• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Rapid KL Sediakan 85 Bas untuk Perkhidmatan Shuttle MotoGP Malaysia 2026

Rapid KL Sediakan 85 Bas untuk Perkhidmatan Shuttle MotoGP Malaysia 2026
Hazique Zairill
October 20, 2026

Perkhidmatan bas khas akan menghubungkan Pasar Seni, KLCC dan KLIA Terminal 2 ke Litar Antarabangsa Sepang dari 30 Oktober hingga 1 November, dengan tambang serendah RM12 sehala.

MotoGP Malaysia 2026

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Rapid KL akan menyediakan 85 bas bagi perkhidmatan shuttle khas ke PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November bagi memudahkan perjalanan penonton sepanjang acara tiga hari itu.

Perkhidmatan ini akan beroperasi dari beberapa lokasi terpilih di Kuala Lumpur dan KLIA Terminal 2, sekali gus memberikan pilihan pengangkutan kepada penonton yang ingin ke litar tanpa perlu memandu sendiri.

Penumpang dari Hab Bas Pasar Seni dan perhentian bas KLCC akan dikenakan tambang RM20 bagi perjalanan sehala atau RM35 untuk tiket pergi balik. Kedua-dua lokasi mempunyai sambungan ke Laluan Kelana Jaya, manakala Pasar Seni turut menyediakan akses ke Laluan Kajang.

Sementara itu, penumpang dari KLIA Terminal 2 boleh menggunakan perkhidmatan bas khas ke SIC dengan tambang RM12 sehala. Penumpang juga boleh menggunakan perkhidmatan KLIA Ekspres untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke lapangan terbang tersebut.

Jadual Bas Shuttle dan Maklumat Tiket

Bagi laluan dari KLIA Terminal 2 ke Litar Antarabangsa Sepang, bas akan mula beroperasi pada 7 pagi, dengan perjalanan setiap 30 minit. Bas terakhir ke litar akan berlepas pada 1 tengah hari.

Perkhidmatan bas dari litar untuk perjalanan pulang pula akan bermula pada 4 petang, dengan bas terakhir berlepas pada 7 malam.

Menurut laporan Bernama, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd, Syahrul Azmir Ahmad Zaki, berkata tiket akan mula dijual pada 22 Oktober di kaunter khidmat pelanggan terpilih dan Hab Bas Pasar Seni.

“Setiap tahun, peminat sukan permotoran dari pelbagai lokasi berkumpul di Sepang untuk merasai sendiri kemeriahan perlumbaan bertaraf dunia ini.

“Rapid KL berharap perkhidmatan ini dapat memudahkan perjalanan mereka ke litar dengan lebih selesa,” katanya.

Perkhidmatan Shuttle Percuma di Litar Sepang

Selain perkhidmatan bas yang menghubungkan Kuala Lumpur dan KLIA Terminal 2 ke litar, Rapid KL turut bekerjasama dengan Litar Antarabangsa Sepang untuk menyediakan perkhidmatan shuttle percuma di sekitar kawasan litar sepanjang acara berlangsung.

Perkhidmatan ini bertujuan memudahkan pergerakan penonton antara lokasi di sekitar litar sepanjang hujung minggu MotoGP Malaysia.

Penonton dinasihatkan membeli tiket shuttle lebih awal bagi mengelakkan kesesakan barisan dan waktu menunggu yang panjang, khususnya ketika waktu puncak.

Untuk maklumat lanjut mengenai laluan, jadual dan pembelian tiket, orang ramai boleh melayari laman web rasmi MyRapid atau menggunakan aplikasi MyRapid PULSE.

Related Items2026baruBasberitaHondaIndustrimalaysiamotogpsepangUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
October 20, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026baruBasberitaHondaIndustrimalaysiamotogpsepangUtamayamaha

More in Berita

Evolusi Yamaha LC135: Perbandingan V1 vs V2-V7 vs V8

Amzar HazeeqNovember 26, 2026
Read More

Hakim Danish Bersedia Hadapi Cabaran Terakhir Musim 2026 di GP Valencia

Amzar HazeeqNovember 26, 2026
Read More

Kenapa Cuci Motor Penting (Bukan Sekadar Nak Nampak Cantik)

Amzar HazeeqNovember 25, 2026
Read More

Kenapa KTM Duke Popular Dekat Malaysia?

Amzar HazeeqNovember 24, 2026
Read More

Hakim Danish Jadikan GP Portugal Pengalaman Berharga Menjelang Penutup Musim

Amzar HazeeqNovember 24, 2026
Read More

Suzuki SV-7GX Dilancarkan di Malaysia, Harga Pengenalan RM37,900

Hazique ZairillNovember 24, 2026
Read More

Nuzzul Ady Tutup Musim Cub Prix 2026 Dengan Kemenangan Bergaya di Johor

Amzar HazeeqNovember 23, 2026
Read More

Farid Rangkul Kejuaraan Keseluruhan CP125 2026

Amzar HazeeqNovember 23, 2026
Read More

Azroy Juara CP150 2026, Helmi Tawan Penutup Musim

Amzar HazeeqNovember 23, 2026
Read More

Kenapa Skuter Terus Jadi Pilihan Rider Malaysia

Amzar HazeeqNovember 23, 2026
Read More

Motor Day Sale Terakhir iMotorbike 2026 Tawar Diskaun Sehingga RM5,000

Hazique ZairillNovember 23, 2026
Read More

Empat Pelumba Malaysia Sertai FIM MotoMini World Final 2026 di Valencia

Amzar HazeeqNovember 20, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar
    BeritaNovember 5, 2026
  • RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia
    ARRCNovember 5, 2026
  • Mesh vs Leather Riding Jackets: Mana Yang Lebih Baik?
    BeritaNovember 2, 2026
  • Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini
    BeritaNovember 5, 2026
  • Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298
    BeritaNovember 4, 2026
  • Evolusi Yamaha LC135: Perbandingan V1 vs V2-V7 vs V8
    BeritaNovember 26, 2026
  • Hakim Danish Bersedia Hadapi Cabaran Terakhir Musim 2026 di GP Valencia
    BeritaNovember 26, 2026
  • Kenapa Cuci Motor Penting (Bukan Sekadar Nak Nampak Cantik)
    BeritaNovember 25, 2026
  • Kenapa KTM Duke Popular Dekat Malaysia?
    BeritaNovember 24, 2026
  • Hakim Danish Jadikan GP Portugal Pengalaman Berharga Menjelang Penutup Musim
    BeritaNovember 24, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

5 Barang Yang Perlu Ada Dalam Emergency Kit Motosikal
[PENANG] Review Yamaha NVX: Teman Sempurna untuk Pengguna Bandar