• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Top 5 Motor Klasik Pilihan Bulan Oktober 2026

Top 5 Motor Klasik Pilihan Bulan Oktober 2026
Amzar Hazeeq
September 30, 2026

Daripada café racer hinggalah cruiser moden, ini lima motor klasik yang menawarkan gaya retro serta riding experience yang penuh karakter.

top 5 motor klasik

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Walaupun motosikal moden kini banyak dilengkapi dengan teknologi dan design futuristik, motosikal bergaya klasik masih mempunyai peminatnya yang tersendiri. Gabungan rekaan retro, riding position yang santai serta karakter enjin yang unik menjadikan motosikal klasik pilihan ramai, sama ada untuk kegunaan harian mahupun ride hujung minggu.

Menariknya, motosikal klasik hari ini bukan sekadar cantik dipandang. Kebanyakannya turut dilengkapi teknologi moden seperti sistem brek ABS, lampu LED dan suntikan bahan api elektronik (EFI), memberikan pengalaman menunggang yang lebih selesa dan selamat.

Jika anda sedang mencari motosikal klasik, berikut ialah lima model yang menjadi pilihan kami untuk bulan Oktober.

top 5 motor klasik

1. Brixton BX150

Bagi mereka yang baru ingin berjinak-jinak dengan dunia motosikal klasik, Brixton BX150 merupakan antara pilihan yang paling mudah untuk dimiliki. Ia dikuasakan oleh enjin 149cc air-cooled single-cylinder yang menghasilkan sekitar 11.7 hp dan 11.9 Nm tork. Walaupun angka tersebut tak begitu tinggi, prestasinya lebih daripada mencukupi untuk kegunaan harian seperti ulang-alik ke tempat kerja, ke kolej atau sekadar menikmati ride santai pada hujung minggu.

Apa yang benar-benar membuatkan BX150 menonjol ialah reka bentuknya. Lampu depan bulat, tangki minyak yang kemas serta tempat duduk bergaya retro memberikan motosikal ini penampilan klasik yang sukar ditandingi dalam segmennya. Walaupun tampil dengan gaya lama, ia masih dilengkapi beberapa elemen moden seperti paparan meter digital dan ABS yang menjadikannya lebih praktikal untuk kegunaan masa kini.

Saiznya yang kompak dan berat sekitar 157 kg membuatkan BX150 mudah dikendalikan. Sama ada anda seorang beginner rider atau sekadar mahukan motosikal bergaya klasik yang mudah digunakan setiap hari, BX150 menawarkan keseimbangan yang cukup baik antara gaya, kemudahan dan kos pemilikan.

top 5 motor klasik

2. Royal Enfield Super Meteor 650

Jika anda lebih mengutamakan keselesaan dan gemar melakukan perjalanan jauh, Royal Enfield Super Meteor 650 ialah sebuah cruiser klasik yang sukar untuk diabaikan. Ia menggunakan enjin 648cc parallel-twin yang menghasilkan sekitar 46 hp dan 52.3 Nm tork. Enjin ini terkenal dengan power delivery yang lancar serta tork yang mudah dinikmati pada RPM rendah, menjadikannya sangat sesuai untuk ride santai.

Dari segi design, Super Meteor 650 membawa imej cruiser klasik yang cukup elegan. Tangki berbentuk titisan air, seat height yang rendah, handlebar yang lebar serta kemasan krom pada beberapa bahagian memberikan motosikal ini penampilan premium yang pasti menarik perhatian.

Keselesaan juga menjadi antara kelebihan utamanya. Riding position yang santai bersama seat yang luas menjadikan perjalanan jauh terasa kurang memenatkan. Bagi mereka yang gemar touring atau sering melakukan perjalanan antara negeri, Super Meteor 650 menawarkan riding experience yang sukar ditandingi dalam kelasnya.

top 5 motor klasik

3. Benelli Imperiale 400

Benelli Imperiale 400 merupakan motosikal yang sangat sesuai untuk mereka yang benar-benar mahukan riding experience sebuah motosikal klasik. Rekaan keseluruhannya banyak dipengaruhi oleh motosikal era 1950-an, lengkap dengan lampu bulat, rim spoke, meter analog berkembar serta tangki berbentuk tradisional yang memberikan identiti retro yang cukup kuat.

