• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Qabil Irfan Sasar Kembali Beraksi di Motegi

Qabil Irfan Sasar Kembali Beraksi di Motegi
Amzar Hazeeq
September 25, 2026

Pelumba muda negara, Qabil Irfan, menunjukkan perkembangan positif dan sasar untuk kembali beraksi di Moto4 Asia Cup di Jepun, bergantung kepada pelepasan daripada pasukan perubatan.

Qabil Irfan

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Qabil Irfan terus menunjukkan perkembangan positif dalam proses pemulihannya selepas mengalami kecederaan ketika sesi Free Practice 2 (FP2) Moto4 European Cup di Circuit Ricardo Tormo, Valencia, Sepanyol pada 5 September lalu.

Pelumba muda negara itu mengalami patah tulang tibia dan fibula pada kaki kiri selepas terjatuh ketika sesi latihan berkenaan. Beliau kemudian menjalani pembedahan di Hospital de Manises, Valencia sebelum dibenarkan pulang ke Malaysia untuk meneruskan proses pemulihan.

Kini, Qabil menjalani program fisioterapi harian di Sepang yang disusun dan dipantau sepenuhnya oleh ZK Racing. Program tersebut dilaksanakan secara berperingkat bagi membantu mengembalikan kekuatan, pergerakan dan kecergasan fizikalnya selepas menjalani pembedahan.

Perkembangan terkini menunjukkan keadaan Qabil semakin baik. Selain menghadiri sesi fisioterapi setiap hari, beliau juga sudah memulakan beberapa latihan ringan mengikut tahap pemulihan yang ditetapkan. Latihan itu termasuk berbasikal dan menunggang motosikal secara ringan sebagai sebahagian daripada persediaan untuk kembali ke litar.

Walaupun proses pemulihannya berjalan dengan baik, Qabil akan terlepas aksi Moto4 European Cup Pusingan 6 di Aragon, Sepanyol yang berlangsung dari 25 hingga 27 September 2026. Keputusan itu dibuat bagi memastikan beliau dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pemulihan tanpa mengambil risiko kembali berlumba terlalu awal.

ZK Racing memaklumkan bahawa pasukan itu akan terus memantau perkembangan Qabil dan memastikan setiap peringkat program pemulihan berjalan seperti yang dirancang sebelum beliau kembali menyertai saingan kompetitif.

Sekiranya proses pemulihan berjalan lancar dan beliau mendapat pelepasan daripada pihak perubatan, Qabil disasarkan untuk kembali beraksi dalam Moto4 Asia Cup di Mobility Resort Motegi, Jepun yang dijadual berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober 2026.

Buat masa ini, keutamaan ZK Racing adalah memastikan Qabil pulih sepenuhnya dan kembali berada pada tahap kecergasan terbaik sebelum turun berlumba semula. Pasukan itu turut merakamkan penghargaan kepada semua peminat dan penyokong yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan sepanjang tempoh pemulihan pelumba berusia muda itu.

Sebarang perkembangan lanjut mengenai keadaan dan persiapan Qabil akan dimaklumkan oleh ZK Racing berdasarkan perkembangan terkini daripada pihak perubatan dan keluarga.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiaMoto 4Qabil irfansukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 25, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiaMoto 4Qabil irfansukan motorUtama

More in Berita

Review Kawasaki KLE500: Selesa Di Jalan Raya, Yakin Di Laluan Off-Road

Amzar HazeeqOctober 16, 2026
Read More

Jualan Clearance Stock di Seluruh Showroom iMotorbike!

Hazique ZairillOctober 15, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Johor

Amzar HazeeqOctober 15, 2026
Read More

Apa Yang Insurans Motor Tak Cover? Ramai Rider Tak Tahu

Amzar HazeeqOctober 15, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Rider Wanita

Amzar HazeeqOctober 13, 2026
Read More

Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?

Hazique ZairillOctober 13, 2026
Read More

Motor Kena Banjir, Boleh Claim Insurans Ke? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 12, 2026
Read More

Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888

Hazique ZairillOctober 12, 2026
Read More

Azroy Hakeem Kuasai Perlumbaan Malam Cub Prix, Rangkul Kemenangan CP150

Amzar HazeeqOctober 12, 2026
Read More

MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual

Hazique ZairillOctober 12, 2026
Read More

Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • 6 Motor Bulanan Bawah RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 22, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Orang Pendek: Lebih Yakin, Lebih Mudah Dikendalikan
    BeritaSeptember 23, 2026
  • Top 5 Motosikal Sesuai Untuk Orang Tinggi
    BeritaSeptember 18, 2026
  • iMotorbike Malaysia Day Clearance Tawar Harga Jackpot
    BeritaSeptember 21, 2026
  • 6 Motor Bulanan RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 24, 2026
  • Review Kawasaki KLE500: Selesa Di Jalan Raya, Yakin Di Laluan Off-Road
    BeritaOctober 16, 2026
  • Jualan Clearance Stock di Seluruh Showroom iMotorbike!
    BeritaOctober 15, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Penang
    Gaya HidupOctober 15, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Johor
    BeritaOctober 15, 2026
  • Apa Yang Insurans Motor Tak Cover? Ramai Rider Tak Tahu
    BeritaOctober 15, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Promosi Hangat Minggu Ini: Minggu Terakhir September 2026 di iMotorbike
Kenapa Helmet Motosikal Agak Mahal? Fahami Apa yang Anda Bayar Sebenarnya