• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Umur Berapa Boleh Ambil Lesen Motor di Malaysia? Ini Jawapan & Syarat JPJ

Umur Berapa Boleh Ambil Lesen Motor di Malaysia? Ini Jawapan & Syarat JPJ
Hazique Zairill
August 20, 2025

Ramai remaja tertanya-tanya, umur berapa boleh ambil lesen motor di Malaysia? Jom kita kupas syarat lengkap, jenis lesen, dan proses permohonan JPJ.

Umur Berapa Boleh Ambil Lesen Motor di Malaysia?

Langgan saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Ramai anak muda tertanya-tanya: umur berapa sebenarnya boleh ambil lesen motor di Malaysia? Sebenarnya, sebaik sahaja mencecah 16 tahun, anda sudah layak untuk memohon lesen menunggang motosikal. Lihat di bawah untuk maklumat lanjut. Rujukan: www.jpj.gov.my/

Di Malaysia, lesen motosikal terbahagi kepada beberapa kategori, antaranya:

  • Lesen B2 – untuk motosikal bawah 250cc
  • Lesen BFull – untuk motosikal kuasa tinggi melebihi 250cc

Sementara itu, bagi mereka yang mahu memandu kereta (lesen kelas D atau DA), syarat umurnya ialah 17 tahun ke atas. Manakala untuk lesen lori dan bas (kelas E), pemohon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.

Permohonan Lesen Motor: Apa Yang Perlu Tahu

Permohonan lesen boleh dibuat di mana-mana pejabat JPJ atau kiosk eKhidmat yang sah. Sebelum dapat lesen penuh, pemohon perlu memiliki Lesen Memandu Belajar (LDL) terlebih dahulu.

Kelayakan Asas Memohon LDL:

  1. 16 tahun ke atas untuk kelas A, B2, B dan C
  2. 17 tahun ke atas untuk kelas A1, D dan DA
  3. 21 tahun ke atas untuk kelas E, F, G, H, I dan lesen vokasional (kecuali CON bermula umur 18 tahun)
  4. Wajib lulus ujian undang-undang (Bahagian 1) yang sah dalam tempoh setahun

Lesen LDL ini dikeluarkan dalam tempoh 3 atau 6 bulan, dan boleh diperbaharui sehingga maksimum 2 tahun dari tarikh dikeluarkan.

Umur Berapa Boleh Ambil Lesen Motor di Malaysia?

Dokumen Yang Diperlukan

Untuk memohon lesen, berikut adalah dokumen asas yang diperlukan:

  1. MyKad/pasport asal atau salinan (jika wakil yang uruskan)
  2. Kad pengenalan asal wakil (jika ada)
  3. 1 keping gambar berwarna berlatar putih bersaiz 25mm x 32mm
  4. Pasport sah (untuk warga asing)

Bayaran:

  • RM20 (3 bulan) / RM40 (6 bulan) untuk kelas B & C
  • RM2.00 untuk kelas A/A1/B2
  • RM30 (3 bulan) / RM60 (6 bulan) untuk kelas D & ke atas

Syarat Penting

  • Pemohon tidak boleh menukar kelas lesen lebih daripada satu kali.
  • Kelas lesen mesti ditetapkan sebelum LDL dikeluarkan.

Kesimpulan

Jadi, jawapannya mudah, umur 16 tahun sudah boleh ambil lesen motor di Malaysia, sama ada lesen B2 untuk bawah 250cc ataupun lesen BFull untuk motosikal kuasa tinggi. Kalau bercadang nak bawa kereta pula, kena tunggu genap 17 tahun.

Bagi yang baru nak mula menunggang, pastikan pilih kelas lesen yang sesuai dengan keperluan, dan jangan lupa ikut latihan serta undang-undang jalan raya untuk keselamatan.

Untuk info lanjut tentang dunia motosikal, tips lesen, serta berita terkini industri motor, terus ikuti iMotorbike News.

