Anwar Ibrahim, atas sokongan penuh yang diberikan terhadap penganjuran edisi kali ini.

“Setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia kerana titipkan ucapan dengan menyokong penuh penganjuran RXZ Members 7.0 2025. Alhamdulillah, terima kasih PMX & Kerajaan Madani kerana menghargai kami komuniti RXZ Members serta warga permotoran lain di Malaysia. Inilah penghargaan besar buat kami,” jelas kenyataan tersebut.

Perdana Menteri dalam satu kenyataan turut menegaskan bahawa Kerajaan MADANI akan menyalurkan peruntukan awal RM100,000 sebagai tanda komitmen untuk menjayakan program berkenaan. Beliau menambah bahawa perbincangan lanjut bersama pihak penganjur akan diadakan bagi menilai keperluan seterusnya.

“Program ini menjadi platform utama yang menghimpunkan peminat dan penggiat permotoran dari seluruh negara, sekali gus mengangkat potensi industri permotoran ke tahap lebih tinggi,” kata Anwar Ibrahim.

RXZ Members 7.0
Sources: Facebook/@rxzmembersofficial

Bagi memastikan kelancaran dan keselamatan program, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menggerakkan pasukan pemantauan serta kawalan trafik sepanjang acara.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pihaknya menyokong penganjuran ini namun mengingatkan peserta agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya.

“Peserta yang menunggang motosikal diingatkan agar tidak mempamerkan aksi berbahaya kepada diri sendiri atau pengguna jalan raya lain. Pada masa sama, kami mengalu-alukan orang ramai memeriahkan program ini dengan mengibarkan Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan,” katanya.

Acara RXZ Members 7.0 akan berlangsung selama dua hari, iaitu pada 22 dan 23 Ogos 2025, dengan jangkaan ribuan pemilik dan peminat Yamaha RXZ serta komuniti permotoran dari seluruh Malaysia hadir bagi meraikan semangat kekeluargaan dunia dua roda.

Related Items2025baruberitapdrmRXZRXZ Members 7.0Utamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
August 21, 2025
Hazique Zairill

Related Items2025baruberitapdrmRXZRXZ Members 7.0Utamayamaha

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Umur Berapa Boleh Ambil Lesen Motor di Malaysia? Ini Jawapan & Syarat JPJ
Himpunan RXZ Members 7.0 Catat 150,000 Peserta – Edisi Paling Besar di Terengganu