• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Hakim Danish Sasar Bangkit dan Raih Mata Berharga di GP Australia

Hakim Danish Sasar Bangkit dan Raih Mata Berharga di GP Australia
Amzar Hazeeq
October 21, 2026

Pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi tekad melupakan aksi mengecewakan di Indonesia apabila berdepan cabaran baharu di Litar Phillip Island menjelang GP Malaysia.

Hakim Danish GP Australia

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Hakim Danish mengalihkan sepenuh tumpuannya ke Grand Prix (GP) Australia hujung minggu ini dengan misi untuk kembali mengutip mata penting dalam saingan Kejuaraan Dunia Moto3 2026.

Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu hadir ke Litar Phillip Island dengan semangat baharu selepas berdepan perlumbaan yang sukar di GP Indonesia. Penalti grid memaksanya memulakan perlumbaan dari petak terakhir, namun beliau tetap mempamerkan kebangkitan sebelum menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-14 selepas insiden pada penghujung saingan.

Phillip Island Tampil Dengan Cabaran Tersendiri

Perlumbaan di Phillip Island dijangka memberi cabaran berbeza buat Hakim Danish. Litar ikonik Australia itu terkenal dengan selekoh berkelajuan tinggi, permukaan yang pantas serta keadaan cuaca yang sukar diramal kerana lokasinya yang berhampiran laut.

Selain itu, GP Australia tahun ini turut mempunyai nilai sentimental kerana Phillip Island dijadualkan menjadi tuan rumah buat kali terakhir sebelum perlumbaan berpindah ke Adelaide bermula musim 2027.

Bagi memastikan persiapan lebih rapi, Hakim menggunakan setiap peluang untuk mengkaji karakter litar serta melakukan persediaan fizikal dan mental sebelum turun ke sesi latihan bebas.

Hakim Danish GP Australia

Hakim Danish Mahu Bangkit Selepas GP Indonesia

Walaupun keputusan di Mandalika tidak memihak kepadanya, pelumba berusia 19 tahun itu melihat perlumbaan di Australia sebagai peluang terbaik untuk memperbaiki prestasi serta membina momentum menjelang perlumbaan di laman sendiri pada GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), yang berlangsung dari 30 Oktober hingga 1 November.

Hakim turut mengakui bahawa Phillip Island merupakan litar yang belum pernah dilumbainya, namun beliau teruja untuk menghadapi cabaran tersebut.

“Persiapan saya menjelang GP Australia berjalan dengan baik dan saya sangat teruja untuk berlumba di Phillip Island kerana litar ini masih baharu bagi saya.

Saya juga tidak sabar untuk beraksi di sana kerana melihat kepada litar itu, saya rasa ia sangat menarik. Saya menantikan sesi latihan pertama pada Jumaat ini.

Bagi persiapan menghadapi perlumbaan di Phillip Island, saya menjalani latihan di Malaysia selain meneliti semula kesilapan yang dilakukan dalam dua perlumbaan sebelum ini.

Saya cuba memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti dan mahu memberikan aksi terbaik minggu ini sebelum pulang untuk menghadapi perlumbaan di laman sendiri di GP Malaysia.

Kecederaan akibat kemalangan sebelum ini juga semakin pulih. Walaupun masih ada sedikit rasa sakit, keadaan itu bukan penghalang untuk saya terus berjuang dan memberikan yang terbaik.”

Kerjasama Bersama Zulfahmi Khairuddin

Menjelang perlumbaan di Australia, Hakim turut meluangkan masa bersama pengurus pasukan, Zulfahmi Khairuddin, bagi meneliti semula rakaman perlumbaan terdahulu untuk mengenal pasti aspek yang perlu diperbaiki.

Menurut Zulfahmi, Phillip Island memerlukan pendekatan yang berbeza berbanding litar lain kerana faktor angin, kelajuan dan cuaca yang tidak menentu.

“Menjelang GP Australia minggu ini, saya sudah banyak berbincang dengan Hakim Danish mengenai litar Phillip Island. Litar ini agak berbeza berbanding litar lain, terutama dari segi susun aturnya dan kedudukannya yang terletak berhampiran laut.

Litar ini mempunyai ciri berkelajuan tinggi dan keadaan angin yang agak kuat. Cuaca di sana juga selalunya tidak menentu, terutama pada penghujung Oktober.

Minggu lalu, saya turut meluangkan banyak masa bersama Hakim Danish untuk meneliti semula rakaman video perlumbaan serta merancang perkara yang perlu dilakukan ketika sesi latihan pada Jumaat nanti.

Saya berharap segala usaha yang dilakukan minggu lalu dapat memberikan perubahan positif kepada Hakim Danish. Kami mahu melihat dia beraksi cemerlang di litar Phillip Island.

Bagaimanapun, saya tidak dapat bersama Hakim Danish pada minggu ini. Saya berharap dia dapat mengharungi perlumbaan dengan baik tanpa sebarang gangguan atau penalti, selain memastikan keselamatannya ketika berlumba dan bersedia sepenuhnya untuk menghadapi GP Malaysia minggu hadapan.”

Hakim Danish GP Australia

Fokus Kutip Mata Sebelum GP Malaysia

Dengan hanya beberapa pusingan lagi berbaki dalam musim 2026, setiap mata kini amat penting buat Hakim Danish. Keputusan positif di Phillip Island bukan sahaja mampu meningkatkan kedudukannya dalam kejuaraan, malah dapat memberikan keyakinan tambahan sebelum beraksi di hadapan penyokong sendiri di Sepang minggu hadapan.

Semua perhatian kini tertumpu kepada aksi di Australia, dengan harapan Hakim Danish mampu menampilkan persembahan lebih konsisten dan kembali membawa pulang mata berharga buat pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi.

Related Items2026baruberitaGaya Hidupgp australiahakim danishIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto3sukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
October 21, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya Hidupgp australiahakim danishIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto3sukan motorUtama

More in Berita

Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Yamaha NVX 155 SP vs Honda ADV160: Patut Pilih Sporty atau Lebih Praktikal?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More

Boleh Ke Orang Lain Ride Motor Yang Diinsuranskan Atas Nama Kita?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Rider Wanita
    BeritaOctober 13, 2026
  • Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza
    BeritaNovember 6, 2026
  • 5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor
    BeritaNovember 6, 2026
  • Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike
    BeritaNovember 6, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar
    BeritaNovember 5, 2026
  • RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia
    ARRCNovember 5, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Apa Yang Mekanik Akan Check Sebelum Motor Dijual?
Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?