Umur Berapa Boleh Ambil Lesen Motor di Malaysia?

FAQ: Soalan Lazim Tentang Lesen Motor di Malaysia

1. Umur berapa boleh ambil lesen motor B2?
Lesen B2 (motosikal bawah 250cc) boleh diambil sebaik sahaja anda berumur 16 tahun.

2. Umur berapa boleh ambil lesen superbike (BFull)?
Sama seperti B2, lesen BFull juga boleh diambil sebaik sahaja mencecah 16 tahun, cuma bezanya ia untuk motosikal kuasa tinggi melebihi 250cc.

3. Umur berapa boleh ambil lesen kereta?
Untuk lesen kereta kelas D atau DA (automatik/manual), pemohon perlu berumur 17 tahun ke atas.

4. Berapa harga lesen motor di Malaysia?
Kos lesen berbeza ikut kelas. Untuk B2, biasanya bermula sekitar RM350 – RM600 bergantung kepada sekolah memandu. Untuk lesen BFull pula lebih tinggi kerana melibatkan motosikal kuasa besar.

5. Berapa lama proses ambil lesen motor?
Proses ambil lesen motor biasanya mengambil masa 1 hingga 2 bulan, bergantung kepada jadual latihan, ujian JPJ, dan kelulusan ujian undang-undang.

6. Kalau gagal ujian JPJ, boleh ulang semula tak?
Ya, boleh. Pemohon hanya perlu daftar semula untuk sesi ujian berikutnya dengan bayaran tambahan tertentu.

Related Itemsb2baruberitajpjlesenLesen MotormalaysiaUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
August 20, 2025
Hazique Zairill

Related Itemsb2baruberitajpjlesenLesen MotormalaysiaUtama

More in Berita

Top 5 Motor Untuk Rider Wanita

Amzar HazeeqOctober 13, 2026
Read More

Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?

Hazique ZairillOctober 13, 2026
Read More

Motor Kena Banjir, Boleh Claim Insurans Ke? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 12, 2026
Read More

Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888

Hazique ZairillOctober 12, 2026
Read More

Azroy Hakeem Kuasai Perlumbaan Malam Cub Prix, Rangkul Kemenangan CP150

Amzar HazeeqOctober 12, 2026
Read More

MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual

Hazique ZairillOctober 12, 2026
Read More

Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Hakim Danish Sedia Bangkit di GP Indonesia

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Pelumba Moto4 Negara Sasar Kebangkitan di Mandalika

Amzar HazeeqOctober 8, 2026
Read More

[PENANG] Review Yamaha NMAX 155: Pilihan Skuter Harian Terbaik 

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[PENANG] Review Brixton BX150: Gaya Retro Klasik Untuk Kegunaan Harian

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO Rasmi Masuki Pasaran Malaysia Dengan Tiga Model Baharu
    BeritaSeptember 15, 2026
  • 6 Motor Bulanan Bawah RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 22, 2026
  • 4 Tanda Motor Korang Dah Sampai Masa Tukar Minyak Hitam
    BeritaSeptember 15, 2026
  • 5 Motor Untuk Kerja Jauh di iMotorbike
    BeritaSeptember 15, 2026
  • Penalti Grid Tidak Mematahkan Semangat Hakim Danish di GP San Marino
    BeritaSeptember 15, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Rider Wanita
    BeritaOctober 13, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • Motor Kena Banjir, Boleh Claim Insurans Ke? Ini Yang Anda Perlu Tahu
    BeritaOctober 12, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • Azroy Hakeem Kuasai Perlumbaan Malam Cub Prix, Rangkul Kemenangan CP150
    BeritaOctober 12, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Hakim Danish Hadapi Minggu Sukar di Austria, Kejuaraan Bakal Ditentukan di Misano
PM Anwar Ibrahim Sokong Penuh RXZ Members 7.0 di Terengganu