• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Hakim Danish Hampir Raih Podium, Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Hakim Danish Hampir Raih Podium, Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat
Amzar Hazeeq
November 4, 2026

Hakim Danish Ramli menamatkan GP Malaysia Moto3 2026 di tempat keempat selepas aksi cemerlang di Sepang, sekali gus mengutip mata penting untuk kekal dalam kelompok 10 terbaik kejuaraan dunia.

Hakim Danish GP Malaysia

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli, menghadiahkan persembahan yang membanggakan kepada penyokong tempatan apabila menamatkan Grand Prix (GP) Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) di tempat keempat selepas pertarungan sengit sehingga ke selekoh terakhir.

Keputusan itu menjadi kebangkitan terbaik buat pelumba kelahiran Terengganu itu selepas mengharungi dua pusingan yang mencabar di Indonesia dan Australia, sekali gus membuktikan beliau kembali berada pada prestasi terbaik menjelang baki tiga perlumbaan musim ini.

Hakim Danish GP Malaysia

Hakim Danish menunjukkan rentak kompetitif sejak sesi latihan apabila mencatat masa kelima terpantas dalam Latihan Bebas 1 (FP1) dengan catatan 2:11.834.

Momentum tersebut diteruskan dalam sesi Kelayakan 2 (Q2) apabila beliau mencatat masa 2:10.529 untuk meraih petak ketiga, sekali gus memulakan perlumbaan dari barisan hadapan.

Pencapaian itu turut mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pelumba Malaysia pertama memulakan perlumbaan Moto3 di barisan hadapan di Sepang sejak Zulfahmi Khairuddin melakukannya pada tahun 2012.

Hakim Danish GP Malaysia

Dalam perlumbaan 15 pusingan itu, Hakim Danish sentiasa berada dalam kelompok hadapan dan beberapa kali bertukar kedudukan bersama Veda Pratama (Honda Team Asia) serta Alvaro Carpe (Red Bull KTM Ajo).

Beliau turut sempat berada di tempat kedua sebelum cuba melakukan serangan terakhir ke atas Carpe di selekoh terakhir. Namun percubaan tersebut tidak menjadi selepas sedikit tersasar daripada garisan perlumbaan.

Hakim Danish akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat keempat dengan masa 33:12.044, hanya 0.226 saat di belakang Carpe yang melengkapkan podium, manakala Máximo Quiles muncul juara perlumbaan.

Keputusan di Sepang membolehkan Hakim Danish mengutip 13 mata, sekali gus meningkatkan jumlah keseluruhan kepada 116 mata dan mengekalkannya di tangga kesembilan dalam kedudukan Kejuaraan Dunia Moto3.

Dengan tiga pusingan masih berbaki, pelumba berusia 18 tahun itu masih berpeluang memperbaiki kedudukannya dalam carta keseluruhan.

Hakim Danish GP Malaysia

Walaupun sedikit kecewa kerana gagal menaiki podium, Hakim Danish tetap berpuas hati kerana berjaya memberikan aksi terbaik di hadapan penyokong sendiri.

“Saya sangat gembira kerana sudah memberikan segala-galanya dalam perlumbaan hari ini. Saya memang mahu menaiki podium, tetapi saya terlepas peluang itu di selekoh terakhir. Walaupun begitu, saya rasa saya sudah memberikan yang terbaik buat semua penyokong, keluarga dan pasukan.”

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang musim.

“Terima kasih kepada semua penaja terutama ZK Racing, AEON Credit, pasukan saya, KBS, SIC dan semua penaja lain. Terima kasih juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang hadir memberikan sokongan. Saya percaya masih ada peluang dalam baki tiga perlumbaan musim ini dan saya akan terus berjuang untuk mendapatkan podium atau kemenangan.”

Hakim Danish GP Malaysia

Pengurus Pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, menyifatkan persembahan anak didiknya sebagai satu perkembangan yang sangat positif walaupun podium tidak menjadi kenyataan.

Menurut beliau, Hakim Danish berjaya mengekalkan prestasi konsisten sepanjang minggu perlumbaan dan membuktikan dirinya mampu bersaing bersama pelumba-pelumba terbaik Moto3.

“Saya sangat berbangga dengan persembahan Hakim Danish. Memang kita mahukan podium, tetapi kedudukan keempat ini juga sesuatu yang sangat positif. Jika dibandingkan dengan perlumbaan di Phillip Island minggu lalu, kali ini dia benar-benar bersaing untuk podium.”

Zulfahmi turut percaya perjalanan karier Hakim Danish masih panjang dan beliau mempunyai potensi besar untuk terus berkembang sekiranya kekal fokus serta meningkatkan konsistensi pada baki perlumbaan musim ini.

Hakim Danish GP Malaysia

Selepas aksi memberangsangkan di Sepang, Hakim Danish kini akan mengalihkan perhatian kepada Grand Prix Qatar di Litar Antarabangsa Lusail, yang akan berlangsung pada hujung minggu depan.

Dengan keyakinan yang semakin meningkat hasil prestasi di laman sendiri, pelumba Malaysia itu dijangka sekali lagi memburu podium pertamanya musim ini dalam usaha menamatkan kempen 2026 dengan keputusan terbaik.

Related Items2026baruberitaGaya Hidupgp malaysiahakim danishIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto3sukan motorUtamazk racing
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
November 4, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya Hidupgp malaysiahakim danishIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto3sukan motorUtamazk racing

More in Berita

Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Yamaha NVX 155 SP vs Honda ADV160: Patut Pilih Sporty atau Lebih Praktikal?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More

Boleh Ke Orang Lain Ride Motor Yang Diinsuranskan Atas Nama Kita?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More

iMotorbike Lancar Kempen MT-15 Town Champ Tawar Lebih 20 Motosikal

Hazique ZairillNovember 3, 2026
Read More

Kempen Trade & Upgrade iMotorbike Tawar Diskaun Sehingga RM3,000!

Hazique ZairillNovember 3, 2026
Read More

Mesh vs Leather Riding Jackets: Mana Yang Lebih Baik?

Amzar HazeeqNovember 2, 2026
Read More

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • Hakim Danish Hampir Raih Podium, Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat
    BeritaNovember 4, 2026
  • Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298
    BeritaNovember 4, 2026
  • Yamaha NVX 155 SP vs Honda ADV160: Patut Pilih Sporty atau Lebih Praktikal?
    BeritaNovember 3, 2026
  • Boleh Ke Orang Lain Ride Motor Yang Diinsuranskan Atas Nama Kita?
    BeritaNovember 3, 2026
  • iMotorbike Lancar Kempen MT-15 Town Champ Tawar Lebih 20 Motosikal
    BeritaNovember 3, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298