Di sebalik penampilannya yang klasik, Imperiale 400 menggunakan enjin 374cc air-cooled single-cylinder yang menghasilkan sekitar 21 hp dan 29 Nm tork. Kuasanya mungkin tak begitu tinggi jika dibandingkan dengan motosikal moden lain dalam kelas yang sama, namun karakter enjin ini sememangnya direka untuk ride yang lebih santai dan menikmati setiap perjalanan.

Riding position yang tegak serta seat yang selesa turut menjadikan motosikal ini sesuai digunakan untuk perjalanan harian atau ride hujung minggu. Jika anda mencari sebuah motosikal yang lebih mengutamakan karakter dan gaya berbanding prestasi semata-mata, Imperiale 400 sememangnya antara pilihan yang sangat menarik.

4. CMC Daytona 250 Cafe Racer

Bagi peminat motosikal gaya café racer, CMC Daytona 250 Cafe Racer menawarkan sesuatu yang agak berbeza daripada motosikal klasik lain di pasaran. Ia hadir dengan design yang diinspirasikan daripada motosikal perlumbaan era dahulu, lengkap dengan seat leper, handlebar yang rendah sedikit serta riding position yang sedikit sporty.

Motosikal ini menggunakan enjin 249cc single-cylinder yang menawarkan prestasi mencukupi untuk kegunaan harian. Walaupun bukan sebuah motosikal yang dibina untuk kelajuan tinggi, ia memberikan riding experience yang menyeronokkan sambil mengekalkan identiti café racer yang cukup unik.

Apa yang paling menarik ialah penampilannya. Daytona 250 sememangnya sebuah motosikal yang senang mencuri perhatian apabila parking. Rekaan klasiknya memberikan banyak ruang untuk pengubahsuaian sekiranya anda suka melakukan modifikasi, namun dalam keadaan standard sekalipun, motosikal ini sudah cukup menarik untuk dijadikan teman ride harian atau ride hujung minggu bersama rakan-rakan.

top 5 motor klasik

5. Royal Alloy TG 250

Sekiranya anda mahukan gaya klasik tetapi tak mahu bersusah payah tukar gear setiap hari, Royal Alloy TG 250 merupakan pilihan yang sangat menarik. Skuter ini menggabungkan design klasik yang diinspirasikan daripada skuter Eropah dengan kemudahan teknologi moden, menjadikannya sesuai untuk kegunaan bandar.

TG250 menggunakan enjin 244cc liquid-cooled single-cylinder bersama transmisi automatik CVT. Gabungan ini membolehkan rider menikmati prestasi yang lancar tanpa perlu risau tentang penukaran gear ketika berdepan kesesakan lalu lintas.

Selain penampilannya yang elegan, TG250 turut dilengkapi pelbagai ciri moden seperti sistem brek ABS, lampu LED serta seat yang selesa. Ia membuktikan bahawa skuter juga boleh mempunyai karakter klasik tanpa perlu mengorbankan aspek praktikal. Bagi mereka yang mahukan gaya retro tetapi masih mengutamakan keselesaan dan kemudahan penggunaan harian, Royal Alloy TG 250 sememangnya antara pilihan terbaik.

Kesimpulan

Motosikal klasik bukan lagi sekadar tentang nostalgia. Hari ini, ia menawarkan style retro yang sesuai dengan gaya masa kini, teknologi moden dan n\riding experience yang cukup berbeza daripada motosikal konvensional.

Sama ada anda mahukan sebuah motosikal ringan seperti Brixton BX150, cruiser yang selesa seperti Royal Enfield Super Meteor 650, atau skuter klasik seperti Royal Alloy TG250, setiap model mempunyai keunikan tersendiri yang mampu memenuhi cita rasa rider berbeza.

Jika anda sedang mencari motosikal klasik terpakai, kesemua model di dalam senarai ini tersedia di showrrom iMotorbike. Layari website iMotorbike untuk maklumat lanjut atau datang ke showroom berdekatan anda dan bawa pulang sebuah motosikal bergaya klasik pada hari ini.

@imotorbike.my

Dari gaya retro sampai cafe racer, jom tengok mana satu yang menarik perhatian you guys! iMotorbike JomNaikMotor ClassicBikes MotorClassic #Top5

♬ original sound – iMotorbike MY – iMotorbike MY

Related Items2026barubenelliberitaBrixtoncmcGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliroyal alloyroyal enfieldUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 30, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026barubenelliberitaBrixtoncmcGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliroyal alloyroyal enfieldUtama

More in Berita

Rapid KL Sediakan 85 Bas untuk Perkhidmatan Shuttle MotoGP Malaysia 2026

Hazique ZairillOctober 20, 2026
Read More

5 Barang Yang Perlu Ada Dalam Emergency Kit Motosikal

Amzar HazeeqOctober 20, 2026
Read More

Irfan Haykhal Bangkit Raih Kemenangan Emosi di Sepang

Amzar HazeeqOctober 19, 2026
Read More

Aveta Nova 200 Edisi Terhad Dilancarkan di Malaysia, Harga RM8,788

Hazique ZairillOctober 19, 2026
Read More

Op Bersepadu Samseng Jalanan: 945 Saman Dikeluarkan, 111 Motosikal Disita

Amzar HazeeqOctober 19, 2026
Read More

Pelajar Dapat Cuci Motor Percuma di iMotorbike

Hazique ZairillOctober 19, 2026
Read More

Tiga Hari, 1000 Kilometer: Ride Bersama Kawasaki KLE500

Amzar HazeeqOctober 19, 2026
Read More

Kawasaki KLE500 vs Honda NX500: Mana Lebih Berbaloi Untuk Pengembaraan Anda?

Amzar HazeeqOctober 19, 2026
Read More

Apa Yang Berlaku Kalau Lambat Tukar Minyak Enjin?

Amzar HazeeqOctober 19, 2026
Read More

Review Kawasaki KLE500: Selesa Di Jalan Raya, Yakin Di Laluan Off-Road

Amzar HazeeqOctober 16, 2026
Read More

Jualan Clearance Stock di Seluruh Showroom iMotorbike!

Hazique ZairillOctober 15, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Johor

Amzar HazeeqOctober 15, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • 6 Motor Bulanan Bawah RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 22, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Orang Pendek: Lebih Yakin, Lebih Mudah Dikendalikan
    BeritaSeptember 23, 2026
  • 6 Motor Bulanan RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 24, 2026
  • iMotorbike Malaysia Day Clearance Tawar Harga Jackpot
    BeritaSeptember 21, 2026
  • 5 Motor Terbaik Untuk Daily Use di Malaysia
    BeritaSeptember 21, 2026
  • Rapid KL Sediakan 85 Bas untuk Perkhidmatan Shuttle MotoGP Malaysia 2026
    BeritaOctober 20, 2026
  • 5 Barang Yang Perlu Ada Dalam Emergency Kit Motosikal
    BeritaOctober 20, 2026
  • Irfan Haykhal Bangkit Raih Kemenangan Emosi di Sepang
    BeritaOctober 19, 2026
  • Aveta Nova 200 Edisi Terhad Dilancarkan di Malaysia, Harga RM8,788
    BeritaOctober 19, 2026
  • Aveta Falcon 180 Dilancarkan di Malaysia, Harga Bermula RM9,798
    EventOctober 19, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

MotoGP Sepang 101: Panduan Lengkap Sebelum Ke Litar Sepang
Apa Jadi Kalau Motor Tak Ada Insurans? Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar